Posted by: peribadirasulullah | Julai 7, 2018

ISTIGHFAR KITA MEMERLUKAN LEBIH BANYAK ISTIGHFAR

Image may contain: one or more people and text

💚 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
💚 ASSALAMUALAIKUM

💚 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

ISTIGHFAR KITA MEMERLUKAN
LEBIH BANYAK ISTIGHFAR

💚 ALLAH SWT berfirman:

📌 “Dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pagi dan petang.”

Surah Ghaafir: 55

📌 “Dan mintalah ampun kepada-Nya bagi salah silap yang kamu lakukan, dan bagi dosa-dosa orang yang beriman lelaki dan perempuan.”

Surah Muhammad: 19

📌 “Dan hendaklah kamu memohon ampun kepada Allah kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Surah an-Nisaa’: 106

💚 RASULULLAH SAW bersabda:

📌 “Demi Allah, sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam satu hari lebih daripada tujuh puluh kali.”

Sahih al-Bukahri dari Abu Hurairah.

📌 “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan berikanlah taubat kepadaku, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi taubat dan Maha Penyayang.”

Sunan Abu Daud, Sunan at-Tirmidzi
dan Sunan Ibnu Majah
dari Ibnu Umar,

📌 “Sesiapa yang membiasakan diri membaca istighfar, nescaya Allah akan memberikannya jalan keluar dari setiap kesempitan, memberikan kelapangan dari setiap keresahan dan memberikannya rezeki dari sisi yang tidak di sangka-sangka.”

Sunan Abu Daud dan Sunan Ibnu Majah
dari Ibnu Abbas.

😀 PEMBAHASAN SINGKAT

💚 DI ANTARA permasalahan yang berkaitan dengan istighfar ini, adalah apa yang diriwayatkan dari Rabi’ bin Khuthaim bahawa dia berkata:

🍀 “Jangan ada seorang pun dari kalian yang mengucapkan ‘astaghfirullah wa atubu ilaih’ kerana akan menjadi dosa dan dusta apabila tidak melakukannya. Yang benar adalah anda mengucapkan ‘Allahummagh firli wa tub’alayya'”

🍀 Pernyataan beliau dengan ucapan ‘Allahummagh firli wa tub’alayya’ adalah bagus. Akan tetapi larangan mengucapkan ‘astaghfirullah’ dan menyebutnya sebagai dusta, maka kita tidak dapat menyetujuinya kerana erti dari ‘astaghfirullah’ adalah aku memohon keampunan Allah, benar-benar memohon keampunan-Nya dan ini adalah ikhlas dari hati nurani kita, bukannya dusta.

Imam an-Nawawi
Al-Azkar.

🍀 Diriwayatkan dari Fudhail bin Iyad bahawa dia berkata:

“Istighfar tanpa meninggalkan kemaksiatan adalah taubat para pendusta.” Pernyataan ini hampir sama dengan pernyataan Rabi’ah al-Adawiyah iaitu. ‘Istighfar kita memerlukan lebih banyak lagi istighfar susulan’.

🍀 Juga dari sebahagian kalangan Arab yang berdoa sambil memegang kain kiswah Kaabah:

“Ya Allah, sesungguhnya istighfarku bersama tetapnya aku dalam kemaksiatan adalah kemaksiatan, dan sesungguhnya aku meninggalkan istighfar bersama pengetahuanku akan luasnya kemaafan-Mu adalah kelemahan. Betapa banyak Engkau mencintaiku dengan pelbagai kenikmatan padahal Engkau tidak memerlukan aku, dan betapa banyak pula aku membenci-Mu dengan kemaksiatan padahal aku tersangat memerlukan-Mu.”

“Wahai Zat yang apabila berjanji pasti menepati, apabila mengancam pasti mengampuni dan memaafi, masukkanlah besarnya kejahatanku ke dalam agungnya kemaafan-Mu, wahai Zat Yang Maha Penyayang di antara para penyayang, kepada-Mu sahaja aku memohon dan aku berserah.”

😀 JUSTERU, para sahabat fillahku yang beriman dan budiman, susulilah istighfar dan taubat anda dengan lebih banyak lagi istighfar serta taubat, semoga kesungguhan kita dalam memohon keampunan Allah mendapat keredhaan dan rahmat-Nya.

😀 SEMOGA bermanfaat dan berkat
BI IDZNILLAHI TA’ALA
AAMIIN.

💚 WALLAHU A’LAM.
💚 LA HAULAWALA QUWWATA ILLA
BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM.
💚 ALLAHOMMA SOLLI’ALA SAYIDINA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.

📌 SUMBER: Al-Azkar oleh
Imam an-Nawawi
(2015)

Hj Abdul Rahman Ismail


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: