Posted by: peribadirasulullah | April 27, 2018

DOA SIAPAKAH LEBIH BERKAT

No automatic alt text available.

DOA SIAPAKAH LEBIH BERKAT

Kisah ini adalah tamsilan kepada kehidupan kita.. mari kita renungkan bersama… Sebuah kapal karam ditengah laut setelah dihempas badai dan ombak yang bergelora. Hanya dua orang lelaki yang selamat dalam bencana dan mampu berenang hingga kesebuah pulau yang kosong tanpa penghuni dan gersang.

Kedua mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan, namun mereka yakin bahawa tiada apa yang boleh membantu dan diharapkan selain berdoa kepada Tuhan..untuk mengetahui doa siapakah yang akan dimakbulkan, mereka sepakat untuk membahagi pulau tersebut menjadi dua wilayah dan mereka tinggal sendiri-sendiri disisi pulau tersebut..

Doa pertama yang mereka panjatkan agar esok diturunkan makanan. Esoknya lelaki pertama melihat sebatang pohon yang penuh dengan buah2an tumbuh disisi tempat tinggalnya, sedangkan dikawasan lelaki kedua tetap tiada perubahan..

Seminggu kemudian, lelaki pertama merasa kesepian dan dia memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokkan harinya ada kapal yang karam dan satu2nya penumpang yang selamat ialah seorang wanita yang berenang dan terdampar disisi pulau tempat lelaki pertama tinggal, sedangkan disisi tempat lelaki kedua, tetap saja tiada perubahan.

Melihat akan itu segera lelaki pertama berdoa memohon rumah, pakaian, makanan dan seperti satu keajaiban esoknya kesemua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki kedua tetap tiada mendapat apa2 perubahan..

Akhinya lelaki pertama ini berdoa memohon agar ada kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Keesokan paginya mereka melihat sebuah kapal telah tersedia disisi pantai tempat lelaki pertama.

Segera lelaki pertama dan isterinya berkemas2 dan naik keatas kapal untuk segera berlayar meninggalkan pulau itu dan memutuskan untuk meninggalkan sahaja lelaki kedua itu disisi bahagian pulau tempat tinggalnya.

Pada pendapat lelaki pertama, sememangnya patut untuk lelaki kedua itu tinggal kerana dia tidak layak menerima ‘pemberian Tuhan’ kerana doa2nya tidak pernah terkabul. Begitu dia mengangkat sauh untuk berlayar maka dia mendengar satu suara dari langit bergema…

“ mengapakah engkau meninggalkan teman mu disini sendirian? Tidakkah engkau mempunyai belas dan rasa tanggunjawab untuk membantunya”?

“berkah ku hanya milikku sendiri. Kerana hanya doaku lah yang dikabulkan Tuhan” jawab lelaki pertama penuh yakin.

“katakan pada ku, doa apa yang dipanjatkannya sehingga aku terpaksa merasa berhutang atas semua ini padanya? Sedangkan hanya aku yang berdoa dan mendapat apa yang aku hajatkan, nyatakan?” kata lelaki pertama dengan angkuhnya

“ya kau tidak tahu, tapi dia telah berdoa agar semua doamu dikabulkan!”

moral…betapa sombongnya kita, sering tanpa kita sedar, kita menggangap hanya atas usaha dan doa kita, maka hajat kita dikabulkan, hakikatnya dalam setiap usaha kita juga, terlingkung usaha saudara kita yang membantu kita sehingga kita mampu mendapatkan apa yang kita hajati.. lalu jangan sesekali kita mengabaikan atau menidakkan peranan insan lain dalam kejayaan kita hari ini..

sahabat…terima kasih atas segala ilmu dari kalian walau pun sebesar lubang jarum.. setiap usaha mu pasti di balas Allah swt. dengan ganjaran setimpal.. pun semoga kita sentiasa merendah diri dan beringat bahawa kemampuan kita menimba ilmu dan memberi ilmu atas usaha kita tapi dengan IZIN Allah yang Esa.. kerana segalanya adalah milik Dia.. kita sekadar diberikan kelebihan untuk meminjam dan mengunakan sebelum diambil NYA kembali…

Tazkirah Permata Ilmu(TPI)

https://web.facebook.com/groups/214939995586764/permalink/477599035987524/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: