Posted by: peribadirasulullah | Julai 7, 2018

Dr Zakir Naik jumpa Dr Mahathir

 

Ini adalah pertemuan pertama Zakir Naik dengan Dr Mahathir Mohamad sejak Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum 9 Mei lalu. (Gambar Facebook)

Pendakwah kontroversi dari India berjumpa dengan perdana menteri pagi ini dalam pertemuan singkat yang tidak dijadualkan.

PETALING JAYA: Pendakwah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik yang dikehendaki pihak berkuasa negara itu, menemui perdana menteri hari ini, sumber mengesahkan pertemuan itu kepada FMT.

“Saya boleh mengesahkan Zakir berjumpa Tun (Dr Mahathir Mohamad) pagi ini,” kata sumber itu.

Bagaimanapun, tidak jelas apa yang dibincangkan Zakir dengan Dr Mahathir dalam pertemuan pertama mereka sejak Pakatan Harapan menawan Putrajaya, tetapi mesyuarat tidak dijadualkan itu, dikatakan singkat.

Pertemuan itu diadakan sehari selepas Dr Mahathir berkata, kerajaan tidak akan mengusir Zakir selagi beliau tidak menimbulkan masalah kerana beliau mempunyai status penduduk tetap.

Spekulasi timbul dalam kalangan media India yang Putrajaya akan bertindak terhadap permohonan ekstradisi dikemukakan New Delhi Januari lalu.

Rabu lalu, Kementerian Luar India mengesahkan permohonan rasmi sudah dikemukakan kepada Malaysia.

Zakir mendakwa media di India menyasarkannya atas kempen cercaan sejak 2 tahun lalu dan berikrar akan mendedahkan “berita palsu” mengenai pengusirannya.

“Kebanyakan artikel yang diterbitkan mengenai saya akan dibuktikan tidak berasas dan ia adalah palsu,” katanya dalam rakaman video baru dimuat naik ke Facebooknya.

Dr M: Kerajaan tak usir Zakir Naik selagi beliau tak cetus masalah

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/07/zakir-naik-jumpa-dr-mahathir/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: