Posted by: peribadirasulullah | Julai 7, 2018

KISAH MUS’AB IBNU UMAIR

Image may contain: text

💜 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
💜 ASSALAMUALAKUM Semua

💜 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

KISAH MUS’AB IBNU UMAIR

💜 DALAM Al-Aswat diriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Umar r.a. Disebutkan bahawa Rasulullah SAW melintasi kubur Mus’ab Ibnu Umair ketika pulang dari Perang Uhud, bersama para sahabat baginda. Lalu baginda berhenti pada kubur itu yang juga termasuk kubur para sahabat yang telah gugur syahid, seraya berucap:

“Aku bersaksi bahawa kalian hidup di sisi Allah,” (sambil berpaling kepada para sahabat) baginda berkata: “Oleh kerana itu, hendaklah kamu ziarahi mereka dan ucapkan salam kepada mereka. Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seseorang mengucapkan salam kepada mereka melainkan mereka akan menjawabnya sampai hari kiamat.”

(Riwayat at-Tabrani)

💜 MUS’AB Ibnu Umair merupakan seorang yang terkaya pada zaman Rasulullah SAW. Kekayaannya itu adalah dari zaman sebelum beliau memeluk agama Islam. Seorang anak tunggal yang mewarisi kekayaan daripada keturunannya sehinggakan diriwayat betapa kekayaannya itu tidak mampu ditandingi oleh orang kaya yang lain. Sekiranya beliau keluar ke jalanan, orang ramai akan menghidu bau wangi minyak attarnya yang tidak mampu dipakai oleh orang lain melainkan beliau seorang sahaja. Setelah bapanya meninggal dunia, beliau telah memeluk Islam.

💜 RASULULLAH SAW mengajarkan al-Quran kepada Mus’ab Ibnu Umair dan baginda dapati suara Mus’ab sangatlah merdu, sehinggalah beliau diutuskan oleh Rasulullah ke Madinah untuk mengajar al-Quran kepada penduduk Madinah, sebelum baginda berhijrah ke sana.

💜 MENDENGAR berita pemelukan Islam Mus’ab, ibunya berusaha untuk menyekatnya, lalu memaksa dan mengugut beliau supaya meninggalkan Islam dan jika tidak, beliau harus menyerahkan semua harta warisan bapanya kepada ibunya. Mus’ab menjawab, “Sekalipun saya tidak mendapat harta itu, memadailah saya hanya mendapat Rasulullah SAW dalam hidup ini. Saya tidak lagi perlukan harta tersebut dan sekiranya ibu inginkannya maka ambillah kesemuanya.” Namun ibunya tidak berputus asa mendesak pelbagai cara supaya Mus’ab kembali kepada agama nenek moyang mereka.

💜 HAL tersebut menyebabkan Mus’ab terharu dan terkedu lalu memikirkan bagaimana cara yang harus dilakukannya. Akhirnya beliau berbisik kepada ibunya seraya berkata, “Wahai ibuku, sekalipun ibu mempunyai seribu nyawa (mati dan kemudian hidup kembali) namun aku tetap tidak akan meninggalkan agamaku Islam.” Begitu tegas Mus’ab sehingga ibunya berfikir tiada gunanya lagi meneruskan juga desakan ini. (Berdasarkan riwayat, ibu Mus’ab ini akhirnya memeluk Islam).

💜 MUS’AB Ibnu Umair merupakan salah seorang yang mati syahid dalam peperangan Uhud. Berdasarkan riwayat, Mus’ab menerima arahan untuk pergi berperang pada malam pengantinnya. Beliau keluar berperang tanpa sempat mandi junub dan akhirnya gugur syahid. Apabila mayatnya ditemui, maka Rasulullah SAW menutup kepalanya dengan kain yang dipakainya, maka terdedahlah akan kaki beliau. Rasulullah menarik kembali kain tersebut untuk menutup kakinya, maka ternampak pula kepala Mus’ab Ibnu Umair.

💜 MELIHAT keadaan demikian, Rasulullah SAW lalu menangis sampai teresak-esak dan bersabda, “Inilah seorang lelaki yang hidupnya dalam keadaan mengejarkan akhirat jauh meninggalkan dunia. Sekaya-kaya manusia menjadi hamba kepada Allah SWT.” Kemudian Rasulullah SAW memusingkan badannya lalu tersenyum. Para sahabat semua tertanya-tanya. Baginda menjawab, “Aku melihat para bidadari Allah berkejar-kejaran untuk merebut Mus’ab Ibnu Umair, dan aku berpusing kerana terlihat betis salah seorang bidadari yang terselak ketika mengejar Mus’ab itu.” Subhanallah!

💜 MAKA sebab itulah apabila kita menziarahi Madinah, kita akan menziarahi perkuburan Uhud. Antara sebabnya adalah hadis ini yang menyuruh untuk kita menziarahi perkuburan Uhud serta ahlinya. Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa memberi salam kepada ahlul- Uhud, nescaya salam itu akan dijawab oleh mereka sehingga hari kiamat.”

💜 KERANA mereka sebenarnya hidup di sisi Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

“Dan jangan sekali-kali kamu menyangka orang-orang yang terbunuh (gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.”

(Surah Ali Imran 3:169)

💜 WALLAHU A’LAM.
💜 LA HAULAWALA QUWWATA ILLA
BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM.
💜 ALLAHOMMA SOLLI’ALA SAYIDINA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.

😀 SEMOGA bermanfaat dan berkat.
BI IDZ NILLAHI TA’ALA
AAMIIN.

📌 MAU’IZHAH HASANAH
Imam Jalaluddin as-Suyuti.

Hj Abdul Rahman Ismail


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: