Posted by: peribadirasulullah | Jun 14, 2017

RAHSIA QATAR DIBULI

Image may contain: sky, skyscraper, ocean, outdoor and water

QATAR DIBULI:
RAHSIA APAKAH YANG TERSEMBUNYI

Oleh: Aris Hazlan Ismail
(19 Ramadhan 1438)

Hari ini genap seminggu Qatar dikenakan sekatan oleh kerajaan Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan Emiriah. Diikuti oleh negara di tengah Lautan Hindi, Maldive.

Sekatan dikenakan sejak Isnin lalu dengan alasan Qatar membiayai gerakan pengganas, mempunyai hubungan dengan Iran, melindungi pemimpin-pemimpin Ikhwan dan Hamas.

Kumpulan penyekat memberi tempoh dua minggu (14 hari) kepada kerajaan Qatar, rakyatnya, syarikat-syarikatnya dan apa sahaja institusi yang berkaitan dengan Qatar agar meninggalkan negara-negara pemulau. Pasukan tentera Qatar juga diarah meninggalkan tentera bersekutu yang menyerang Yaman. Tempoh yang sama juga diberikan kepada rakyat, syarikat dan institusi dari negara pemulau yang tinggal di Qatar agar meninggalkan negara itu.

BRUTAL

Tindakan brutal dan buli ini begitu menyerlah sejak Arab Saudi mengisytiharkan perang ke atas Yaman beberapa tahun lalu. Arab Saudi dan Mesir merasa kedudukan mereka begitu selesa sekali kerana sentiasa di’back-up’ oleh Abang Besar, Amerika Syarikat. Hinggakan perisytiharan perang ke atas Yaman oleh negara-negara Arab bersekutu (termasuk Qatar) itu dibuat di New York, bukan di Riyadh!

Di pihak Qatar, ia tidak begitu cepat melatah. Biarpun pihak musuhnya menghalau rakyat dan syarikat-syarikatnya di negara berkenaan, namun Qatar masih meraikan rakyat Mesir, Saudi, Bahrain dan Emiriah yang bermuqim di Doha dan sekitarnya. Mereka dianggap sebagai tetamu yang perlu dihormati dan diraikan.

Terkini (12.6.2017), Kementerian Dalam Negari Qatar mengeluarkan kenyataan rasmi untuk ‘tidak menyentuh’ mana-mana warga negara-negara yang memusuhinya yang tinggal di Qatar kerana menganggap bukan semua rakyat negara berkenaan sehaluan dengan pemerintah negara masing-masing. Selain dari menganggap mereka sebagai tetamu dan saudara, Qatar tegas dengan prinsipnya untuk tidak mahu bermusuh dengan negara-negara yang dianggap bersaudara.

MAJORITI TIDAK SOKONG

Kajian rambang di media sosial mendapati 65% warga negara-negara Arab sangat tidak bersetuju dengan sekatan ini. 27% pula amat menyokong. Manakala yang berkecuali hanya 8%.

Dari segi kerajaan-kerajaan Arab sendiri, sebahagiannya masih berfikir-fikir sama ada hendak menyokong atau menentang. Beberapa buah negara telah mengisytiharkan tidak setujunya mereka terhadap pemulauan dan sekatan berkenaan.

Tunisia sejak awal menolak untuk bersama dalam sekatan ini kerana berpegang kepada prinsipnya yang tidak mahu bermusuh dengan mana-mana negara Arab.

Maghribi juga tidak turut serta. Raja Hasan ke VI, satu-satunya raja Arab yang memakai gelaran ‘Amirul Mukminin’ mengumumkan kesediaannya untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut yang melanda negara Teluk itu.

Turkey pula mendesak supaya konflik di negara Teluk ini diselesaikan segera menerusi meja rundingan. Walaupun bukan sebuah negara Arab, Turkey mempunyai isu yang hampir sama dengan Qatar, iaitu memberi perlindungan kepada Hamas dan Ikhwan.

Turut ditularkan di media sosial bagaimana Turkey dikatakan sudah menggerakkan kapal perangnya ke Teluk bagi melindungi Qatar dari sebarang kemungkinan. Namun tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihan khabar ini.

PUNCA SEKATAN

Dunia tertanya-tanya, atas gerangan apakah sekonyong-konyong negara-negara Arab pro-Barat ini bertindak begitu drastik membuli negara berkeluasan 11,521km persegi itu? Benarkah Hamas, Ikhwan dan Iran yang begiru merunsingkan mereka? Jika itu yang mereka bimbangkan, mengapa sekarang baru mereka bertindak?

Bukan baru Qatar memberikan perlindungan kepada tokoh Ikhwan. Dr Yusuf Al Qaradhawi, mantan pimpinan Ikhwan Mesir berhijrah ke Qatar dan menetap di sana sejak tahun 1961. Bukan sekadar memberi perlindungan, bahkan telah setengah abad Qatar memberikan kerakyatan kepada Qaradhawi.

Jika Ikhwan menjadi penyebab, dunia mengenali Ikhwan adalah gerakana Islam berfahaman sederhana. Ikhwan mengajar ahlinya agar menolak keganasan. Tidak membalas keganasan dengan keganasan. Jangan mengkafirkan orang yang mengucap dua kal

imah syahadah. Jangan fanatik kepada mazhab. Ini jelas termaktup dalam Majmu’ Rasa’il Al Banna yang menjadi pegangan Ikhwan.

Bahkan pendirian inilah yang menyebabkan munculnya kumpulan-kumpulan radikal, takfiri dan irhabi yang tidak berpuas hati dengan Ikhwan yang dilihat terlalu bersederhana dan berlembut kepada musuh.

Justeru, apa sebenarnya rahsia di sebalik pemulauan ini?

SOFAQAH AL QARN

Seorang professor sains politik Universiti Sakarya, Turkey, Dr Gamal Nassar mendedahkan di dalam tulisannya bahawa beliau mendapat sumber yang boleh dipercayai bahawa tindakan adalah bagi menjayakan satu ‘projek besar’ membabitkan Amerika Syarikat, Israel dan negara-negara pemulau. Projek yang dinamakan sebagai Sofaqah Al Qarn ini diilhamkan menerusi pertemuan Presiden Mesir dan Amerika April lalu

Sehingga kini wartawan dan juornalis Arab masih belum mengetahui dengan jelas pengertian Sofaqah Al Qarn. Ia hanya mula didedahkan oleh media Al Misr Al Yaum pada 23.4.2017 yang lalu. Mereka hanya menafsirkannya sebagai penyelesaian menang-menang, pertukaran tanah dengan Israel bagi menyelesaikan isu keganasan di Sinai.

Namun Dr Gamal menegaskan, projek ini adalah usaha memindahkan (menghalau) warga Palestin di Gaza (Palestin) ke Semenanjung Sinai (Mesir) dengan tugasan seperti berikut; Mesir perlu mengosongkan tanah di Sinai untuk dijadikan penempatan kepada pelarian Gaza. Arab Saudi membiayai kewangan kepada Mesir sebanyak 58 bilion setahun selama 10 tahun. Israel akan menyerang Gaza dari arah utara untuk menghalau penduduknya agar melarikan diri ke Sinai. Amerika pula akan memayungi projek besar ini secara politik.

Portal berita Al Watan News pula menegaskan, menerusi projek ini, Mesir akan mendapat wilayah Palestin yang dikuasai Israel dikenali sebagai Padang Pasir An Naqab. Di samping itu juga An Naqab akan menjadi laluan pintas untuk jemaah haji Mesir menunaikan haji menerusi Jordan.

Perancangan ini dianggap sebagai projek yang sangat keji apabila Mesir sanggup menjual bumi umat Islam Gaza dan bermain dengan nyawa umat Palestin dengan bayaran sebuah padang pasir kering kontang.

Dikatakan, ia telah dipersetujui bersama oleh Mesir, Israel, Amerika, Arab Saudi dan Jordan. Namun masih belum dapat direalisasikan kerana halangan dari Qatar dan Turkey.

Turkey masih bermain wayang dengan Israel bagi menyalur bantuan kepada Gaza. Manakala Qatar pula secara langsung membangunkan kembali kemusnahan Gaza yang dilakukan Israel dalam beberapa siri serangan sebelum ini. Tidak cukup dengan itu, Qatar mengalu-alukan pembukaan pejabat Hamas di Doha yang sebelum ini bermarkaz di Damsyiq.

JANJI AS SISI BOLEH DIPERCAYAI?

Projek rahsia ini cuba dinafikan oleh Jeneral Abdul Fattah As Sisi. Menurutnya Mesir tiada niat untuk bertolak ansur dalam soal sempadan negara. Isu sempadan adalah ‘garisan merah’ yang tidak akan dilanggar oleh Mesir.

Itu kata As Sisi! Namun dunia sedang melihat sejauh mana As Sisi mengotakan apa yang dikata. Sebelum ini, ketika menggulingkan kerajaan Mursi, As Sisi berkata tidak ada niat untuk menjadi Presiden Mesir. Namun tahun berikutnya, beliau mengadakan pilihanraya presiden dan mencalunkan dirinya sebagai presiden yang dipaksakan ke atas rakyatnya!

 


Responses

  1. […] RAHSIA QATAR DIBULI: QATAR DIBULI: RAHSIA APAKAH YANG TERSEMBUNYI Oleh: Aris Hazlan Ismail (19 Ramadhan 1438) Hari ini genap seminggu Qatar dikenakan sekatan oleh kerajaan…Source […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: