Posted by: peribadirasulullah | April 6, 2018

Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.

Permohonan dibuat secara online. Tiada sesiapa yang dilantik secara rasmi oleh universiti untuk menjalankan tugas menerima pelajar. Permohonan hanya dibuat melalui saluran online semata-mata.

Pihak Mauizah Resources membantu pelajar memberikan penerangan lengkap pengajian di Universiti Islam Madinah dan cara memohon. Perunding pendidikan kami akan menjelaskan:

+ Latar Belakang Universiti
+ Keistimewaan
+ Syarat dan Kelayakan Minima
+ Prosuder Permohonan
+ Prosuder Penerimaan Pelajar
+ Prosuder Pengajian dan Pendidikan
+ Peluang Kerjaya dan Sambung Belajar
+ Dan lain-lain

Tawaran Permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Madinah, Madinah Munawwarah, Arab Saudi.
Pengenalan ringkas: Universiti Islam Madinah ini terletak di bandar Madinah. Diasaskan untuk melahirkan para pendakwah yang berilmu sesuai dengan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.
Tempoh pengajian: 4 tahun (8 semester)
Fakulti yang ditawarkan:
1. Fakulti Syariah
2. Fakulti Dakwah dan Usuluddin
3. Fakulti Bahasa Arab
4. Fakulti Hadis
5. Fakulti Al-Quran (dibuka bagi mereka yang telah menghafaz 30 juzuk dari al-Quran)
Pelajar yang diterima masuk akan dapat biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi secara automatik. Antaranya adalah:
1. Asrama percuma sepanjang pengajian.
2. Duit poket diberikan setiap bulan.
3. Tiket penerbangan pulang ke Malaysia sekali setiap tahun iaitu pada cuti musim panas.
4. Khidmat rawatan secara  percuma di hospital universiti dan hospital kerajaan.
5. Subsidi makanan di kantin universiti.
Syarat kelayakan:
1. Pemohon mestilah memiliki sijil SPM atau setaraf dengannya (sijil mestilah tidak lebih dari 5 tahun selepas dikeluarkan)
2. Berumur sebelum 25 tahun ketika memohon.
3. Memiliki tubuh badan yang sihat.
4. Mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak universiti.
5. ‎Lelaki sahaja.
Dokumen yang diperlukan:
1. Sijil SPM yang sudah diterjemah ke bahasa Arab.
2. Surat beranak yang sudah diterjemah ke bahasa Arab.
3. Kad pengenalan yang sudah diterjemah ke bahasa Arab.
4. Surat akuan dari sekolah bahawa pemohon berkelakuan baik yang sudah diterjemah ke bahasa Arab.
5. Passport.
6. Sekeping gambar diri berukuran passport.
7. Surat sokongan atau tazkiyah dari mana-mana instituti agama, pejabat mufti atau mana-mana pelajar lepasan universiti di Arab Saudi.
8. Laporan kesihatan.
9. Sijil memeluk Islam (jika ada)
10. Mana-mana sijil selepas pengajian SPM seperti STAM, STPM dan lain-lain yang sudah diterjemah ke bahasa Arab.
11. Mana-mana sijil untuk menguatkan permohonan seperti sijil hafaz al-Quran yang sudah diterjemah ke bahasa Arab.
*Urusan terjemahan mestilah dibuat di Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
*Permohonan dibuka secara online sahaja. Tiada istilah hantar surat.
*Tarikh tutup permohonan bergantung pada pihak universiti. Lagi cepat mohon, lagi molek.
*Pada helaian akhir permohonan, pemohon akan diberikan nombor aplikasi permohonan sebagai rujukan. Simpan elok-elok.
Berikut adalah pautan untuk permohonan online: https://admission.iu.edu.sa/LanguagePage.aspx
Bagi mereka yang tidak ada asas bahasa Arab yang cukup, akan dimasukkan ke program Maahad Bahasa Arab. Khas untuk pengajian bahasa Arab sebelum meneruskan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Pengajian di sini adalah selama 2 tahun (4 semester). Boleh disingkatkan kepada setahun mengikut penguasaan bahasa Arab semasa.
Bagi mereka yang hanya mempunyai sijil SPM sahaja, akan dimasukkan ke sekolah menengah terlebih dahulu sebelum ke peringkat Ijazah Sarjana Muda selama setahun (2 semester).
Program Maahad Bahasa Arab dan sekolah menengah ini masih di bawah pentadbiran dan dalam kawasan kampus Universiti Islam Madinah. Masih dapat merasa segala keistimewaan yang telah disebut di atas.
Jika ada sebarang pertanyaan, kalian boleh melontarkannya di dalam grup khas. Kami juga ada sediakan satu PDF yang lebih terperinci. Boleh rujuk pada pinned post di grup ini:https://www.facebook.com/groups/458701580809346/
Sekian.
Najmi Farisham,
Pelajar Universiti Islam Madinah.

Jika anda berminat, sila hadir untuk taklimat pendidikan di pejabat kami di Sungai Buloh, Selangor.

http://www.mauizahrc.com/2017/01/permohonan-universiti-islam-madinah.html

 


Responses

  1. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

    Web: almawaddah.info

    Salam

    Kepada:

     

    Redaksi, rektor dan para akademik

    Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan

    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 

    Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: