Posted by: peribadirasulullah | Mei 24, 2018

Gandaan Pahala Di Ramadhan Mulia

“Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu” (hadith Qudsi Riwayat Al-Bukhari & Muslim) 



Alhamdulillah, kita bersyukur kerana masih dipertemukan dengan Ramadhan, dan sudah di penggal kedua kita kini berada, entah bagaimana agaknya prestasi kita sepanjang Ramadhan ini, jom muhasabah sat..


Manusia sememanngnya diciptakan dengan dua unsur di dalam dirinya, unsur fitrah yang membawa kepada agama dan kebaikan dan unsur nafsu yang membawa kepada kehancuran, menjauhi perintah Allah dan sebagainya.dua sifat yang sering bertelagah, siapakah yang lebih mampu menguasai diri ini, yang lebih kuat pastilah akan berkuasa. Nafsu sepertimana yang kita tahu, akan kuat bila tidak dididik, bila diri ini terpesona melakukan dosa dan kurang melakukan amal. Namun begitu, kita melihat, betapa pemurahnya Allah yang senantiasa bersedia mengampunkan dosa kita, agar kita sentiasa akan kembali pada fitrah kita..sifat pemaaf dan pemurah yang tidak mungkin ada pada makhluk, bayangkan, jika seorang ayah dan seorang anak, tatkala si anak senantiasa berbuat salah kepada ayahnya, mungkin ayahnya boleh memaafkan jika sekali dua, tetapi jika berulang-ulang kesalahan yang sama dibuat, terus menerus, mampukah si ayah memberi maaf lagi pada anaknya? 


Tetapi Allah begitu pemurah memberi kita peluang untuk bertaubat dan memohon ampun, bagi membersihkan najis dosa yang terpalit pada diri kita. Lantas mungkin terbit persoalan, mengapakah Allah begitu pemurah mengampunkan hambanya? itulah menandakan Allah mahukan kita masuk kedalam syurga.

Syurga Allah itu mahal harganya, bak kata Sheikh Ustaz Zainol Asri, antara syarat masuk syurga ialah kita ada pahala yang banyak dan kosong dosa. kita sebagai muslim, insyaallah, syurga itu mampu kita masuk, cuma persoalannya, adakah transit kita untuk ke neraka sebentar sebelum ke syurga? untuk membersihkan dosa-dosa kita? begitulah bagi orang mukmin yang faasiq, neraka menjadi tempat sterilization dari kuman-kuman dosa, agar kita suci bersih tatkala masuk ke syurga.

Namun, mungkin juga kita masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya selama-lamanya, kerana gugur syahadah, bila di dunia, kita mempersenda hukum Allah, mensyirikkan Allah, bahkan menidakkan yang halal dan mengiyakan yang haram. Iyadzubillah…

Benarlah lisan nabi s.a.w,

“Semua ummatku layak masuk syurga kecuali mereka yang sengaja enggan masuk syurga.” Sahabat bertanya : “Siapakah yang enggan masuk syurga itu ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah saw : “Sesiapa yang taat kepadaku layak masuk syurga dan sesiapa yang menderhakaiku maka sesungguhnya ia lah orang yang enggan masuk syurga.”(HR Bukhari)


Maha pengasih Allah..masih tetap menyayangi hambanya, sayangnya Allah kalau boleh tidak mahu kita masuk ke dalam neraka, maka di dunia, Allah mempermudahkan segala cara kita untuk menghapuskan dosa-dosa kita. sedeqah kita, zakat kita, senyum kita, solat sunat kita, solat berjamaah, langkah-langkah ke masjid, bacaan quran, wudhuk, jihad perjuangan kita, segalanya menjadi kaffarah bagi kita. agar kita bersih dan layak menjadi tetamu syurga Allah s.w.t.

makanya, Ramadhan, sewajarnya dijadikan medan untuk menyucikan diri kita sesuci-sucinya, kerana ia bukan sahaja bulan tarbiyyah kita memperoleh kawalan diri, tetapi bulan hadiah, untuk kita berlumba -lumba memperoleh segala kebaikan bulan Ramadhan,

Pahalanya yang berlipat kali ganda,

 

“Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda…(HR Bukhari dan Muslim) 

dan Penyucian diri dan jiwa,

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala daripada ALLAH, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim) 

Begitulah bukti betapa sayangnya Allah pada hambanya, diberikan kita Ramadhan untuk kita setiap tahun, membersihkan diri kita untuk layak memasuki syurga Allah, cuma persoalannya tinggal kita
adakah kita inginkan syurga? ataupun enggan untuk ke syurga?

“..Sesiapa yang menderhakaiku(Rasulullah s.a.w) maka sesungguhnya ia lah orang yang enggan masuk syurga.”(HR Bukhari)”

Jom buat pecutan di penggal kedua dan ketiga ini! Allahul Musta’an

p/s: diinspirasikan oleh tazkirah tarawikh, Al-Fadhil  sheikh Ustaz Zainol Asri b. Hj Romli.

http://muslimcountrykid.blogspot.my/2011/08/allah-nak-kita-masuk-syurgatapi-kita.html

Image result for gandaan pahala di bulan ramadhan

RAMADHAN A 2018

Image result for gandaan pahala di bulan ramadhan

Related image


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Ramadhan Al-Kareem

 

MOHON SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENJAYAKAN PROGRAM BERBUKA PUASA 1439H/2018M DI SELATAN KEMBOJA.

 

KELEBIHAN WAKAF DAN BERINFAQ HARTA JALAN ALLAH SWT.

 

Allah ta’aala menjanjikan kelebihan dan keutamaan di sebalik kedermawanan seseorang yang rajin berinfaq.

 

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

 

“Katakanlah, “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya).” Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya.” (QS Saba’ ayat 39)

 

Bahkan dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW  menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang rajin berinfaq di pagi hari sekaligus kerugian yang bakal dideritanya bilamana ia tidak peduli berinfaq di pagi hari.

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا

وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا (البخاري)

 

Tidak ada satu  subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat.        Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (HR Bukhary 5/270)

 

Jom berinfaq  dan berwaqaf  di Jalan Allah SWT melalui Ihya Assunnah Solution

Bantulah warga muslim Melayu Champa di pendalaman Selatan Kemboja, semoga dengan sumbangan tersebut membuat Allah SWT membuka pintu rezeki buat tuan dengan melimpah ruah in sya Allah.

 

Besarlah Harapan Kami Umat Islam Melayu Champa Di Selatan, Kemboja  Kepada Saudara-Saudari  Seagama Untuk Menderma  RM10 Bagi Menjayakan Program Berbuka Puasa di Markaz Umar Al-Khattab, Sihanoukville Dan Masjid-masjid di Selatan Kemboja Tahun 2018 M/1439H. Hulurkan sumbangan ikhlas anda melalui Ihya Assunnah Solution Maybank 553131011505 – Sumbangan Anda Lambang Kekuatan Pertalian Ukhuwah Islamiah Seaqidah Dan Lambang Ketinggian Iman Anugerah Allah SWT Yang Tidak Dapat Dinilai Oleh Makhluk Ciptaan Allah SWT. Hanya Allah SWT Sahaja Yang Mampu Membalas Setiap Sen Yang Anda Sumbangankan Di Jalan Nya.
Mohon hantar salinan slip bank in ke talian +6 0199576237(Ustaz Amin) http://ipkkelantan.wasap.my

atau emaikan ke ihyaassunnah68@gmail.com untuk direkod maklumat yang anda sumbangankan. Jazakumullahu Khairul Jaza’ Fiddunya WalAkhirah Ya Mujiibas Sailiin….

Sila kunjungi kami

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/12/29/asian-fondatiaon-for-education-and-development/

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/02/03/melayu-champa-cambodia/

https://wordpress.com/post/peribadirasulullah.wordpress.com/46725

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/03/03/ihya-assunnah-solution-menunaikan-amanah-warga-malaysia-di-sihanoukville-selatan-kemboja/

Pengenalan Ihya Assunnah Solution

https://www.youtube.com/watch?v=13Gi0MilEa0

Misi Menyampaikan Bantuan Ke Selatan Kemboja 2017

https://www.youtube.com/watch?v=64UO1RimxQI

Jutaan Terima Kasih Dan Ucapan Setinggi-tinggi Penghargaan Kepada Insan-Insan Mulia Yang Telah Menderma- Amanah Tuan-Puan Akan Kami Tunaikan – Semoga Amalan Kita Diterima Oleh Allah SWT… Amin Ya Allah, Terimalah Amalan Kami…..


Respon

  1. Reblogged this on Penyucian Jiwa.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: