Posted by: peribadirasulullah | Julai 8, 2018

WASIAT UNTUK ANAKKU

Image may contain: text

💚 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
💚 ASSALAMUALAIKUM
Semua sahabat fillah yang dikasihi Allah.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

🍀 WASIAT UNTUK ANAKKU

💚 WAHAI anakku, engkau tidak akan mendapati orang yang paling benar dan paling suci selain dari Rasulullah SAW yang maksum. Maka ikutilah dia dalam setiap keadaanmu.

💚 WAHAI anakku, jangan sesekali engkau memperbanyakkan musuhmu, sesungguhnya walau hanya satu musuh, tetapi bagimu sudah pun cukup banyak.

💚 WAHAI anakku, jadilah dirimu tenang dan sejuk, lalu memberi keselamatan serta keselesaan kepada orang lain. Apabila kamu tidak mampu memberi manfaat, jangan pula kamu mendatangkan mudarat, apabila kamu tidak mampu memberikan kebaikan, jangan pula kamu mendatangkan kerosakan, dan apabila kamu tidak mampu membangun, maka jangan meruntuhkannya.

💚 WAHAI anakku, apabila manusia meninggalkan emas, perak, rumah-rumah dan istana-istana kepada anak-anak mereka, maka aku tinggalkan untukmu Kitab suci al-Quran dan kitab-kitab yang berfaedah serta wasiat yang menyeluruh.

💚 WAHAI anakku, maafkanlah sesiapa yang melakukan keburukan kepadamu semoga dia sedar dan menyesal, pujilah banyak-banyak Tuhanmu kerana engkau telah teraniaya tetapi tidak menganiayai sesiapa pun, kerana hari esok akan ditegakkan mahkamah keadilan di mana Allah SWT yang menjadi hakimnya.

💚 WAHAI anakku, jangan terputus lidahmu dari berzikir dan akalmu dari berfikir, maka tiap detik terhitung di atas kita dan kita tidak tahu bagaimana nasib kesudahan kita.

💚 WAHAI anakku, lupakan segala kesilapan manusia dan janganlah engkau menghisab mereka, jadikanlah hati nuranimu sebagai mata air yang jernih, kerana kedengkian itu adalah azab yang berterusan.

💚 WAHAI anakku, negara-negara telah hilang dan raja-raja telah mati serta tempat-tempat telah binasa, yang kekal hanyalah ilmu dan alim ulama ahlinya, maka jadilah kamu dalam barisan mereka.

💚 WAHAI anakku, antara aku dengan kamu adalah tanda-tanda hari kiamat, di mana kesan-kesan cahaya wuduk atas wajahmu manakala kesan-kesan sujud pada dahimu.

💚 WAHAI anakku, tidak ada bersamamu melainkan semata-mata kamu bersama Allah SWT, maka jangan sesekali kamu terpedaya, bahkan ikhlaskanlah segala ibadah kamu kepada Tuhanmu serta berserah dan bertawakallah kepada-Nya, cukuplah Dia sebagai wakilmu.

🍀 SUBHANALLAH
🍀 ALHAMDULILLAH
🍀 LA ILAHA ILLALLAH
🍀 ALLAHUAKBAR

💚 WALLAHU A’LAM.
💚 LA HAULAWALA QUWWATA ILLA
BILLAHIL ‘ALITIL ‘ADZIM.
💚 ALLAHOMMA SOLLI’ALA SAYYIDINA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.

💚 SEMOGA bermanfaat dan berkat.
BI IDZNILLAHI TA’ALA
AAMIIN.

📌 SUMBER: Assalamualaikum
OLEH: Dr. Aidh Abdullah al-Qarni
(2009)

 Hj Abdul Rahman Ismail


Responses

  1. Reblogged this on Malaysia Negara Makmur Rakyat Sejahtera.

  2. Reblogged this on Penyucian Jiwa.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: