* Renungan Bersama Ihya Assunnah Solution, *
_Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang kita akan buat?_
_Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?_
_Mari kita baca jawapannya…_
———————————–
_Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)_
_*KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?*_
_*Satu*_
_Sebagaimana firman Allah, “…wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah…..” -(surah al munafiqun:10)_
_✏Sedangkan dia tidak pun berkata “supaya aku dapat mengerjakan umrah” atau “supaya aku dpt solat” atau “supaya aku dpt berpuasa”?_
_✏Seorang ulama berkata, “Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya..”_
_*Dua*_
_Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu’min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti._
_*Tiga*_
_Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh._
_*Empat*_
_Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah._
_*Lima*_
_Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah._
_*Enam*_
_Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?_
_1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga_
_2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan_
_3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka_
_4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur_
_5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)_
_6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan._
Rebutlah peluang bersedekah melalui Tabung Ihya Assunnah Solution Maybank 553131011505.
Untuk mengetahui kegiatan amal kebajikan kami , sila layari
https://peribadirasulullah.wordpress.com/2017/04/24/pengenalan-ihya-assunnah-solution/
#ihyaassunnah
https://www.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/?ref=aymt_homepage_panel
https://www.facebook.com/salleh.faiz.5
https://www.facebook.com/muslimkemboja.melayuchampa?fref=ts
[…] https://peribadirasulullah.wordpress.com/2017/04/27/kenapa-si-mati-memilih-untuk-bersedekah-seandain… […]
By: pakcu61 on Mei 8, 2017
at 8:30 am