Posted by: peribadirasulullah | Julai 8, 2018

BICARA BAHAYA LIDAH

Image may contain: text

💜 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
💜 ASSALAMUALAIKUM

BICARA BAHAYA LIDAH

💜 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

💜 DIRIWAYATKAN pada suatu hari, Sayidina Umar al-Khattab r.a. telah melihat sahabatnya Sayidina Abu Bakar r.a. sedang menarik-narik lidahnya dengan tangan di hadapan para sahabat yang lain, lalu Umar pun bertanya, “Apakah yang sedang engkau lakukan wahai khalifah Rasulullah?” Abu Bakar menjawab, “Inilah (sambil memegang lidahnya) yang akan menyeretku ke dalam kehancuran.” Sungguh Rasulullah telah bersabda, “Tiada satu pun daripada jasad manusia kecuali lidah yang akan mengadukan segala hal kepada Allah SWT atas ketajamannya,”

(Riwayat Ibnu Abi Dunya)

💜 BETAPA bimbangnya Abu Bakar dengan pelbagai angkara yang bakal timbul akibat lidah yang tidak berhemah. Tajamnya lidah ini mampu menusuk bisanya ke hati manusia, dan sukar pula hati yang dilukai itu untuk sembuh, dek kerana tusukan lidah yang lebih ‘tajam’ daripada mata pedang itu.

💜 SAHABAT seumpama Abu Bakar yang dijamin Rasul sebagai penghuni syurga pun merasakan kekhuatirannya tentang bahana lidah ini, apatah lagi kita, yang sering tumpas dalam mujahadah menentang nafsu dan syaitan. Justeru, kita sepatutnya akan lebih berhati dan berwaspada, kerana Allah SWT telah menjelaskan bahawa kata-kata yang baik sekalipun boleh diperalatkan oleh syaitan untuk menimbulkan perselisihan sesama manusia. Apatah lagi sekiranya lidah kita sentiasa hidup dengan kata-kata yang keji dan mungkar. Allah SWT berfirman:

📌 “Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku supaya mereka menutur dengan kata-kata yang baik (ihsan) kerana sesungguhnya syaitan itu sentiasa berusaha menimbulkan perselisihan antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.”

(Surah al-Isra’ ayat 53)

😛 PENYAKIT LIDAH

💜 IMAM al-Ghazali dalam ‘Ihya Ulumuddin’ telah menyenaraikan penyakit-penyakit yang dibawa oleh lidah yang tidak terpelihara. Antaranya:

🌾 Percakapan yang sia-sia
🌾 Cakap yang berlebihan
🌾 Berdebat
🌾 Bertengkar
🌾 Melaknat
🌾 Senda gurau melampau
🌾 Mengumpat
🌾 Menghasut

💜 WALAUPUN banyak penyakit lidah, tetapi banyak juga penawarnya yang dicadangkan oleh Imam al-Ghazali, antaranya ialah:

💕 MENANAMKAN kesedaran bahawa setiap patah ucapan kita akan dihisab pada hari akhirat kelak dan ditentukan balasannya.

💕 MEWAJIBKAN diri untuk lebih bersikap pasif (berdiam diri) serta tidak mengatakan sesuatu yang tidak bermanfaat atau berfaedah.

💕 BANYAKKAN berzikir, bertafakur, membaca al-Quran dan sebagainya, yang dijanjikan ganjaran pahala oleh Allah SWT.

💕 MENGINGATKAN diri bahawa penyakit-penyakit lidah tersebut amat dimurkai Allah SWT, meyakini larangan-Nya dan ingatan Rasulullah SAW tentang keburukannya, serta memikirkan kesakitan dan kehinaan orang yang diumpatkan lalu dinisbahkan pada diri kita sendiri bagaimana rasa hina dan sakitnya jika kita yang ditakdirkan terkena.

😊 INGATAN RASULULLAH

💜 LIDAH paling ringan menuturkan kata-kata, samada menawan atau menyakitkan hati orang yang mendengarnya. Jika dikawal dengan iman, lidah akan menuturkan hanya kata-kata yang enak dan baik sahaja. Tetapi jika dikawal dengan nafsu, maka lidah akan menghemburkan pelbagai kata nista, buruk dan penuh dosa.

💜 MAKA tidak hairanlah kebanyakan dosa bermula daripada lidah yang tidak dipelihara. Malah para ulama salaf pernah menyebut bahawa menjaga lidah daripada dosa adalah lebih sukar dan berat berbanding menjaga harta.

💜 BERAPA besarnya keburukan dan bahaya lidah ini sehingga Rasulullah SAW memberi gambaran bahawa orang yang mampu mengawal dan mengelakkan lidahnya dari kemungkaran perkataan telah dijamin syurga oleh baginda melalui sabdaan berikut:

📌 “Barangsiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara dua janggutnya dan antara kedua kakinya, maka aku menjamin untuknya syurga.”

(Riwayat at-Tirmidzi)

😀 DIAM PENAWARNYA

💜 RASULULLAH SAW bersabda:

📌 “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata perkara yang benar atau diam sahaja.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

💜 BAHAYA lidah sangat besar sehingga mampu memberi impak yang paling negatif bukan sahaja kepada diri penutur tetapi juga masyarakat umum.

💜 MAKA langkah utama untuk mengekang fitnah ini adalah dengan berdiam diri sahaja, bercakap jika hanya amat perlu, wajar dan memberi faedah. Kegagalan menjaga lisan membuktikan kita gagal menjaga diri.

💜 BAGAIMANA pun lidah perlu digunakan semaksimum mungkin dalam menegakkan agama Islam, melaksanakan amar makfur nahi mungkar, membela kebenaran dan dalam menuntut ilmu yang bermanfaat.

💜 PARA salafussoleh tidak menafikan bahawa amalan berdiam diri adalah antara latihan jiwa dan pengekangan nafsu yang perlu dilaksanakan, tujuan menghampirkan diri kepada Allah SWT.

💜 WALLAHU A’LAM
💜 LA HAULAWALAVQUWWATA ILLA
BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM.
💜 ALLAHOMMA SOLLI’ALA SAYIDINA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.

😀 SEMOGA bermanfaat dan berkat.
BI IDZNILLAHI TA’ALA
AAMIIN.

📌 SUMBER: Apa Khabar Hati oleh
Ustaz Syed Mohd Norhisyam
dan Ustazah Syarifah Fatimah
(2018)

Hj Abdul Rahman Ismail


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: