Posted by: peribadirasulullah | Mac 26, 2017

Betapa besarnya tugas umat Islam berdakwah di Jalan Allah SWT

 

A man tore up a Quran and yelled hate speech at a school board meeting.

Pada pandangan kami, semua ini boleh berlaku kerana salah faham terhadap Islam dan umat Islam masih dalam kepompong berdakwah sesama sendiri sedangkan golongan yang tahu kelemahan uamt Islam dan tahu kelebihan Al-Quran mengambil kesempatan agar umat Islam dan negara Islam sibuk dengan urusan selain daripada Islam seperti ingin menjadi wira di PBB dan sebagainya, sedangkan kelebihan Al-Quran dan Islam sendiri tidak dizahirkan oleh negara-negara yang di diami oleh penduduk yang beragama Islam.

Sistem ekonomi , politik, sosial dan sebagai di negara yang ramai penduduk Islam tidak boleh menzahirkan kemurnian ekonomi Islam, kemakmuran politik Islam dan kebajikan sosial Islam dalam masyarakat. In Sya Allah, jika umat Islam sedar dan mampu membuktikan apa yang terkandung dalam Al-Quran pasti tidak akan wujud mereka yang sanggup mengiyak Al-Quran dan menghina Kaabah. Apa yang berlaku adalah disebabkan umat Islam belum mampu melukis gambar sebenar Islam untuk dipamerkan kepada masyarakat dunia. Umat Islam sekarang tergoda dengan undang-undang demokrasi dan sistem perbankan Islam yang berselindung disebalik sistem riba terancang serta sistem sosial yang bebas tanpa peraturan syariat yang digariskan oleh Allah SWT. Marilah sama-sama kita memakmurkan dunia dengan Al-Quran dan Al-Hadis agar kita mendapat faedah kehidupan di dunia dan mendapat Syurga di Akhirat nanti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: