Posted by: peribadirasulullah | Julai 12, 2018

BALASAN SEGERA ALLAH TERHADAP KEZALIMAN

Image may contain: text

💜 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
💜 ASSALAMUALAIKUM
Semua sahabat fillah yang dikasihi Allah.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

🌏 BALASAN SEGERA ALLAH
TERHADAP KEZALIMAN

💜 MELAKUKAN kebaikan tidak akan sia-sia di sisi Allah SWT dan juga tidak akan sia-sia di sisi orang-orang mulia dari umat manusia. Allah SWT memuji para pelaku kebaikan dengan firman-Nya:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau melakukan makruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami akan memberi kepadanya ganjaran yang besar.”

(Surah an-Nisa’ 4:114)

💜 JABIR bin Salim al-Hajimi r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Bertakwalah kepada Allah. Janganlah meremehkan apa jua kebaikan walaupun sedikit, meski hanya dengan menuang air dari ambermu ke dalam bejana orang yang meminta minum, atau meski hanya dengan menjumpai saudaramu sedang wajahmu dalam keadaan ceria kepadanya.”

(HR Ath-Thayalisi dan Ibnu Hibban)
Taraf hadis: Sahih.

💜 BERAPA ramai orang yang bernasib buruk terhalang dari keutamaan ini, kerana terkumpulnya hati mereka ke atas kebencian dan kedengkian terhadap orang-orang soleh. Sehingga Allah pun menghukum mereka dengan kesusahan yang tiada pahala padanya, juga dengan kesedihan yang tidak berkesudahan. Akhirnya mereka membakar jiwa-jiwa mereka sendiri dengan api dunia sebelum api akhirat.

💜 DALAM kisah terbunuhnya cucu kesayangan Rasulullah SAW Al-Husain bin Ali r.a. ada hal yang memperjelaskan peristiwa tersebut. Al-Abbas bin Hisyam bin Muhammah al-Kufi telah meriwayatkan dari ayahnya:

“DAHULU ada seorang dari Bani Abban Daram yang disebut dengan nama Zur’ah, ikut serta membunuh Al-Husain. Al-Husain telah dilempar dengan anak panah, tepat mengenai langit-langit mulutnya. Akibatnya banyak darah telah keluar dan Al-Husain tertimpa kesakitan serta sangat kehausan.

SAMBIL mengusap darah dan terasa ajalnya kian mendekati kerana banyak darahnya keluar, beliau lalu meminta air untuk diminum lantaran tersangat dahaga. Namun permintaannya itu ditolak dan mereka meninggalkannya menjerit kesakitan serta kehausan. Akhirnya beliau kembali kepada Rabb-Nya merayu seraya berdoa: “Ya Allah, hauskanlah orang yang telah memisahkan antara aku dan air! Ya Allah, hauskanlah dia!”

💜 ALLAH SWT mengabulkan segera doa orang yang terzalim. Bagaimana tidak, sedang orang yang terzalim tersebut adalah penghulu para pemuda penduduk syurga dan cucu kesayangan Rasulullah SAW.

💜 MAKA ketika lelaki yang telah menghalangi Al-Husain dari air itu hampir mati, Allah SWT telah menimpakan kepadanya rasa terlampau haus yang tidak jua kunjung hilang meskipun ia telah meminum seluruh air dunia.

💜 IA berteriak-teriak kerana rasa panas dan haus yang amat sangat akibat pengaruh dahaga. Bermacam-macam pertolongan telah diikhtiar oleh manusia di sekelilingnya, namun keadaannya itu tidak juga reda, malah bertambah parah.

💜 AKHIRNYA dia meminta kesemua jenis air minuman yang ada kerana katanya rasa dahaga telah membinasakannya. Maka didatangilah bejana-bejana besar yang berisi arak, air dan juga susu kepadanya. Jika itu semua diminum oleh lima orang, pasti akan mencukupi mereka. Ia pun meminumnya dan kembali berkata: “Berilah lagi minuman kepadaku kerana rasa dahaga telah membinasakanku.” Akhirnya dengan kehendak Allah SWT, maka terbelahlah perutnya seperti terbelahnya perut seekor unta. Maha Suci Allah.

💜 SEAKAN-akan orang zalim ini tidak pernah membaca akan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan berbuat baiklah kamu, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”

(Surah al-Baqarah 2:195)

💜 IA tidak mengetahui bahawa setiap persendian itu terdapat pahala jika berbuat kebaikan. Namun, jika kemaksiatan telah menyala di dalam hati, dan kedengkian berkobar di dalam dada, maka seluruh air di dunia pun tidak sekali-kali akan menghilangkan dahaga di dalam jiwa.

💜 ITULAH gambaran awal daripada penderitaan hidup di akhirat, dengan kehendak Allah SWT. Maka sahabat fillahku semua, berhati-hatilah dalam hidup yang sementara dan singkat ini. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT dari fitnah sebegini, dunia dan akhirat.

💜 LA HAULAWALA QUWWATA ILLA
BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM.

💜 ALLAHOMMA SOLLI’ALA SAYYIDINA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.

💜 SEMOGA bermanfaat dan berkat.
BI IDZNILLAHI TA’ALA.

📌 Sumber:
ALLAH Mendengar Rintihan
Orang Yang Dizalimi oleh
Muhammad Aiman az-Zuhairi

 

Hj Abdul Rahman Ismail

IHYA Assunnah

https://web.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/


Responses

  1. Reblogged this on Penyucian Jiwa.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: