Posted by: peribadirasulullah | Julai 8, 2018

GOLONGAN YANG SEDIKIT

Image may contain: text

😀 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
😀 ASSALAMUALAIKUM
Semua sahabat fillah yang dikasihi Allah.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

🌻 GOLONGAN YANG SEDIKIT

😀 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Mabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

😀 PADA zaman Sayidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah dengan berkata:

“Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit.” Diulang-ulangnya doa ini, lalu didengari Sayidina Umar yang ketika itu sedang bertawaf di Kaabah. Sayidina Umar berasa hairan dengan permintaan serta doa pemuda tersebut.

😀 SETELAH selesai melakukan tawaf, Sayidina Umar lalu memanggil pemuda itu dan bertanya kepadanya:

“Kenapa kamu berdoa sedemikian rupa yakni ‘Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit?’ Tidakkah ada doa lain yang boleh kamu mohonkan kepada Allah?”

😀 PEMUDA tersebut menjawab:

“Ya, memang banyak wahai Amirul Mukminin! Cuma yang aku membacakan doa berkenaan adalah kerana aku sangat takut akan firman Allah SWT yang bermaksud:

‘Dan sesungguhnya, Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi ini dan Kami sediakan bersamanya sumber penghidupan untuk kamu. Tetapi sedikit sekali golongan (antara kamu) yang bersyukur kepada-Ku.’

(Surah al-A’raf 7:10)

😀 SAMBUNG pemuda itu lagi, “Maka aku memohon agar Allah SWT memasukkan aku ke dalam golongan yang sedikit itu, iaitu golongan mereka yang tahu bersyukur kepada Allah SWT.”

😀 MENDENGAR jawapan itu, Sayidina Umar telah menepuk kepalanya sendiri sambil berkata kepada dirinya: “Wahai Umar, alangkah jahilnya kamu! Orang ramai lebih alim daripada kamu.”

😀 DOA yang kedengaran aneh tetapi benar ini telah mengejutkan Sayidina Umar al-Khattab dan juga sepatutnya mengejutkan kita agar berdoa untuk menjadi minoriti yang bersyukur. Hanya orang yang sentiasa bersyukur sahaja akan dianugerahkan Allah SWT ketenangan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

😀 HAL ini kerana, apabila seseorang itu memiliki sifat bersyukur, dia sebenarnya telah memiliki kekayaan yang hakiki, iaitu kaya hati, seperti sabdaan Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Bukanlah kaya itu kaya harta tetapi kaya yang sebenarnya adalah kaya hati.”

(Riwayat al-Bukhari)

😀 WALLAHU A’LAM.

😀 LA HAULAWALAVQUWWATA ILLA
BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM.

😀 ALLAHOMMA SOLLI’ALA SAYIDINA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.

🌹 SUMBER: Semuanya SOAL HATI
Oleh: Pahrol Mohamad Juoi  –   Hj Abdul Rahman Ismail


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: