Posted by: peribadirasulullah | Mac 26, 2017

Program Waqaf Al-Quran Terjemahan Bahasa Khmer-Kemboja.

 

SWaqaf 2

 

Waqaf 1

Waqaf 3

waqaf 4

waqaf 6

waqaf 7

waqaf 8

waqaf 9

Waqaf 11

waqaf 12

waqaf 13

waqaf 14

waqaf 15

waqaf 16

waqaf 10

Alhamdulillah dengan izin Allah dan dengan pertolongan Insan Mulia Abu Muhsin program Waqaf Al-Quran Terjemahan Dalam Bahasa Khmer Kepada Para Muallaf Dan Fakir Miskin Di Bumi Kemboja Berjaya Dj Laksanakan. Jutaan Terima Kasih Dan Ucapan Setinggi-tinggi penghargaan Buat Insan Mulia Puan Kamaliah Binti Mahmood yang sudi mewaqaf Al-Quran Terjemahan Dalam Bahasa Khmer Untuk Para Muallaf Dan FakirMiskin Di Bumi Kemboja. Semoga Pahala Bacaan Dan Amal Ibadat Mereka Yang Bersumberkan Al-Quran Akan Mengalir Kepada Puan Sampai Akhirat nanti. Kami Ihya Assunnah Solution Amat Berhutang Budi Kepada Puan Dan Semua Insan-insan Mulia Yang Telah Banyak Membantu Umat Islam Di Selatan Kemboja. Hanya Allah SWT Sahaja Yang Dapat Menilai Dan Membalas Pengorbanan Kita Di Jalan Nya. Ya Allah Terimalah Usaha Kami Yang Amat Lemah Ini Ya Allah… Amin Ya Rabbal Alamin.

In Sya Allah kepada insan-insan mulia yang telah memberi amanah untuk mewaqafkan Al-Quran dan bantuan beras kepada masyarakat Islam di Selatan Kemboja melalui kami. Kami memang ingin menyegerakan amanah tersebut secepat yang mungkin tetapi diatas faktor kos perjalanan yang agak mahal maka kami terpaksa menunggu beberapa minggu untuk mengumpul wang perbelanjaan kami.Kami bukanlah sebuah pertubuhan yang besar tetapi kami berusaha dengan kemampuan yang ada untuk membantu umat Islam golongan bawahan di bumi Kemboja terutama di daerah yang memang amat memerlukan. Walaupun sekecil-kecil derma (RM 1) yang kami terima akan kami tunaikan. In Sya Allah Hutaala.


Responses

  1. Assalau’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…kalau boleh saya nak maklumat sedikit, 1) apakah wakaf tersebut diberi secara pribadi atau organisasi ?, kalau organisasi atau individu apa atau siapa orangnya 2) apakah selama ini tidak ada al-Qur’an terjemahan dalam bahasa kmer? 3) kalau ada apakah orang muslim kmer mengalami kesulitan untuk memperolehinya ?….siapapun yang melakukan amal yang luar biasa ini saya ikut berdoa, semoga amal ibadahnya dibalasi oleh Allah S.W.T dengan kebaikan,,,,,saya perlukan banyak maklumat tentang dakwah di Asia Tenggara sesuai dg subjek yang sedang saya ajarkan kepada mahasiswa di IAIN Imam Bonjol Padang-Indonesia, terima kasih terlebih dahulu…Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

    • وعليكم السلام ورحمة الله تعالى وبركاته

      Waqaf Al-Quran adalah anjuran Ihya Assunnah Solution adalah anjuran jemaah kami di Malaysia dengan sokongan dan kerjasama sahabat-sahabat seperjuangan di Kemboja.
      Memang Al-Quran terjemahan dalam bahasa Kemboja amat sukar didapati tetapi dengan usaha insan-insan mulia dan dengan bantuan negara arab terjemahan yang telah disemak oleh mereka yang pakar maka terhasillah Al-Quran yang anda sedang lihat. Usaha ke arah memakmurkan Al-Quran di bumi Kemboja amat kurang mendapat perhatian, kebanyakkan bantuan adalah berbentuk keperluan makanan dan pakaian. Oleh yang demikian kami Ihya Assunnah Solution memandang berat tentang ilmu dan cahaya hidayah Allah SWT lebih penting pada masa hadapan berbanding lain-lain bantuan. Memang sukar untuk mendapat Al-Quran tersebut sehingga para sahabat terpaksa membuat tempahan beberapa bulan untuk mendapatkan naskah tersebut.

      Di Kemboja umat Islam menggunakan 2 bahasa utama. Bahasa Rasmi negara adalah bahasa khmer dan bahasa yang digunakan oleh orang Islam yang mirip kepada bahasa melayu adalah bahasa Cham. Penduduk negara Kemboja 90% memahami bahasa Khmer dan 3 % sahaja yang memahami bahasa cham ( Champa ).

      Semoga saudara boleh menghubungi para sahabat di Kemboja untuk mendapat maklumat lebih lanjut. Sila hubungi kami melalui whatsapp +6019-9576237.

      Salam Ukhuwah Islamiah dari kami dengan lafaz yang mulia..

      السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: