Posted by: peribadirasulullah | Jun 2, 2018

MEMPERKASA JAKIM DAN PERANANNYA

Image may contain: skyscraper

MEMPERKASA JAKIM DAN PERANANNYA SIRI 2.0 :::

Coretan Khas ini buat kepimpinan baru dan pendokongnya. Jangan baca tajuk SAHAJA.

YAB Tun Dr Mahathir,

Dalam artikel pertama saya, tiada satu pun perkataan hapus yang saya tulis melainkan saya mengajak YAB Tun bersama-sama melakukan islah dan pembaharuan kepada sebuah institusi agama yang sangat dihormati, iaitu Jakim.

Sebenarnya, kegagalan kerajaan di bawah kepimpinan YAB Tun untuk menamakan Menteri JAKIM atau personaliti yang akan mengemudi bahtera istimewa inilah yang akan menimbulkan tanggapan buruk serta sisi pandangan negatif yang tidak berkesudahan. Masyarakat tertanya-tanya, sama ada fungsi JAKIM akan diperhebatkan atau sebaliknya. Ianya berlaku dengan mengambil kira pandangan sinis kumpulan-kumpulan yang dilihat terus menyerang JAKIM tanpa segan dan silunya.

YAB Tun,

Pemerkasaan sebuah institusi agama mestilah diperhalusi oleh ahlinya, bertepatan dengan firman Allah SWT :

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Surat An-Nahl,16:43

yang bermaksud : “Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.”

Saya selalu mengikuti ucapan YAB Tun, di mana Tun lebih suka seseorang yang memahami bidang tersebut tanpa mencampuri urusan lain. Sekarang waktunya untuk Tun buktikan kata-kata tersebut dengan perbuatan.

YAB Tun,

YAB Tun sepatutnya mengumpulkan keseluruhan para mufti di Malaysia, Ahli Majlis Kajian Shariah Malaysia, agamawan yang dihormati serta personaliti yang YAB Tun sendiri selesa dengan pendapat mereka seperti YBhg. Ustaz Ahmad Awang yang pernah menganggotai JAKIM merangkap Mursyidul Am AMANAH.

Apa yang kami harapkan, sekiranya dihimpunkan bersama orang yang bukan berpendidikan agama tetapi sekurang-kurangnya mereka yang berlatar belakangkan agama yang tinggi dan bertaqwa kepada Allah, khususnya yang berpegang teguh dengan mazhab Asy-Syafie dan ahlus sunnah wal jamaah. Ini bagi mengelakkan pandangan yang keliru dan celaru terhadap agama.

YAB Tun,

Benar seperti yang selalu Tun sebut, JAKIM bukan agama dan begitulah sebaliknya. JAKIM boleh dan perlu dikritik bagi mengimbangi sebarang kekurangan serta kelemahan yang ada. JAKIM boleh diperkasa, dikaji dan di’reform’ agar budaya kerja yang lemah, lapuk serta tidak baik diperbaharui dan disempurnakan. Begitulah juga, mana-mana badan yang ada di dalam negara kita.

Namun, membicarakan tentang isu ajaran agama dalam JAKIM adalah suatu kesilapan yang sepatutnya tidak dilakukan oleh kerajaan kepimpinan YBhg. Tun. Jangan bermain dengan api agama. Saya percaya, YBhg. Tun juga menentang perkara ini, maka elakkan membicarakan tentang keterbukaan agama yang boleh mengundang fitnah yang besar buat agama.

Isu liberal, hak peribadi, tangkapan khalwat dan perkara-perkara yang sering dibangkitkan oleh kumpulan hak asasi bukanlah perkara yang boleh dibicarakan oleh Tun secara kendiri melainkan perlu dirujuk kepada mereka yang jauh lebih memahami isu tersebut. Jangan kerana YBhg. Tun nak dilihat sebagai pengamal agama moderat atau moden, maka dibuka ruang seluas-luasnya sehingga kelompangan itu boleh merosakkan pegangan agama umat Islam itu sendiri.

YAB Tun,

Rakyat Malaysia telah memilih kerajaan baru dengan jutaan harapan. Maka, harapan kami sebagai umat Islam di Malaysia agar YAB Tun terus menjaga keistimewaan Islam itu dalam kelasnya yang tersendiri. Maka, JAKIM yang dikenali sebagai penyelaras atau sekretariat MKI juga perlu dipelihara daripada sebarang anasir dan usaha yang boleh merosakkan hala tuju Jakim itu sendiri.

Saya sekali mohon mencadangkan :

1. Suatu pembaharuan, penjenamaan dan pemerkasaan terhadap JAKIM melalui suatu jawatankuasa dibawah Suruhanjaya Diraja yang diselia oleh Majlis Raja-Raja bagi menjaga dan memelihara sumpah Yang Di Pertuan Agong sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

2. JAKIM diletakkan terus di bawah Majlis Raja-Raja bagi memperkasakan peranannya sebagai penyelaras jabatan agama negeri di bawah Sultan, Raja atau Yang Dipertuan Negeri bagi menjalinkan hubungan secara langsung dengan istana tanpa campurtangan politik dan pemerintah yang bertukar-tukar.

3. Jawatankuasa yang dibentuk terdiri daripada 14 orang mufti negeri-negeri, agamawan yang terkemuka, pensyarah bidang agama dan Pegawai Tadbir Diplomatik atau kumpulan pentadbir yang mempunyai latar belakang agama yang baik, bermazhab Syafie serta berpegang dengan aliran ahlus sunnah wal jamaah.

Saya doakan agar YAB Tun sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik. Saya mohon kepada Allah SWT agar membimbing hati YAB Tun agar memimpin Malaysia dengan jiwa yang besar, hati yang bertaqwa serta rasa takut kepada azab Allah SWT.

cc : plfcomms@perdana.gov.my

Amir Muttakin bin Haji Ab Ghani
Mantan Pegawai Hal Ehwal Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
01hb Jun 2018 / 16 Ramadhan 1439

Abu Ammar

https://web.facebook.com/ustaz.amir30/posts/10209422886927488


Responses

  1. Reblogged this on Penyucian Jiwa.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: