Posted by: peribadirasulullah | Julai 8, 2018

BUAT SESIAPA YANG INGINKAN RUMAH DI SYURGA

Image may contain: text

💜 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
💜 ASSALAMUALAIKUM
Semua sahabat fillah yang dikasihi Allah.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

😀 BUAT SESIAPA YANG INGINKAN
RUMAH DI SYURGA

💜 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

💜 SEBAGAIMANA rumah adalah nikmat di dunia, rumah jugalah nikmat yang ditawarkan Allah SWT di syurga. Sebagaimana mampu memiliki lebih dari sebuah rumah adalah nikmat bonus di dunia, begitulah juga Allah menawarkan pelbagai kaedah untuk kita menambah rumah di syurga. Usah lepaskan peluang ini.

1. BANTU SIAPKAN MASJID

📌 “Sesiapa yang membina masjid demi Allah, sama ada kecil atau besar, maka Allah akan binakan untuknya sebuah rumah di syurga.”

(Riwayat at-Tirmidzi)

DALAM riwayat lain,

📌 “Sesiapa yang membina masjid demi Allah, walapun sebesar sarang burung quta atau lebih kecil sekalipun, Allah akan binakan untuknya sebuah rumah di syurga.”

(Riwayat Ibnu Majah)

2. BERSABAR DAN REDHA

TATKALA meninggal dunia anak seorang hamba-Nya, Allah SWT bertanya kepada malaikat:

📌 “Kamu mencabut nyawa anak seorang hamba-Ku?”
Malaikat menjawab “Ya.”
Kamu mencabut nyawa buah-hatinya?”
Malaikat menjawab “Ya.”
Lalu apa yang diucapkan oleh hamba-Ku itu?” Kata malaikat,
“Dia memuji-Mu dengan menyebut ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.”

Allah SWT pun memerintah malaikat: “Binakan untuk hamba-Ku ini sebuah rumah di syurga, dan namakannya ‘baitulhamd.” (rumah pujian).

(Riwayat at-Tirmidzi)

3. SOLAT SUNAT RAWATIB

RASULULLAH SAW berpesan:

📌 “Sesiapa yang selalu solat 12 rakaat untuk sehari semalam, akan dibina untuknya sebuah rumah di syurga, iaitu dua rakaat sebelum fardu Zohor dan dua rakaat selepas Zohor, dua rakaat sebelum Asar, dua rakaat selepas Maghrib, dua rakaat selepas Isyak dan dua rakaat sebelum Subuh.”

(Riwayat at-Tirmidzi)

NOTA: Ada banyak riwayat mengenai solat sunat rawatib ini.

4. ELAK BERTELAGAH

RASULULLAH SAW bersabda:

📌 “Aku menjamin sebuah rumah di pinggiran syurga buat sesiapa yang sanggup mengelak daripada bertelagah meskipun dia dalam kedudukan yang benar.”

(Riwayat Abu Daud)

5. TIDAK BERBOHONG

“Aku menjamin sebuah rumah di tengah-tengah syurga buat sesiapa yang tidak berbohong walaupun dia bercanda sahaja.”

(Riwayat Abu Daud)

6. INDAH AKHLAKNYA

“Dan aku menjamin sebuah rumah di tempat tinggi di syurga buat sesiapa yang sentiasa indah akhlaknya.”

(Riwayat Abu Daud)

💜 WALLAHU A’LAM.

💜 LA HAULAWALA QUWWATA
ILLA BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM.

💜 ALLAHOMMA SOLLI’ALA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.

😀 SEMOGA bermanfaat dan berkat
BI IDZNILLAHI TA’ALA
AAMIIN.

📌 SUMBER: SOLUSI (87)

Hj Abdul Rahman Ismail


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: