Posted by: peribadirasulullah | Julai 7, 2018

KELUHURAN BUDI

Image may contain: text

💜 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
💜 ASSALAMUALAIKUM

💜 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

😀 FUTUWWAH (KELUHURAN BUDI)

💜 AL-FATI (pengamal futuwwah) adalah orang yang menyedari sepenuhnya akan dirinya, hartanya dan juga keluarganya. Namun dia serahkan kesemuanya kepada Yang Maha Memiliki, sehingga dia sendiri seolah-olah tidak mempunyai apa-apa yang perlu diberikan.

💜 ALLAH SWT berfirman:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan perolehi syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah, maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran, dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (seperti itu) ialah kemenangan yang besar.”

(Surah at-Taubah 9:111)

💜 ALLAH SWT juga berfirman:

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat, dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya.”

(Sirah an-Nahl 16:90)

💜 SEORANG pengamal futuwwah tidaklah meninggalkan kehendak taat kepada Allah, melainkan dilaksanakan dengan bersama. Futuwwah orang awam adalah pada harta. Futuwwah orang pilihan adalah pada harta dan perbuatan. Futuwwah orang yang amat khusus adalah pada harta, amal dan keadaan. Sedangkan futuwwah pada Nabi adalah pada harta, amal dan jiwa raga.

💜 SEORANG pengamal futuwwah adalah seseorang yang dalam batinnya tidak terdapat keinginan apajua pun, dan lahiriahnya tidak memperlihatkan perilaku pura-pura dan menunjuk-nunjuk. Sukmanya yang ada di antara dia dengan Allah, tidak dapat dilihat oleh dadanya sendiri, apa lagi dengan orang lain.

💜 SEORANG pengamal fituwwah sentiasa memandang makhluk dengan mata keredhaan dan memandang dirinya dengan mata benci, selain dia mengetahui hak orang yang lebih daripada dirinya, yang sepadan dengannya atau yang di bawahnya. Dia tidak pernah menjerumuskan sahabatnya ke alam kesesatan, menghina atau berdusta. Dia memandang makhluk seolah-olah mereka adalah para kekasih Allah, yang tidak mempunyai kecacatan, kecuali mereka yang melawan syarak. Tetapi, walaupun seperti itu, tetap dia mengaitkannya kepada tipudaya syaitan, bukan kepada peribadi sesama Muslim. Dia tetap mengembalikan segalanya kepada Allah, di samping dirinya terus berusaha mengubah kemungkaran melalui tangannya. Jika tidak mampu melalui tangannya, maka dia mengubah dengan hatinya.

💜 ANTARA ciri perilaku seorang pengamal futuwwah yang lain adalah dirinya tidak pernah putus asa pada makhluk, tidak banyak bertanya atau membantah, menyembunyikan kefakiran dan memperlihatkan kekayaan, tidak banyak mendakwa, suka menyembunyikan kesusahan dan sentiasa sabar menanggung derita.

💜SETERUSNYA, termasuk perilaku seorang pengamal futuwwah adalah mengutamakan orang lain, daripada keiginan dirinya, baik dalam akhlak mahupun perbuatan. Dia sentiasa berusaha membantu keperluan orang lain, suka memberi tanpa mengungkit dan mencela. Dia tidak pernah menuntut sesiapa pun untuk memenuhi haknya, tetapi sebaliknya dia sentiasa menuntut dirinya agar memenuhi hak orang lain.

💜 SEORANG pengamal fituwwah sentiasa melihat kelebihan orang lain dan memandang dirinya penuh dengan kekurangan. Dia tidak pernah merasa telah melakukan banyak dengan apa yang dilakukannya.

💜 DI ANTARA perilaku pengamal futuwwah lagi ialah meninggalkan keinginan nafsu, tidak ada bezanya antara pujian dan hinaan orang lain terhadap dirinya, sentiasa jujur, menepati janji, dermawan, memiliki rasa malu, berbudi luhur, berjiwa mulia, amat bertolak ansur, mengasihi sesama, menjauhi diri daripada mendengar berbualan sia-sia dan perbualan buruk dari rakan taulan, menghormati penjanjian dengan telus, serta menjauhi diri dari rasa dengki, iri hati dan jauh daripada menipu.

💜 PERILAKU lain termasuklah mencintai dan membenci semata-mata kerana Allah, sentiasa bersahabat dengan orang baik dan menjauhi orang jahat kerana Allah, sentiasa pula memusihi diri dan nafsu demi Allah. Tidak pernah memusuhi orang lain, sehingga dia sentiasa menakluki emosi negatifnya. Terdapat satu ungkapan hukama: “Pengamal futuwwah adalah orang yang memecahkan berhala, iaitu hati, yang merupakan berhala manusia.”

💜 SEORANG pengamal futuwwah tidak suka menjauhi orang fakir kerana kefakirannya, tidak pula menentang orang kaya kerana kekayaannya. Dia tidak pernah merasa keliru dalam apa jua keadaan. Pendatang atau penduduk asli sama sahaja baginya. Dia tidak membezakan antara orang yang dia telah kenal dan orang yang belum kenal. Dari segi pergaulan sosial, dia tidak membezakan seorang wali dengan seorang kafir. Dia tidak suka mengumpulkan sesuatu dan tidak mengabaikan atau acuh tak acuh. Dia sentiasa memperlihatkan kenikmatan dan selalunya meyembunyikan cintanya.

💜 CIRI seterusnya seorang pengamal futuwwah adalah dirinya sama sekali tidak berubah ketika sepatutnya mendapat bahagian sepuluh, ternyata dia hanya mendapat kurang atau mungkin lebih. Dia juga, jika melakukan transaksi, tidak terlalu berorientasi pada keuntungan, terutama jika dengan kawan rapat. Jika diberi dia sentiasa berterima kasih, sedangkan jika tidak diberi dia bersabar. Malah jika dirinya diberi pun, dia lebih suka mengutamakan orang lain terlebih dahulu, dan jika tidak dia sentiasa bersyukur.

💜 OLEH yang demikian, futuwwah itu adalah seseorang yang tidak menyibukkan diri dengan makhluk sehingga lupa kepada Al-Haqq. Futuwwah ahli makrifat adalah tidak menyibukkan diri dengan yang dimakrifatinya, sedangkan futuwwah orang biasa adalah tidak disibukkan dengan rutin dan kebiasaan sehari-harinya.

💜 DEMIKIAN jelas Imam al-Ghazali Rahimahullah melalui kitabnya “Raudhah at-Talibin wa Umdah as-Salikin” (2013)

💜 WALLAHU A’LAM
💜 LA HAULAWALA QUWWATA ILLA
BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM
💜 ALLAHOMMA SOLLI’ALA SAYIDINA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.

SEMOGA bermanfaat dan berkat.
BI IDZNILLAHI TA’ALA
AAMIIN.

Hj Abdul Rahman Ismail


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: