Posted by: peribadirasulullah | Julai 8, 2018

SURAH AL-DHUHA

 

Image may contain: sky, text, outdoor and nature

💚 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
💚 ASSALAMUALAIKUM
Semua sahabat fillah yang dikasihi Allah
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah

🍀 SURAH AL-DHUHA

💚 AL-DHUHA bermaksud waktu matahari naik sepenggalahan. Surah ke 93, Makkiyyah, 11 ayat, 40 kalimat dan 102 huruf.

💚 ALLAH SWT berfirman:

“Demi waktu dhuha (ketika matahari naik tinggi segalah). Dan demi malam apabila telah sunyi. Tuhanmu tidak meninggalkan kamu (Muhammad) dan tidak (pula) membencimu.”

(Al-Dhuha 93:1-3)

🍀 ASBABUN NUZUL

💚 ADA enam riwayat yang menjelaskan sebab turunnya ayat 1-3 ini:

🌾 IMAM al-Bukhari, Muslim dan periwayat hadis lainnya meriwayatkan daripada Jundub bahawa dia berkata:

“Rasulullah SAW suatu ketika merasa kurang enak badan sehingga baginda tidak dapat melaksanakan solat malam selama satu atau dua malam. Kemudian datang seorang wanita kepada baginda seraya berkata: ‘Wahai Muhammad! Syaitanmu nampaknya telah meninggalkanmu (maksudnya Jibril as) Maka pada saat itu Allah SWT menurunkan ayat-ayat ini.”

🌾 SAAD bin Manshur dan al-Firyabi pula meriwayatkan daripada Jundub, dia berkata:

“Jibril a.s. telah beberapa lama tidak datang kepada Rasulullah SAW. Maka orang-orang musyrik berkata, ‘Muhammad seperti telah ditinggalkan. Maka pada ketika itu turunlah ayat-ayat ini.”

🌾 AL-HAKIM meriwayatkan daripada Zaid bin Arqam bahawa dia berkata:

“Rasulullah SAW berdiam diri di rumah selama beberapa hari, kerana Jibril a.s. tidak turun kepadanya membawa wahyu. Maka datanglah Ummu Jamil, isteri kepada Abu Lahab, seraya berkata, ‘Menurut aku, sahabatmu itu (Jibril) telah marah dan meninggalkan kamu.’ Maka pada saat itu Allah SWT menurunkan ayat-ayat ini.”

🌾 AT-TABRANI, Ibnu Abi Syaibah di dalam kitabnya (al-Musnad) al-Wahidi dan periwayat lainnya meriwayatkan sebuah hadis yang di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang tidak diketahui identitinya, daripada Hafsh bin Maisarah al-Qurasyi daripada ibunya, dari Khaulah (pembantu Rasulullah SAW) bahawa seekor anak anjing telah masuk ke rumah Rasulullah, lalu menyelinap bawah tempat tidur baginda. Kemudian binatang itu mati. Seiring dengan itu, Rasulullah berdiam diri selama empat hari kerana wahyu tidak turun.

RASULULLAH SAW berkata: ‘Wahai Khaulah, apakah yang terjadi di rumah ini hingga Jibril tidak kunjung hadir kepadaku? Khaulah berkata di dalam hati, ‘Baik aku bersihkan seluruh isi rumah ini. Maka akupun segera bersihkan seluruh isi rumah dan menyapunya. Ketika membongkok untuk membersih tempat tidur baginda, aku menemukan seekor anak anjing yang sudah mati, lalu aku keluarkan bangkainya.

SETELAH semuanya selesai, maka pulanglah Rasulullah ke rumah dengan tubuh bergetar-getar sehinggakan pakaiannya juga turut bergetar. Baginda selalu mengalami keadaan sebegini setiap kali wahyu turun. Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, ‘Kisah terhambatnya Jibril menurun wahyu sebab seekor anjing masuk ke rumah Rasulullah ini memang sangat masyhur, namun bila dikaitkan dengan sebab turunnya ayat-ayat ini, ianya sangat aneh dan ganjil, lalu ditolak oleh keterangan yang terdapat dalam ‘al-Sahih”

🌾 IBNU JARIR meriwayatkan daripada Abdullah bin Syiddad bahawa Khadijah berkata kepada Rasulullah SAW. ‘Aku melihat Tuhanmu telah meninggalkan kamu!’ Maka pada saat itu juga Allah SWT menurunkan ayat-ayat ini.

🌾 IBNU Jarir meriwayatkan daripada Urwah bahawa dia berkata:

“Malaikat Jibril tidak kunjung datang kepada Rasulullah SAW. Maka baginda pun terlihat sangat sedih. Lalu Khadijah berkata, ‘Sungguh aku melihat Tuhanmu benar-benar telah membencimu kerana kesedihan yang kamu perlihatkan itu.’ Maka pada saat itu turunlah ayat-ayat ini.”

💚 SEBAB TURUNNYA

💚 AYAT 4
Allah SWT berfirman:

“Dan sesungguhnya yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan.”

🌾 AT TABRANI di dalam kitab ‘al-Mu’jam al-Ausat’ meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa dia berkata:

Rasulullah SAW bersabda: “Diperlihatkan kepadaku kemenangan-kemenangan yang akan diperolehi umatku setelah aku (wafat) sehingga aku merasa sangat bahagia.” Maka pada saat itu Allah SWT menurunkan ayat 4 ini. (Sanad hadis ini darjatnya hasan).

💚 AYAT 5
Allah SWT berfirman:

“Dan sesungguhnya, Tuhanmu pasti memberi kurniaan-Nya kepadamu, sehingga kamu berpuas hati.”

🌾 AL-HAKIM, al-Baihaqi di dalam kitab ‘ad-Dala’il’, At-Tabrani dan para perawi yang lain meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa dia berkata:

“Diperlihatkan kepada Rasulullah SAW akan kemenangan-kemenangan yang akan diperolehi umatnya nanti, lalu baginda merasa senang dan bangga dengannya. Lalu Allah SWT menurunkan ayat 5 ini.”

💚 WALLAHU A’LAM.
💚 LA HAULAWALA QUWWATA ILLA
BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM.
💚 ALLAHOMMA SOLLI’ALA SAYIDINA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.

🌿 SUMBER: ASBABUN NUZUL
Oleh: Imam Jalaluddin al-Suyuti
(2016)    Hj Abdul Rahman Ismail


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: