Posted by: peribadirasulullah | Jun 23, 2018

Kelebihan Wanita Dan Lelaki

Image may contain: text

Bimbingan Rohani Bersama Ihya Assunnah Solution

Kelebihan Lelaki Dan Wanita.

Wanita adalah:

1. Orang yang akan mendampingimu seumur hidup.
2. Orang yang akan melahirkan anak-anakmu, walau dengan penuh rasa sakit.
3. Orang yang sanggup menjagamu sampai tua.
4. Orang yang akan merawatmu ketika kamu sakit.
5. Orang yang akan selalu menyokong walau kamu gagal berpuluh-puluh bahkan beratus kali.
6. Orang yang memberikan hidupnya untukmu. Malah dia membuang egonya demi bersamamu. Walau ketika kamu menyakitinya, dia tetap berada di sampingmu…

Alangkah baiknya Wanita

Sedang Lelaki pula adalah:

1. Orang yang akan menjagamu untuk seumur hidupmu.
2. Orang yang sanggup berkorban segalanya untukmu.
3. Orang yang menafkahimu.
4. Orang yang merawatmu ketika kamu sakit.
5. Orang yang memelukmu ketika kamu sedih.
6. Orang yang ingin cuba sedaya demi membuatmu bahagia.

Keduanya sama berharga, cuma keduanya adalah insan yang berbeza maka terkadang ada membuat salah antara satu sama lain, tetapi itu akan dapat diatasi apabila keduanya saling memahami.

Hidup itu singkat… Terlalu singkat untuk pelbagai pertengkaran. Mengapa tidak kamu bahagiakan saja pasanganmu, mengisi hari dengan penuh cinta, dan membuat pasanganmu tersenyum lebih lebar setiap hari?

Bukankah itu lebih baik dan bahagia jika dibanding saling menyakiti?

Walaupun banyak hal yang mungkin tak mudah untuk di lalui, bahkan terkadang enggan untuk melaluinya, namun semuanya akan berjalan lancar jika sama saling mengerti.

Melihat ke atas: beroleh semangat untuk maju.

Melihat ke bawah: bersyukur atas apa yang ada.

Melihat ke sisi: Semangat untuk bersama.

Melihat ke belakang: Kutip pengalaman berharga.

Melihat ke dalam : untuk diperbaiki.

Dan Melihat ke depan : untuk menjadi lebih baik.

– Dari air kita belajar erti ketenangan
– Dari batu kita belajar erti kecekalan
– Dari tanah kita belajar erti kehidupan
– Dari rama-rama kita belajar merubah diri
– Dari padi kita belajar rendah hati
– Dan dari TUHAN kita belajar hanya DIA yang mampu beri kasih dan cinta yang sempurna

Kerana kita cuma insan, tidak akan pernah sempurna. C&P


Responses

  1. Reblogged this on Parti Amanah Negara Malaysia and commented:
    Penyucian jiwa

  2. Reblogged this on Penyucian Jiwa.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: