Posted by: peribadirasulullah | Julai 12, 2018

PETANDA KIAMAT

Image may contain: text

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
 ASSALAMUALAIKUM
Semua sahabat fillah yang dikasihi Allah.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

🔴 PETANDA KIAMAT

 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

 HARI kiamat bermula dengan kemunculan petanda-pertanda tertentu. Perbahasan tentang wujudnya petanda ini adalah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-An’am:

“Apakah yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu? Mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat yang mencabut nyawa mereka atau kedatangan azab Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: ‘Tunggulah kamu akan apa yang kamu berhak mendapatnya, dan kami pun sebenarnya menunggu akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami.”

(Surah al-An’am 6: 158)

 PETANDA kiamat adalah petanda yang menunjukkan hampirnya hari kiamat melalui perkhabaran sesuatu yang ghaib daripada Rasulullah SAW tentang perkara-perkara yang akan berlaku, sehingga tibanya hari kiamat. Adapun pengetahuan Rasulullah SAW tentang petanda kiamat adalah berdasarkan wahyu daripada Allah SWT, sama ada berupa ayat-ayat al-Quran, hadis qudsi, ataupun maklumat daripada Jibril a.s.

 DALAM suatu peristiwa, Jibril pernah menemui Nabi Muhammad SAW dan bertanya tentang tiga perkara iaitu mengenai iman, Islam dan ihsan. Manakala bahagian akhir dialognya berbunyi:

JIBRIL AS: “Beritahu kepada saya tentang bilakah kiamat akan berlaku?”

NABI SAW: “Yang bertanya lebih mengetahui daripada yang ditanya.”

JIBRIL AS: “Jika demikian, beritahu kepada saya tentang tanda-tandanya kiamat?”

NABI SAW: “Iaitu apabila hamba abdi perempuan melahirkan anak kepada orang yang menjadi tuannya dan juga apabila orang-orang yang dulunya miskin menderita, bahkan tidak berpakaian serta berkaki ayam, yang menjadi pengembala kambing, kini menjadi kaya raya dan bermegah-megah serta berlumba-lumba dalam mendirikan bangunan yang tinggi-tinggi.”

(HR Muslim)

 DARIPADA dialog ini, kita mengetahui bahawa antara petanda kiamat adalah:

📌 HAMBA ABDI MELAHIRKAN
ANAK TUANNYA

PERKARA ini berlaku sejak berzaman dahulu lagi hinggalah kepada zaman para sahabat Rasulullah dan beberapa generasi selepasnya, dimana banyak berlaku penaklukan negeri dan harta rampasan termasuk para wanita yang dijadikan hamba abdi. Wanita-wanita tersebut, pada masa itu boleh dimiliki dan boleh disetubuhi oleh tuannya sehingga melahirkan anak-anak, dan anak-anak ini akhirnya, secara tidak langsung, akan menjadi tuan pula kepada ibu-ibunya. Demikianlah roda perhambaan ini terus berlaku di merata-rata tempat.

📌 BERLUMBA-LUMBA MENDIRI
BANGUNAN TINGGI

MAKSUDNYA adalah orang yang dahulunya pengembala kambing yang miskin, kini telah menjadi kaya raya, kemudian berlumba-lumba pula mendirikan bangunan-bangunan tinggi dan mewah serta bermegah dengannya. Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “Makna bermegahan terhadap bangunan ini adalah masing-masing berkeinginan menjadikan bangunan yang didirinya lebih tinggi daripada yang lain. Kata Ibnu Hajar lagi, sebenarnya membina bangunan tinggi tidaklah haram jika ia memang diperlukan dan untuk manfaat sebilangan besar umat. Namun yang menjadi masalahnya adalah tujuan pembinaan tersebut adalah demi merasakan dirinya lebih hebat daripada yang lain, justeru menjadikannya bongkak dan sombong.

 WALLAHU A’LAM.

 LA HAULAWALA QUEWATA ILLA
BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM.

 ALLAHOMMA SOLLI-ALA SAYYIDINA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.

 SEKIAN semoga bermanfaat dan berkat
BI IDZNILLAHI TA’ALA
AAMIIN

Hj Abdul Rahman Ismail

IHYA Assunnah

https://web.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/


Responses

  1. Reblogged this on Penyucian Jiwa.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: