Posted by: peribadirasulullah | Julai 9, 2018

PELITA HATI

 

Image may contain: text

💜 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
💜 ASSALAMUALAIKUM
Semua sahabat fillah yang dikasihi Allah.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.
Salam Jumaat penuh berkat.

PELITA HATI

💜 SEGALA puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.

💜 ALLAHOMMA Solli’ala Sayyidina Muhammad, Wa’ala Aalihi Wasohbihi Ajma’in.

💜 IMAM Ibnu Athaillah al-Sakandari melalui Hikmah 260 dalam kitab Hikamnya berkata:

“Fikiran itu sebagai pelita hati, apabila ia padam, maka tidak ada penerangan baginya.”

 MAFHUM HIKMAH

💜 FIKRAH (fikiran) berfungsi sebagai penyuluh kepada mata hati. Tanpanya maka akan hilanglah cahayanya.

 IKTIBAR HIKMAH

💜 KA’AB al-Ahbar Rahimahullah berkata:

“Siapa yang menghendaki kemuliaan dunia dan akhirat, maka hendaklah memperbanyakkan tafakkur.”

💜 SYEIKH Abu Hasan al-Syazili Rahimahullah berkata:

“Jalan yang menjadi maksud kepada Allah SWT adalah empat perkara: Siapa yang mendapatkan kesemuanya maka dia termasuk di kalangan para ‘Siddiqin dan al-Muhaqqiqin’. Siapa yang mendapat tiga daripadanya maka dia termasuk di kalangan wali-wali Allah yang hampir. Siapa yang mendapat dua daripadanya maka dia di kalangan ahli syahid yang yakin dan siapa yang mendapat hanya satu daripadanya maka dia termasuk di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh:

💕 ZIKIR: Caranya adalah beramal dengan amalan soleh dan buahnya adalah anugerah Nur (Cahaya Ilahi).

💕 FIKIR: Caranya adalah kesabaran dan buahnya adalah beramal dengan penuh kesabaran.

💕 FAKIR: Caranya adalah selalu bersyukur dan buahnya adalah pelbagai penambahan nikmat anugerah daripada Allah SWT.

💕 CINTA: Caranya adalah bencikan dunia berserta ahlinya dan cintakan akhirat sedangkan buahnya adalah sampai akhirnya kepada kekasihnya Allah Azza wa Jalla.”

💜 SYEIKH Zarruq Rahimahullah berkata:

“Jika sekiranya tiada cahaya maka akan jadilah seumpama orang buta. Kadangkala tersilap dan kadangkala betul. Maka sudah tentu akan ketinggalan perjalanannya serta menafikan kebaikan. Benarlah seperti firman Allah SWT:

“Dan barangsiapa yang tidak diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tidaklah dia mempunyai cahaya sedikitpun.”

(Surah al-Nur: 40)

💜 IMAM Qusyairi dalam ‘Lataif al-Isyarat’ berkata:

“Seorang hamba yang tidak diberikan cahaya kurniaan Allah SWT dan tidak ditolong dengan sebarang bantuan lain, maka usaha dan amalannya adalah sia-sia daripada menghasilkan buah dan tidak mungkin mendapat berkatnya.”

💜 IMAM al-Alusi pula berkata:

“Ayat ke 40 dalam surah al-Nur ini menjadi isyarat bahawa seseorang yang tidak mendapat hidayah Allah di dunia ini, maka tidak mungkin dia mendapatnya di akhirat.”

💜 FIRMAN Allah SWT:

📌 “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, maka sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki segala amalan baiknya.”

(Surah al-Ankabut: 69)

💜 SEMOGA bermanfaat dan berkat:

“Ya Allah, perbaikilah agama kami yang merupakan pembimbing segala urusan kami, perbaikilah dunia kami yang di dalamnya adalah kehidupan kami, perbaikilah akhirat kami yang di sanalah tempat kembalinya kami. Jadikanlah hidup kami sebagai penambah kepada segala kebaikan bagi kami dan jadikanlah mati kami sebagai istirahat dari segala kejahatan kami.”

💜 ALLAHOMMA AAMIIN
YA ROBBAL ‘AALAMIIN.

💜 LA HAULAWALA QUWWATA ILLA
BILLAHIL ALIYIL ADZIM.

📌 SUMBER: AHASIN AL-KALIM
Syarah Al-Hikam (3)
Ibnu Athaillah al-Sakandari
Syarahan oleh:
Dato’ Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri

 Hj Abdul Rahman Ismail

 


Responses

  1. Reblogged this on Malaysia Negara Makmur Rakyat Sejahtera.

  2. Reblogged this on Penyucian Jiwa.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: