Posted by: peribadirasulullah | Julai 7, 2018

NUR KALIMAH TOYYIBAH

Image may contain: text

💜 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
💜 ASSALAMUALAIKUM

💜 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

NUR KALIMAH TOYYIBAH

💜 HADRAT Yahya bin Talhah bin Ubaidillah r.a. berkata: “Sayyidina Talhah r.a. kelihatan bersedih, maka dia telah ditanya, ‘Kenapa dengan keadaan kamu ini?’ Beliau berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang sekiranya diucapkan oleh seseorang hamba ketika hampir meninggal dunia, maka pasti Allah SWT akan menghindarkan penderitaannya ketika maut, menyerikan cahaya wajahnya dan dia akan dilihatkan kepada pemandangan yang akan menggembirakannya, dan (aku bersedih kerana) tidak sempat untuk bertanya mengenai perkara itu kerana kehebatan baginda SAW sehingga baginda wafat.

💜 MAKA Sayyidina Umar r.a. berkata, “Sesungguhnya aku mengetahui akan kalimah tersebut. Lalu Sayyidina Talhah bertanya, “Apakah kalimah itu?” Jawab Sayyidina Umar r.a. “Sesungguhnya kami tidak mengetahui kalimah yang lebih agung daripada kalimah yang telah baginda SAW menyuruh bapa saudaranya Abu Talib ucapkan iaitu ‘Laa Ilaha Illallah’ Kata Sayyidina Talhah r.a. “Demi Allah, itukah kalimahnya!” “Ya” jawab Sayyidina Umar r.a.

(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

😀 KETERANGAN HADIS

💜 KEADAAN Kalimah Toyyibah yang sememangnya dihiasi Nur (cahaya) Ilahi dan kebahagiaan hakiki, dapat diketahui serta difahami daripada banyak riwayat.

💜 DALAM kitab ‘Munabbihat’ Hafiz Ibnu Hajar r.a. telah menukilkan daripada Sayyidina Abu Bakar r.a. bahawa terdapat lima bentuk kegelapan di dunia dan di akhirat. Adapun bagi setiap kegelapan tersebut ada cahayanya:

🌞 CINTA dunia adalah gelap dan cahaya bagi menerangi cinta dunia ini ialah taqwa.

🌞 DOSA adalah gelap dan cahaya bagi menghapuskan dosa ialah bertaubat.

🌞 KUBUR adalah gelap dan cahaya bagi menerangi kubur ialah “Laa Ilaha Illallah, Muhammadur Rasulullah”

🌞 AKHIRAT adalah gelap dan cahaya bagi menerangi hari akhirat ialah segala amalan soleh, dan

🌞 TITIAN Sirat adalah gelap manakala cahaya bagi titian ini ialah yakin.

😀 RABI’AH ‘ADAWIYAH

💜 HADRAT Rabi’ah ‘Adawiyah r.a. adalah seorang wali Allah yang masyhur. Sepanjang malam beliau hanya sibuk dengan bersolat. Sebelum Subuh beliau akan tidur sekejap dan apabila hampir waktu solat Subuh beliau bangun dengan cepat sambil mencela dirinya sendiri, “Sampai bilakah kamu akan terus tidur? Masa untuk kamu berada dalam kubur hampir tiba, yang pasti (di sana kamu) akan terus tidur sehinggalah sangkakala ditiupkan!”

💜 APABILA hampir meninggal dunia, beliau mewasiatkan pembantu rumahnya, “Kafankanlah aku dengan baju bulu yang lusuh ini yang biasa aku pakai ketika mengerjakan solat tahajud. Jangan beritahu sesiapa pun tentang kematianku.” Maka jenazah beliau pun telah diuruskan seperti yang telah diwasiatkan.

💜 DALAM mimpinya, pembatu rumahnya itu telah melihat Rabi’ah ‘Adawiyah r.a. berpakaian sangat cantik lalu dia pun bertanya, “Ke manakah baju lusuh yang telah digunakan untuk mengkafankan puan?” Beliau menjawab, “Baju tersebut telah dilipat dan disimpan bersama dengan amalan solatku.”

💜 LALU pembantu rumahnya itu meminta supaya dia diberi sedikit nasihat. Maka kata Rabi’ah ‘Adawiyah, “Hendaklah kamu berzikir (mengingati Allah) sebanyak yang mungkin, kerana dengan amalan itu kamu akan dicemburui di akhirat (khasnya di dalam kubur nanti).”

💜 WALLAHU A’LAM.
💜 LA HAULAWALA QUWWATA ILLA
BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM.
💜 ALLAHOMMA SOLLI’ALA SAYYIDINA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.

😀 SEMOGA bermanfaat dan berkat.
BI IDZNILLAHI TA’ALA.
AAMIIN.

📌 SUMBER: FADILAT AMAL oleh
Syaikhul Hadis Hadrat Maulana
Muhammad Zakariyya Kandhalawi.
(2015)

Hj Abdul Rahman Ismail


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: