Posted by: peribadirasulullah | Julai 8, 2018

TEMAN YANG SEBAIK-BAIKNYA

No automatic alt text available.

🍀 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
🍀 ASSALAMUALAIKUM
Semua sahabat fillah yang dikasihi Allah
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

🍏 TEMAN YANG SEBAIK-BAIKNYA

🍀 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

🍀 ALLAH SWT berfirman:

“Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya (Muhammad), maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah, iaitu golongan para nabi, para pencinta kebenaran, orang yang mati syahid serta orang soleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.”

(Surah al-Nisa’ 4:69)

🍏 ASBABUN NUZUL

🍀 ADA empat riwayat yang menceritakan sebab turunnya ayat 69 surah al-Nisa’ ini:

1. ABU Tahir bin Ya’kub al-Fairuz Abadi telah berkata bahawa ayat 69 dan 70 surah al-Nisa’ ini turun berkaitan dengan Tsauban, hamba sahaya Rasulullah SAW yang mengeluhkan: “Aku takut tidak dapat berjumpa dengan tuan di akhirat kelak wahai Rasulullah!” Rasulullah SAW melihat wajah Tsauban berubah pucat saat dia mengucapkan kata-kata itu, kerana baginda tahu betapa dia sangat mencintai diri baginda, sebuah rasa cinta yang nyaris tidak berkuasa dia tahani. Lalu Allah SWT pun mengungkapkan kemuliaan Tsauban dengan ayat di atas.

2. AT-TABRANI dan Ibnu Mardawaih telah meriwayatkan dengan sanad yang sahih dari Aisyah bahawa dia berkata seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau adalah orang yang lebih aku cintai daripada diriku sendiri, lebih aku cintai daripada anakku. Sungguh, saat aku di rumah, aku selalu ingatkan engkau. Aku tidak tahan untuk selalu ingin datang kepadamu dan melihatmu. Saat aku ingat akan kematianku, kematianmu, aku baru sedar bahawa engkau masuk syurga dengan darjat tertinggi bersama para nabi yang lain. Dan aku takut, jika aku ditakdirkan masuk syurga pun, aku tidak dapat melihatmu lagi.” Mendengar demikian, Rasulullah SAW tidak dapat berkata apa-apa sehinggalah turun Jibril membawa ayat 69-70 itu.

3. IBNU Abi Hatim meriwayatkan daripada Masruq, dia berkata bahawa para sahabat Rasulullah SAW berkata: “Wahai Rasulullah! Kami tidak boleh berpisah denganmu, kerana jika engkau lebih dahulu masuk syurga, tentu tempatmu lebih jauh tinggi daripada kami, dan kami tidak akan dapat lagi melihat kamu.” Lalu pada saat itu Allah SWT menurunkan ayat 69-70 ini.

4. IBNU Abi Hatim juga meriwayatkan daripada Ikrimah bahawa dia berkata, seorang pemuda telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata: “Wahai Nabiyullah! Sesungguhnya kami dapat bertemu dan memandangimu di dunia, sedangkan pada hari kiamat kami tidak lagi dapat melihatmu, kerana bila di syurga nanti engkau berada pada tempat yang paling tinggi.” Pada ketika itu, maka Allah SWT pun menurunkan ayat ini. Setelah itu Rasulullah SAW bersabda: “Kamu akan bersamaku di syurga, InsyaAllah.”

🍀 WALLAHU A’LAM.

🍀 ALLAHOMMA SOLLI’ALA SAYIDINA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.

🍀 LA HAULAWALA QUWWATA
ILLA BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM.

🍀 SEMOGA bermanfaat dan berkat.
BI IDZNILLAHI TA’ALA
AAMIIN.

🌿 SUMBER: ASBABUN NUZUL
Oleh: Al-Imam al-Suyuti
(2016)   Hj Abdul Rahman Ismail

 

 


Responses

  1. Reblogged this on Malaysia Negara Makmur Rakyat Sejahtera.

  2. Reblogged this on Penyucian Jiwa.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: