Posted by: peribadirasulullah | Julai 7, 2018

MUKMIN YANG KUAT DICINTAI OLEH ALLH SWT

Image may contain: text

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
 ASSALAMUALAIKUM

 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

MUKMIN YANG KUAT

 AGAMA Islam adalah agama yang kuat, agama yang punya izzah, ketinggian dan kehormatan. Maka ia menuntut umatnya supaya sentiasa kuat dan bertenaga.

 SABDA Rasulullah SAW: “Orang mukmin yang kuat lebih baik daripada baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah. Pada kedua-duanya memang ada kebaikan. Namun capailah dengan bersungguh-sungguh apa yang berguna bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu menjadi orang yang lemah. Apabila kamu tertimpa satu kemalangan maka janganlah kamu katakan: Seandainya tadi aku berbuat begini dan begini, akan tetapi katakanlah ini sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya. Kerana sesungguhnya ucapan perkataan ‘kalau’ itu akan membuka jalan bagi godaan dan hasutan syaitan.”

(Hadis Riwayat Muslim)

 APAKAH yang dimaksudkan dengan kuat di dalam hadis ini? Kuat yang dimaksudkan sebenarnya adalah kekuatan iman, ilmu, ketaatan, kekuatan pandangan, kekuatan jiwa dan juga kehendak. Ditambah padanya kekuatan tubuh badan, kerana kekuatan tubuh badan akan membantu individu itu menegerjakan amalan soleh.

 FIZIKAL yang sihat semata-mata tidak ada nilainya jika tidak digunakan pada jalan yang dicintai dan diredhai Allah, iaitu berupa amalan soleh dan ketaatan kepada-Nya. Bahkan mungkin saja boleh membawa kepada sebab maksiat dan kemurkaan Allah SWT.

 SEPERTI mana yang dikatakan oleh Imam Nawawi, kuat di dalam hadis ini adalah jiwa yang kuat dan kesungguhan dalam perkara akhirat. Maka empunya jiwa ini dialah yang paling hadapan dalam menghadapi musuh di medan jihad, dialah di hadapan mempertahankan maruah Islam. Dialah yang sangat kuat kesungguhannya dalam menyampai dan menyebarkan kebenaran, sabar menanggung kepayahan dan kepenatan dalam melakukan kebaikan. Dialah jua yang paling kuat dan sabar dalam melakukan amal ibadah dan menghampirkan diri kepada Allah SWT.

 MUKMIN yang kuat imannya, akan kuatlah tubuh badan dan amalannya. Mukmin yang kuat imannya akan memberi manfaat buat umat Islam dan mampu untuk menanggung kewajipan tanpa rasa penat dan jemu. Kerana iman seakan jantung dan nyawa bagi manusia. Dengan kuatnya iman akan kuatlah tindakan dan amalan. Atas sebab itulah, mukmin yang kuat lebih baik daripada mukmin yang lemah.

 HADIS ini hakikatnya menggesa umat Islam agar sentiasa memperbaharui dan menguatkan iman, azam dan jiwa, sesuai dengan kedudukan agama Islam yang kuat, punyai izzah, ketinggian dan kehormatan, agar sentiasa pula kuat dan bertenaga dirinya zahir dan batin.

 KERANA itu Allah SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan menegak dan mempertankan Islam) dan jangan pula kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu) padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.”

(Surah Ali Imran ayat 139)

 WALLAHU A’LAM.

 LA HAULAWALA QUWWATA ILLA
BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM.

 ALLAHOMMA SOLLI’ALA SAYIDINA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.

😀 SEMOGA bermanfaat dan berkat
BI IDZNILLAHI TA’ALA
AAMIIN.

📌 SUMBER: HADIS Iman Bil 53

Hj Abdul Rahman Ismail


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: