Posted by: peribadirasulullah | Jun 12, 2017

Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran 1438 Hijrah.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Stiker Waqaf Al-Quran 1438

Sila layari :

http://www.bicaradariaku.com/2013/01/toul-sleng-genocide-museum-bukti.html

Sejarah kekejaman Rejim Pol Pot:

Pol Pot atau nama sebenarnya Saloth Sar merupakan pemimpin Khmer Rouge dari tahun 1963 hingga 1998. Beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Kemboja pada tahun 1975 hingga 1979. walaupun hayat pemerintahan hanyalah tiga tahun, namun ia tetap kekal melekat di hati nurani setiap warga Kemboja. Segala kezaliman dan kekejaman yang pernah dilakukannya tidak akan sesekali terhakis dan terkikis dari catatan sejarah peradaban manusia.
Bayangkanlah, dalam tempoh sesingkat itu, hampir tiga juta rakyatnya terbunuh. Malah, pada tahun 1975 sahaja, satu perempat daripada 8 juta orang rakyat Kemboja(maknanya 2 juta orang) mati dibunuh oleh tentera Khmer Rouge pimpinan Pol Pot.
Berbekalkan kekejaman dan kezaliman yang pernah dilakukan, Pol Pot dianggap setaraf dengan manusia-manusia Yang Maha Zalim seperti Adolf Hitler, Joseph Stalin, Slobodan Milosevic dan Radovan Karadzic (sekadar menyebut beberapa nama sahaja).
Kini, segala sisa dan saki baki kekejaman rejim Khmer Rouge pimpinan Pol Pot telah diabadikan. ia tidak hanya untuk tontonan, kunjungan mahupun penyelidikan semata-mata, lebih penting dari itu ialah sebagai satu pengajaran dari sebuah pengalaman yang amat memeritkan.

Program Waqaf Al-Quran Terjemahan Dalam Bahasa Khmer / Kemboja Kepada Para Muallaf Dan Fakir Miskin Di Bumi Kemboja Melalui Tabung Ihya Assunnah Solution Bertujuan Menyemarakkan Roh Al-Quran Pada Bulan Ramadhan Di Perkampungan-Perkampungan Yang Didiami Oleh Warga Muslim Kemboja.

Umat Islam Kemboja Tidak Dibenarkan Memiliki Mashaf Al-Quran Al-Karim Semasa Pemerintan Rejim Pol Pot 1977, Rejim Pol Pot Yang Berfahaman Komunis Memerangi Semua Fahaman Agama Terutama Agama Islam. Semua Amalan Berbentuk Agama Dilarang Sama Sekali. Mereka Yang Menunaikan Solat Ditembak Di Atas Sejadah, Alim Ulamak Dibunuh Tanpa Peri Kemanusiaan, Para Ilmuan Diseksa Dan Dibunuh. Perkampunga Islam Islam Dibakar, Masjid, Pusat Pengajian Agama Dan Al-Quran Serta Kitab-Kitab Agama Dimusnahkan.
Kini Era Pemerintahan Perdana Menteri Hun Sen Yang Mengamalkan Sistem Demokrasi Beraja Membenarkan Umat Islam Kemboja Memiliki Al-Quran, Masjid Dan Pusat Pengajian Islam ( PM Hun Sen Turut Memberi Sumbangan Dan Memudahkan Urusan Keagamaan).

Di Kesempatan Bulan Ramadhan Yang Mulia ini, Kami Ihya Assunnah Solution Merayu Kepada Umat Islam Di Seluruh Dunia , Terutamanya Di Rantau Asia Tenggara Untuk Membantu Umat Islam Kemboja Memiliki Naskah Al-Quran Yang Mulia Beserta Terjemahan Dalam Bahasa Khmer/Kemboja Agar Mereka Mendapat Panduan Hidup Yang Sebenar. Melalui Program Waqaf Al-Quran ini Dengan Nilai RM100 Anda Mewaqafkan Al-Quran Dan Menderma Kepada Penerima Waqaf Al-Quran Tersebut. Hulurkan Sumbangan Ikhlas Anda Ke Tabung Ihya Assunnah Solution Maybank 553131011505.

Yakinlah dengan perniagaan yang menjadikan Allah SWT sebagai saksi dan Allah SWT juga sebagai Penjamin kepada setiap pelaburan anda, anda mampu membahagiakan diri anda dan ahli keluarga anda di Akhirat nanti dengan berusaha bersedekah di Jalan Allah SWT.

Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran 1438 Hijrah kepada semua pihak yang telah banyak melabur bersama Ihya Assunnah Solution. In Sya Allah, kita sama-sama akan melibat pelaburan kita di Akhirat nanti. Kami Ihya Assunnah Solution juga amat rindu untuk melihat khazanah pahala yang tuan-puan laburkan, semoga kami juga ada habuan pahala di atas susah payah kami dan juga sedikit pengorbanan kami dalam menanggung kos pengurusan demi menyempurnakan amanah tuan-puan yang amat mulia.

Semoga Allah SWT Menjadikan Kita Dalam Golongan  Orang-Orang Yang Soleh di Akhirat  Nanti-In Sya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

 


Responses

  1. […] https://peribadirasulullah.wordpress.com/2017/06/12/selamat-menyambut-hari-nuzul-al-quran-1438-hijra… […]

  2. […] https://peribadirasulullah.wordpress.com/2017/06/12/selamat-menyambut-hari-nuzul-al-quran-1438-hijra… […]

  3. […] https://peribadirasulullah.wordpress.com/2017/06/12/selamat-menyambut-hari-nuzul-al-quran-1438-hijra… […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: