Posted by: peribadirasulullah | Mei 13, 2018

10 Permata Yang Lahir Dari Amal Soleh

No automatic alt text available.

Hj Abdul Rahman Ismail

10 Permata Yang Lahir Dari Amal Soleh

Para Ulamak dan ahli ibadat berkata :

” Aku mencari sepuluh hal pada sepuluh tempat, ternyata aku memperolehinya pada sepuluh tempat yang lain, iaitu :

1- Aku mencari ketinggian darjat dalam kesombongan, tetapi aku menemukannya dalam ketawadukkan.

2-  Aku mencari puncak ibadat dalam solat, ternyata aku menemukannya dalam sifat warak.

3- Aku mencari kesenangan dalam mengumpul harta, tetapi aku menemukannya dalam zuhud ( hidup sederhana ).

4- Aku mencari pelita hati dalam solat di waktu siang hari ternyata aku menemukannya dalam solat sunat tahajjud pada malam hari.

5- Aku mencari cahaya penerang untuk hari Kiamat dalam kedermawanan dan kemurahan hati, ternyata aku menemukannya dalam kehausan pada ketika puasa.

6- Aku mencari kemudahan untuk dapat melintasi Titian Sirat dengan cara berQorban, ternyata aku menemukannya dalam sedekah.

7- Aku mencari keselamatan dari seksa Neraka dalam hal yang diperbolehkan, ternyata aku mendapatkannya dengan menghindari keinginan hawa nafsu.

8- Aku mencari KeCintaan terhadap Allah SWT dengan cara meninggalkan keduniaan, ternyata aku menemukannya dalam berzikir.

9- Aku mencari kesentosaan dalam bergaul dengan masyarakat, ternyata aku menemukannya dalam Uzlah.

10- Aku mencari cahaya hati dalam berbagai nasihat dan membaca Al-Quran, ternyata aku menemukannya dalam bertafakkur dan menangis di hadapan Allah SWT di akhir malam.”

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam, M/S: 287-288.

RAMADHAN A 2018


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Ramadhan Al-Kareem

 

MOHON SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENJAYAKAN PROGRAM BERBUKA PUASA 1439H/2018M DI SELATAN KEMBOJA.

KELEBIHAN WAKAF DAN BERINFAQ HARTA JALAN ALLAH SWT.

 

Allah ta’aala menjanjikan kelebihan dan keutamaan di sebalik kedermawanan seseorang yang rajin berinfaq.

 

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

 

“Katakanlah, “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya).” Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya.” (QS Saba’ ayat 39)

 

Bahkan dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW  menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang rajin berinfaq di pagi hari sekaligus kerugian yang bakal dideritanya bilamana ia tidak peduli berinfaq di pagi hari.

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا

وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا (البخاري)

 

Tidak ada satu  subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat.        Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (HR Bukhary 5/270)

 

Jom berinfaq  dan berwaqaf  di Jalan Allah SWT melalui Ihya Assunnah Solution

Bantulah warga muslim Melayu Champa di pendalaman Selatan Kemboja, semoga dengan sumbangan tersebut membuat Allah SWT membuka pintu rezeki buat tuan dengan melimpah ruah in sya Allah.

 

Bantulah kami umat Islam Melayu Champa di Selatan, Kemboja  Hanya Dengan RM10 untuk Program Berbuka Puasa di Markaz Umar Al-Khattab, Sihanoukville Dan Masjid-masjid di Selatan Kemboja Tahun 2018 M/1439H. Hulurkan sumbangan ikhlas anda melalui Ihya Assunnah Solution Maybank 553131011505 – Sumbangan Anda Lambang Kekuatan Pertalian Ukhuwah Islamiah Seaqidah Dan Lambang Ketinggian Iman Anugerah Allah SWT Yang Tidak Dapat Dinilai Oleh Makhluk Ciptaan Allah SWT. Hanya Allah SWT Sahaja Yang Mampu Membalas Setiap Sen Yang Anda Sumbangankan Di Jalan Nya.
Mohon hantar salinan slip bank in ke talian +6 0199576237(Ustaz Amin) http://ipkkelantan.wasap.my

atau emaikan ke ihyaassunnah68@gmail.com untuk direkod maklumat yang anda sumbangankan. Jazakumullahu Khairul Jaza’ Fiddunya WalAkhirah Ya Mujiibas Sailiin….

Sila kunjungi kami

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/12/29/asian-fondatiaon-for-education-and-development/

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/02/03/melayu-champa-cambodia/

https://wordpress.com/post/peribadirasulullah.wordpress.com/46725

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/03/03/ihya-assunnah-solution-menunaikan-amanah-warga-malaysia-di-sihanoukville-selatan-kemboja/

Pengenalan Ihya Assunnah Solution

https://www.youtube.com/watch?v=13Gi0MilEa0

Misi Menyampaikan Bantuan Ke Selatan Kemboja 2017

https://www.youtube.com/watch?v=64UO1RimxQI

Jutaan Terima Kasih Kepada Insan-Insan Mulia Yang Telah Menderma- Amanah Tuan-Puan Akan Kami Tunaikan-Semoga Amalan Kita Diterima Oleh Allah SWT… Amin Ya Allah, Terimalah Amalan Kami…..


Responses

  1. Reblogged this on Penyucian Jiwa.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: