Posted by: peribadirasulullah | Mei 6, 2017

WASIAT KEPADA PARA PEKERJA-SHEIKH MUTAWALLI AS-SYA’RAWI

 

Renungan Bersama Ihya Assunnah Solution
*WASIAT KEPADA PARA PEKERJA*
*_Oleh SHEIKH MUTAWALLI AS-SYA’RAWI Rahmatullah Alaihi, Kaherah, Mesir._*
*TIGA BELAS WASIAT untuk PARA PEKERJA:*
*WASIAT PERTAMA*
Janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma’siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah berserta taqwa dan takut kepada Allah S.W.T. lebih baik untukmu.
*WASIAT KEDUA*
Terimalah pelanggan2mu kendali segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah malaikat dan bukan pula syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari dari membaikpulih apa-apa kekurangan atau kesalahan pada diri mereka, kerana kamu adalah perantara penyelesaian serta HARAPAN mereka.
*WASIAT KETIGA*
Tunjukkanlah penghargaanmu terhadap umat dan gunapakaikan kelebihan dan kecekapanmu kpd mereka selaku penjawat yg baik agar kesan perkhidmatanmu lebih mendalam sampai ke lubuk hati mereka.
*WASIAT KEEMPAT*
Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang yang memerlukan perhatian, disebabkan peri sikap mu, segala masalah mereka berhasil diselesaikan dengan baik, lancar dan mudah.
*WASIAT KELIMA*
Perbaikkanlah layananmu terhadap orang2 yg memerlukan perkhidmatan dengan meninggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada kalangan kamu mendapat do’a kebaikan yang berterusan, meskipun sudah tiada lagi di dunia sini.
*WASIAT KEENAM*
Setiap masa bertugas boleh dihubungkaitkan dengan didikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian dlm menyelesaikan masalah umat.
*WASIAT KETUJUH*
Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau tinggalkan pekerjaan sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak yang akan dituntut pada hari hisab kelak.
*WASIAT KELAPAN*
Berapa ramai daripada kamu kerana memberi khidmat yang baik kepada umat, lantas dengan sebab itu mereka mendapat do’a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
Ya Allah! tambahkan dan berkatilah kepada penjawat penjawat kami yang kuat, cerdas dan amanah.
*WASIAT KESEMBILAN*
Di hadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga semangatmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.
*WASIAT KESEPULUH*
Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.
*WASIAT KESEBELAS*
Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah. Bila kamu tidak mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua jerih payahmu itu akan memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU di akhirat nanti, insya Allah.
*WASIAT KEDUA BELAS*
Pesanan ini merupakan hadiah BERHARGA kepada penjawat awam agar dapat jadi amalan untuk dapatkan kebaikan yang banyak.
*WASIAT KETIGA BELAS*
Sesungguhnya perintah Allah untuk kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.
Moga ada manfaat utk kita semua..

 Nota Penting:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Denngan segala hormatnya kami ingin menarik perhatian Yang Dihormati Tan Sri / Dato’ Sri/ dato’ Seri/ Dato’ Sri/Datuk Seri/ Datuk/Dato’/Tuan/puan/ Muslimin/Muslimat, Saudara/Saudari yang dirahmati Allah SWT sekalian,

Bantulah Kami Dalam Menjayakan Program Infaq kepada anak yatim, muallaf, pendakwah, para imam, fakir miskin  dan mahasiswa serta mahasisiwi di Selatan Kemboja , hulurkan sumbangan Ikhlas Anda Melalui  Tabung Ihya Assunnah Solution Maybank  553131011505 * Sebarang cadangan kirimkan melalui gmail : ihyaassunnah68@gmail.com Tel No:0199576237

Untuk mengetahui kegiatan kami , sila layari

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2017/04/24/pengenalan-ihya-assunnah-solution/

#ihyaassunnah

https://www.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/?ref=aymt_homepage_panel

https://www.facebook.com/salleh.faiz.5

https://www.facebook.com/muslimkemboja.melayuchampa?fref=ts

https://peribadirasulullah.wordpress.com/

 

 

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: