Posted by: peribadirasulullah | Jun 9, 2017

Kerajaan China Menyukarkan Ibadah Puasa Buat Muslim

PUTRAJAYA: Berjuta umat Islam di Uyghur, Xinjiang telah dikenakan sekatan menjalankan ibadah puasa oleh Chinese Communist Party di mana mereka telah diarahkan untuk membuka restoran sepanjang bulan Ramadan ini. Menurut laporan yang diterbitkan oleh Muslim Council of Hong Kong, arahan ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri China untuk menghalang umat Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan ibadah puasa. Menurut sumber, pelajar di daerah Hotan, Xin Jiang perlu berkumpul pada hari Jumaat untuk menonton Filem ‘Red’ (Propaganda Komunis) dan menjalankan aktiviti sukan, kononya untuk memperkayakan kehidupan sosial mereka sepanjang cuti musim panas. Rata-rata, mereka yang pergi ke masjid tanpa bersahur dahulu sebelum waktu subuh dan berbuka pada malamnya jarang terlibat dengan aktiviti sukan kerana kekurangan tenaga. Ini membuktikan pihak berkuasa cuba menghalang sebahagian besar umat Islam yang terdiri dari etnik Aksu dan Hotan di Uyghur dari melaksanakan ibadah puasa yang menjadi kewajipan bagi seorang Muslim. Menurut Pegawai Rasmi Kerajaan Cina yang berkhidmat di satu kawasan perbandaran di Xinjiang, mereka telah diarahkan oleh pegawai-pegawai daerah untuk memastikan semua kedai makan dibuka seperti biasa terutamanya sepanjang Ramadan ini. “Sesiapa yang tidak akur dengan arahan ini akan diambil tindakan dan saya tidak pasti hukuman apa yang akan dikenakan secara spesifik. Walau apa pun, semua kedai makan mesti dibuka seperti biasa,’’ katanya. “Ya, kami telah diarahkan untuk tetap membuka restoran pada bulan Ramadan,” kata seorang kakitangan Uyghur di sebuah restoran yang terletak di bandar Kashga. Kanak-kanak di sekolah juga telah dihalang daripada beribadat, manakala salah satu tempat belajar di Universiti Kashgar sekitar wilayah Kashgar berkata, pentadbiran di sekolahnya sentiasa memantau setiap bilik darjah dan pelajar Uyghur supaya  minum air atau makan sesuatu di hadapan mereka.” Selain itu, pengawal di bandar Hotan juga mengarahkan supaya semua restoran dan kedai-kedai yang menjual makanan dan minuman untuk terus dibuka semasa waktu berpuasa dan mengenakan denda ke atas pemilik kedai yang tidak mematuhi arahan tersebut. Walau bagaimanapun, arahan untuk tetap membuka kedai makan pada bulan Ramadan tidak dikenakan ke atas minoriti Muslim lain yang tinggal di China. Menurut biro yang mengawal selia lesen perniagaan dan alkohol untuk kedai makan, mereka akan melaksanakan kawalan dan pemeriksaan di daerah tersebut dan menguatkan sekatan terhadap Muslim di Uyghur. Notis itu telah dikeluarkan berikutan beberapa siri mesyuarat yang diadakan oleh Jawatankuasa Parti Komunis Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur. Selain itu, biro tersebut juga merancang untuk membuat kawalan ketat dengan meletakkan pengawal bertugas berkawal selama 24 jam secara bergilir-gilir. Mereka juga diarah untuk membuat pemeriksaan beg, menyoal siasat dan memastikan semua pelawat didaftarkan.

Read more at: https://www.menara.my/kerajaan-china-menyukarkan-ibadah-puasa-buat-muslim/


Tinggalkan komen

Kategori