Posted by: peribadirasulullah | Mei 13, 2018

Ribuan Para Malaikat Mendampingi Kita

Image may contain: text

Sesungguhnya syurga itu harum dan dihias dari tahun ke tahun untuk menyambut bulan Ramadhan. Pada malam pertama Ramadhan, akan muncul angin dari bawah Arasy yang disebut hembusan angin ‘al-Mutsirah’, maka daun-daunan dari pokok-pokok di syurga bergoyang, bergesel dan daun-daun pintu bergerak, sehingga menimbulkan suatu rangkaian dengungan suara yang sangat indah dan merdu yang belum pernah didengar oleh makhluk apapun sebelumnya, sehingga hal itu menarik perhatian para bidadari yang bermata jeli.

Mereka berdiri di tempat tinggi dan berkata, “Apakah ada orang-orang yang memohon kepada Allah, kemudian Allah akan mengahwinkannya dengan kami?”

Tidak ada jawapan dan penjelasan apapun, maka para bidadari itu bertanya kepada malaikat penjaga syurga, “Wahai Malaikat Ridwan! Malam apakah ini?”

Malaikat Ridwan berkata, “Wahai para bidadari yang cantik jelita, malam ini adalah malam pertama Bulan Ramadhan!”

Para bidadari itu berdoa, “Ya Allah! Berikanlah kepada kami suami-suami dari hamba-Mu pada bulan ini!”

Maka tidak ada seorang pun yang berpuasa di Bulan Ramadhan (dan diterima puasanya) kecuali Allah سبحانه وتعالى akan mengahwinkannya dengan para bidadari itu, kelak di dalam khemah-khemah di syurga.

Kemudian terdengar seruan firman Allah سبحانه وتعالى, “Wahai Ridwan! Bukalah pintu-pintu syurga untuk umat Muhammad yang berpuasa pada bulan ini. Wahai Malik (Malaikat penjaga neraka)! Tutuplah pintu-pintu neraka bagi mereka yang berpuasa bulan ini. Wahai Jibril! Turunlah ke bumi, kemudian ikatlah syaitan-syaitan yang jahat dengan rantai-rantai dan singkirkan mereka ke dasar lautan yang dalam, sehingga mereka tidak boleh merosakkan (mengganggu) puasa umat Muhammad, kekasih-Ku!”

Para malaikat itu dengan segera melaksanakan perintah Allah سبحانه وتعالى tersebut. Itulah sebabnya di dalam Bulan Ramadhan itu kebanyakan umat Islam sangat mudah untuk berbuat amal kebaikan. Suatu hal yang sangat sukar untuk diamalkan pada bulan-bulan yang lain. Gangguan syaitan (dari kalangan jin) dan hawa panas neraka ditiadakan untuk sementara, hawa sejuk syurga yang penuh rahmat dan kasih sayang Allah سبحانه وتعالى melimpah ruah membangkitkan semangat untuk terus beribadah kepada-Nya. Musuh yang perlu dihadapi tinggal gangguan syaitan dalam bentuk manusia dan hawa nafsu, yang mereka itu juga telah dilemahkan dengan adanya kewajipan puasa.

Pada riwayat lain disebutkan, pada malam pertama Bulan Ramadhan itu Allah سبحانه وتعالى berfirman, “Sesiapa yang mencintai-Ku maka Daku akan mencintainya, sesiapa yang mencari-Ku maka Daku akan mencarinya, dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku maka Daku akan mengampuninya berkat kehormatan Bulan Ramadhan ini (dan puasa yang dijalankannya)!”

Kemudian Allah سبحانه وتعالى memerintahkan malaikat ‘Kiramal Katibin’ (malaikat-malaikat pencatat amalan manusia) untuk mencatat amal kebaikan dari tiga kumpulan orang-orang tersebut dan menggandakannya, dan memerintahkan untuk membiarkan (tidak mencatat) amal keburukannya, bahkan Allah  سبحانه وتعالى  juga menghapuskan dosa-dosa mereka yang terdahulu.

Pada setiap malam di Bulan Ramadhan itu, Allah سبحانه وتعالى akan menyeru tiga kali,“Sesiapa yang memohon, maka Daku akan memenuhi permohonannya. Sesiapa yang kembali kepada-Ku (Taa-Ibin, taubat) maka Daku akan menerimanya kembali (menerima taubatnya). Sesiapa yang memohon ampunan (maghfirah) atas dosa-dosanya, maka Daku akan mengampuninya …!”

Pada setiap hari pada bulan Ramadhan, iaitu ketika berbuka puasa, Allah سبحانه وتعالى akan membebaskan sejuta roh dari neraka yang telah diwajibkan masuk neraka. Dan pada hari terakhir bulan Ramadhan, maka Allah سبحانه وتعالى akan membebaskan roh sebanyak yang telah Dia bebaskan dari awal hingga akhir Ramadhan.

Dan apabila tiba malam yang ditetapkan Allah سبحانه وتعالى sebagai Lailatul Qadr, Allah سبحانه وتعالى memerintahkan Jibrail dan rombongan besar malaikat untuk turun ke bumi. Jibril turun dengan membawa panji hijau yang kemudian diletakkan di puncak Kaabah. Ia mempunyai 100 sayap, dua di antaranya tidak pernah dipergunakan kecuali pada Lailatul Qadar, yang bentangan dua sayap itu meliputi timur dan barat.

Kemudian Jibril memerintahkan para malaikat yang mengikutinya untuk mengunjungi umat Nabi Muhammad ﷺ. Mereka mengucapkan salam pada setiap orang yang sedang beribadah dengan duduk, berdiri dan berbaring, yang sedang solat dan berzikir, dan berbagai macam ibadah lainnya pada malam itu. Para malaikat akan berjabat tangan dengan umat Nabi Muhammad ﷺ dan mengaminkan doa-doa mereka hingga terbit fajar.

Ketika fajar telah muncul di ufuk timur, Jibril menyeru para malaikat, “Wahai para malaikat, kembali, kembali!!”

Para malaikat itu nampaknya enggan untuk beranjak dari kaum muslimin yang sedang beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Ada kekaguman dan keasyikan berada di tengah-tengah umat Nabi Muhammad ﷺ, yang di antara pelbagai kelemahan dan keterbatasannya, berbagai dosa dan kelalaiannya, mereka tetap beribadah mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى, tidak pernah berputus asa dari rahmat Allah سبحانه وتعالى.

Mendengar seruan Jibril untuk kembali, mereka berkata, “Wahai Jibril! Apa yang diperbuat Allah untuk memenuhi permintaan (keperluan hajat) orang-orang yang beriman dari umat Nabi Muhammad ini?”

Jibril berkata, “Sesungguhnya Allah melihat kepada mereka dengan pandangan penuh kasih sayang, memaafkan dan mengampuni mereka, kecuali empat golongan manusia …!”

Mereka berkata, “Siapakah empat golongan itu?”

Jibril berkata, “Mereka adalah orang yang meminum arak (khamr, alkohol, dadahdan seumpamanya), orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya, orang yangmemutuskan tali silaturahim dan kaum musyahin!”

Para malaikat itu cukup puas dengan penjelasan Jibril dan mereka kembali naik ke langit, ke tempat dan cara ibadahnya masing-masing seperti semula.

Ketika Rasulullah ﷺ menceritakan hal ini kepada para sahabat, salah seorang dari mereka berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah kaum musyahin itu?”

Rasulullah ﷺ bersabda, “Orang yang suka memutuskan persaudaraan, iaitu orang yang tidak mahu bercakap (kerana perasaan marah, dendam dan seumpamanya) kepada saudaranya lebih dari tiga hari!”

Malam berakhirnya bulan Ramadhan, iaitu ketika berbuka puasa yang terakhir dan memasuki malam Hari Raya Aidil Fitri, Allah سبحانه وتعالى menamakannya dengan ‘Lailatul Jaa-izah’ (Malam Penerimaan Hadiah).

Lalu ketika tiba fajar menyingsing dan hari raya Fitri pada esok harinya, maka Allah سبحانه وتعالى mengutus para malaikat untuk turun dan menyebar ke setiap negeri yang di dalamnya ada orang-orang yang berpuasa. Mereka memenuhi setiap jalan dan menyeru dengan suara yang didengari oleh semua makhluk Allah سبحانه وتعالى kecuali jin dan manusia.

Mereka berkata, “Wahai umat Muhammad! Keluarlah kamu kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, yang mengurniakan banyak hadiah yang penuh rahmat dan mengampuni dosa-dosa besarmu!”

Ketika kaum muslimin keluar menuju tempat-tempat Solat Aidil Fitri dilaksanakan, Allah سبحانه وتعالى berfirman kepada para malaikat, “Wahai para malaikat-Ku, apakah balasan bagi pekerja jika ia telah menyelesaikan pekerjaannya?”

Mereka berkata, “Ya Allah! Balasannya adalah dibayar upah sepenuhnya!”

Allah سبحانه وتعالى berfirman, “Wahai para malaikat! Sesungguhnya Daku jadikan kamu sebagai saksi bahawa sesungguhnya Daku telah memberikan keredhaan dan keampunan-Ku sebagai balasan kepada mereka kerana puasa mereka pada bulan Ramadhan, dan solat-solat malam mereka!”

Lalu Allah سبحانه وتعالى berfirman lagi, “Wahai hamba-hamba-Ku. Mohonlah kepada-Ku, maka demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku, tidaklah kamu meminta sesuatu kepada-Ku di pertemuan ini untuk akhiratmu kecuali Daku akan memberimu. Dan tidak juga untuk keperluan duniamu kecuali Daku akan memandang permaslahanmu. Maka demi kemuliaan-Ku, sungguh akan Daku tutupi kesalahan-kesalahan kamu selama kamu takut kepada-Ku. Demi kemuliaan-Ku dan keagungan-Ku, Daku tidak akan menutup dan tidak akan Aku perlihatkan aib-aibmu di depan orang-orang yang melanggar batas. Bertebaranlah kamu dengan membawa ampunan. Sungguh kamu telah redha kepada-Ku, dan Daku pun redha kepada kamu. ”

Para malaikat pun merasa gembira dan bersuka cita, kerana Allah Azza Wa Jalla telah mengurniakan kepada umat Nabi Muhammad ﷺ pada ketika mereka sedang berhari raya Fitri selepas Ramadhan.

(Hadis Riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

RAMADHAN A 2018


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Ramadhan Al-Kareem

 

MOHON SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENJAYAKAN PROGRAM BERBUKA PUASA 1439H/2018M DI SELATAN KEMBOJA.

 

KELEBIHAN WAKAF DAN BERINFAQ HARTA JALAN ALLAH SWT.

 

Allah ta’aala menjanjikan kelebihan dan keutamaan di sebalik kedermawanan seseorang yang rajin berinfaq.

 

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

 

“Katakanlah, “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya).” Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya.” (QS Saba’ ayat 39)

 

Bahkan dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW  menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang rajin berinfaq di pagi hari sekaligus kerugian yang bakal dideritanya bilamana ia tidak peduli berinfaq di pagi hari.

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا

وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا (البخاري)

 

Tidak ada satu  subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat.        Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (HR Bukhary 5/270)

 

Jom berinfaq  dan berwaqaf  di Jalan Allah SWT melalui Ihya Assunnah Solution

Bantulah warga muslim Melayu Champa di pendalaman Selatan Kemboja, semoga dengan sumbangan tersebut membuat Allah SWT membuka pintu rezeki buat tuan dengan melimpah ruah in sya Allah.

 

Besarlah Harapan Kami Umat Islam Melayu Champa Di Selatan, Kemboja  Kepada Saudara-Saudari  Seagama Untuk Menderma  RM10 Bagi Menjayakan Program Berbuka Puasa di Markaz Umar Al-Khattab, Sihanoukville Dan Masjid-masjid di Selatan Kemboja Tahun 2018 M/1439H. Hulurkan sumbangan ikhlas anda melalui Ihya Assunnah Solution Maybank 553131011505 – Sumbangan Anda Lambang Kekuatan Pertalian Ukhuwah Islamiah Seaqidah Dan Lambang Ketinggian Iman Anugerah Allah SWT Yang Tidak Dapat Dinilai Oleh Makhluk Ciptaan Allah SWT. Hanya Allah SWT Sahaja Yang Mampu Membalas Setiap Sen Yang Anda Sumbangankan Di Jalan Nya.
Mohon hantar salinan slip bank in ke talian +6 0199576237(Ustaz Amin) http://ipkkelantan.wasap.my

atau emaikan ke ihyaassunnah68@gmail.com untuk direkod maklumat yang anda sumbangankan. Jazakumullahu Khairul Jaza’ Fiddunya WalAkhirah Ya Mujiibas Sailiin….

Sila kunjungi kami

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/12/29/asian-fondatiaon-for-education-and-development/

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/02/03/melayu-champa-cambodia/

https://wordpress.com/post/peribadirasulullah.wordpress.com/46725

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/03/03/ihya-assunnah-solution-menunaikan-amanah-warga-malaysia-di-sihanoukville-selatan-kemboja/

Pengenalan Ihya Assunnah Solution

https://www.youtube.com/watch?v=13Gi0MilEa0

Misi Menyampaikan Bantuan Ke Selatan Kemboja 2017

https://www.youtube.com/watch?v=64UO1RimxQI

Jutaan Terima Kasih Dan Ucapan Setinggi-tinggi Penghargaan Kepada Insan-Insan Mulia Yang Telah Menderma- Amanah Tuan-Puan Akan Kami Tunaikan – Semoga Amalan Kita Diterima Oleh Allah SWT… Amin Ya Allah, Terimalah Amalan Kami…..


Responses

  1. Reblogged this on Penyucian Jiwa.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: