Posted by: peribadirasulullah | Mac 9, 2018

Menutup aurat mengikut panduan Allah SWT

No automatic alt text available.

.Tutorial menutup aurat mengikut panduan yang digariskan oleh syarak VS Tutorial menutup aurat oleh manusia…bandingkan…
.
Betulkan niat…Adakah kita menutup aurat kerana berfesyen!!!…mengikut trendy semasa inginkan kecantikan!!!…ingin dipuji kecantikan ketika dilihat orang!!!…atau kita ingin mencari redha ALLAH kerana mengikuti panduan syarak!!!…
.
Mana satu yang kita pilih!!!
.
.
ALLAH Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
.
{ وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ … }
.
“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu…”
(Surah Al-Ahzab, 33: ayat 33)
.
.
Firman ALLAH Ta’ala :
.
{ يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا }
.
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) ALLAH adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Al-Ahzab, 33 : ayat 59)
.
.
Firman ALLAH Ta’ala :
.
{ وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ }
.
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
(Surah An-Noor, 24 : ayat 31)
.
.
Syarat-syarat asas pemakaian seorang wanita muslimah dihadapan bukan mahramnya
1) Menutup seluruh tubuhnya kecuali apa yang dinyatakan oleh syarak yang boleh diperlihatkan. (Muka dan kedua tapak tangan)
2) Bukan bertujuan untuk berhias, menarik perhatian atau melawa.
3) Menggunakan kain yang tebal (bukan kain yang nipis dan jarang) bagi mengelakkan dari menampakkan warna kulit dan bahagian tubuh dalamnya.
4) Tidak ketat dan mestilah longgar agar tidak menampakkan bentuk tubuh.
5) Tidak memakai wangi-wangian.
6) Tidak menyerupai pakaian lelaki
7) Tidak menyerupai (tasyabbuh & tabarruj) pakaian wanita kafir dan syi’ar orang-orang fasik
8) Bukan pakaian kesombongan atau untuk bermegah-megah
Rincian untuk perbahasan ini boleh dapati di link dibawah,
Agar Wanita Menjaga Kemuliaannya
http://www.ilmusunnah.com/agar-wanita-menjaga-kemuliaannya/
Siapakah Mahram Bagi Wanita
http://www.ilmusunnah.com/140-siapakah-mahram-bagi-wanita/
Gejala Ikhtilath dan Nilai Seorang Wanita
http://www.ilmusunnah.com/gejala-ikhtilath-dan-nilai-seorang-wanita/
…Semoga Bermanfaat…Barakallahufeekum…
#WanitaMuslimah #Aurat #Jilbab #Hijab #Mahram#Ikhtilat #Tasyabbuh #Tabarruj

Kitab Sunnah Edisi Poket


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: