Posted by: peribadirasulullah | Julai 7, 2018

MERAIH PAHALA DENGAN AMALAN KECIL

Image may contain: text

💛 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
💛 ASSALAMUALAIKUM

💛 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

MERAIH PAHALA DENGAN
AMALAN KECIL

💛 JUMAAT adalah hari yang penuh berkat dalam seminggu menurut kalendar Islam. Justeru, pada malam dan hari ini, umat Islam masing-masing mempertingkatkan ibadah bagi mengisi ruang dan peluang mencari keberkatannya. Antara amalan-amalan kecil dalam meraih pahala keberkatan ini adalah:

1. MANDI JUMAAT

🌻 ABDULLAH bin Abu Qatadah r.a. menceritakan,

“Ayahku datang menemuiku ketika aku sedang mandi, lalu dia berkata, ‘Mandimu itu mandi junub atau mandi Jumaat?’ Aku menjawab, ‘Mandi junub.’ Lalu ayahku berkata lagi, ‘Ulangi mandimu sekali lagi. Sungguh aku mendengar Rasulullah SAW berkata, ‘Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, maka dia berada dalam keadaan suci hingga hari Jumaat berikutnya.’ ”

HR at-Tabrani, Ibnu Khuzaimah,
Ibnu Hibban dan al-Hakim.

🌻 SALMAN r.a. melaporkan bahawa Rasulullah SAW berkata:

“Apabila seseorang mandi pada hari Jumaat, bersuci semampunya, memakai wangi-wangian, lalu keluar menuju ke masjid, tidak memisahkan antara dua orang, diam semasa khatib membaca khutbah, solat seperti yang diwajibkan kepadanya, maka diampunkan dosa antaranya dan antara Jumaat yang berikut.”

HR Bukhari.

2. SOLAT JUMAAT

🌻 ABU Hurairah r.a. melaporkan bahawa Rasulullah SAW berkata:

“Sesiapa yang berwuduk lalu membaguskan wuduknya, kemudian menghadiri solat Jumaat dan mendengar khutbah serta diam, maka diampunkan dosanya di antara dua Jumaat dan ditambah tiga hari lagi.”

HR Muslim.

🌻 ALLAH SWT berfirman:

“Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah urusan berjual-beli, yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”

Surah al-Jumu’ah ayat 9.

🌻 YAZID bin Abu Maryam melaporkan,

“Ubayah bin Rifaah menemuiku ketika aku berjalan hendak menghadiri solat Jumaat, lalu dia berkata, ‘Berbahagialah, kerana langkahmu ini fi sabilillah. Saya mendengar Abu Ubais menceritakan bahawa Rasulullah SAW berkata, ‘Sesiapa yang kedua-dua kakinya berdebu fi sabilillah, maka kedua-duanya haram masuk ke neraka.”

HR at-Tirmidzi.

3. MALAIKAT MENCATAT KEHADIRAN

🌻 ABU HURAIRAH r.a. melaporkan bahawa Rasulullah SAW berkata:

“Pada hari Jumaat, para malaikat berdiri di depan pintu-pintu masjid. Mereka menulis nama orang yang hadir awal dan yang seterusnya. Perumpamaan orang yang bersegera hadir adalah seperti yang berkorban dengan seekor unta, (yang berikutnya) seperti berkorban dengan seekor lembu, seperti berkorban dengan seekor kambing, kemudian seekor ayam, sebiji telur dan sebagainya. Maka apabila khatib telah keluar untuk berkhutbah, mereka (para malaikat) melipatkan lembaran-lembarannya itu untuk duduk mendengar khutbah.”

HR imam Ahmad dan at-Tabrani.

(NOTA: Khutbah adalah sebahagian daripada sembahyang Jumaat. Justeru hadirlah untuk solat Jumaat sebelum imam atau khatib membaca khutbah)

4. PAHALA MEMBACA AL-QURAN

🌻 SURAH AL-KAHFI

ABU Said al-Khudri r.a. melaporkan bahawa Rasulullah SAW berkata:

“Srsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan diterangi dengan cahaya di antara dua Jumaat.”

HR An-Nasa’i dan al-Hakim.

🌻 SURAH YASIN

AL-ASHBAHANI meriwayatkan hadis Abu Hurairah r.a. yang melaporkan bahawa Rasulullah SAW berkata:

“Sesiapa yang membaca surah Yasin pada malam Jumaat, maka akan diampunkan (doda-dosanya).”

🌻 SURAH ALI IMRAN

AT-TABRANI meriwayatkan hadis, sanad dari Ibnu Abnas r.a. yang melaporkan bahawa Rasulullah SAW berkata:

“Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, Allah dan para malaikat-Nya akan berselawat padanya sehingga matahari terbenam.”

🌻 SURAH AD-DUKHAN

🌾 AT-TIRMIDZI meriwayarkan hadis Abu Hurairah r.a. yang melaporkan bahawa Rasulullah SAW berkata:

“Sesiapa yang membaca surah ad-Dukhan pada malam Jumaat akan diampunkan (dosa-dosanya)”

🌾 MANAKALA At-Tabrani meriwayatkan hadis Abu Umamah r.a. yang melaporkan bahawa Rasulullah SAW berkata:

“Sesiapa yang membaca ‘Haamim ad-Dukhan’ pada malam atau pada hari Jumaat, maka Allah akan menyediakan untuknya sebuah rumah di syurga disebabkan bacaannya itu.”

5. WAKTU MUSTAJAB BERDOA

🌻 ABU HURAIRAH r.a. melaporkan bahawa Rasulullah SAW berkata:

“Padanya (Jumaat itu), ada satu ketika (waktu) yang apabila seseorang itu meminta kepada Allah SWT dalam keadaan solat, maka Dia akan mengabulkan permintaan itu.” Dan Rasulullah SAW mengisyaratnya dengan tangan (tandanya) sesingkat waktu sahaja. Maka carilah ia dan berdoalah. Semoga doa anda dimakbulkan Allah. AAMIIN.

HR Bukhari dan Muslim.

💛 WALLAHU A’LAM.
💛 LA HAULAWALA QUWWATA ILLA
BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM.
💛 ALLAHOMMA SOLLI’ALA SAYIDINA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.

😀 SEMOGA bermanfaat dan berkat
BI IDZNILLAHI TA’ALA
AAMIIN.

📌 SUMBER:
Mengejar Pahala Dengan Amalan Kecil
Oleh Dr. Haji Johari Haji Alias.

Hj Abdul Rahman Ismail


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: