Posted by: peribadirasulullah | Februari 27, 2017

Pengajaran disebalik perbuatan penghinaan Al-Quran

alquran-dihina

Al-Quran dihina- Dimanakah hati-hati umat Islam yang masih hidup yang bertugas dengan SKMM untuk membantu agama Allah SWT untuk mencari pelaku tersebut dan mendakwahnya ke Jalan Allah SWT.

Agama Allah SWT ( Islam ) adalah tanggungjawab kepada mereka yang telah lama bersyahadah dan yang baru bersyahadah, semua lidah yang telah bersyahadah , yang mengaku cintakan Allah SWT mesti memahami tanggungjawab dan hak-hak Allah SWT yang mesti dihargai dan dohormati. Tanggungjawab untuk menyampaikan risalah tauhid, risalah kemakmuran alam , kebahagiaan hidup milik semua insan bukan hanya teletak dibahu para ambiya’ dan para ustaz serta ulamak sahaja.

Marilah sama-sama kita lakukan kebajikan secara berjemaah agar kita dapat memasuki Syurga Allah SWT secara berjemaah, In Sya Allah Hutaala.

Mereka yang menghina Islam atau Al-Quran adalah menghina diri sendiri, mereka yang menzalimi Al-Quran adalah menzalimi diri sendiri, mereka yang menukar Al-Quran dengan lain-lain kitab perlembangaan ciptaan manusia adalah mereka yang munukar Syurga Anugrah Allah SWT dengan Neraka Allah SWT.

Allah SWT tetap menjadi Tuhan yang memerintah sekalian Alam ( Alam Roh, Alam Janin/Rahim, Alam Dunia, Alam Barzakh, Alam Mahsyar Dan Alam Akhirat) walaupun tidak ada manusia yang mengiktiraf Allah SWT, walaupun tidak ada pemimpin dunia Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai Perlembagaan Tertinggi Negara.

Allah SWT Yang Maha Segala-galanya, yang tidak bersifat seperti manusia yang memerlukan makan,minuman dan pakaian untuk hidup. Allah SWT tidak memerlukan pahala dan pujian serta pangkat untuk bermegah sesama makhluk kerana Allah SWT adalah Khaliq.

Oleh yang demikian tidaklah rugi bagi Allah SWT apabila semua makhluk tidak beramal dengan Al-Quran dan tidak rugi juga bagi Allah SWT apabila manusia menghina Al-Quran secara zahir atau secara berselindung seperti golongan munafiq dan Al-Quran dijadikan bahan tilawah dan musabaqah sahaja atau sebagai umpan kepada manusia apabila tiba musim pilihanraya sahaja.

Allah SWT juga tidak akan mendapat manfaat apabila manusia menjadikan Al-Quran sebagai sahabat hakiki dan segala kandungan Al-Quran dilaksanakan serta dijadikan Perlembagaan Tertinggi Negara kerana Allah SWT Tetap Allah SWT Yang Bersifat Khaliq.

Semua ketaatan, jihad, hudud, perniagaan tanpa riba, kebajikan, ibadat, sedekah, puasa dan sebagainya yang terkandung didalam Al-Quran adalah untuk diri kita sendiri. Allah SWT tidak memerlukan Syurga untuk merasa gambira seperti manusia. Allah SWT tidak takut kepada Neraka yang diciptaNya sendiri, malah Neraka diperlukan oleh manusia untuk mencuci dosa dan kedegilan bagi mereka yang bertuhankan nafsu semasa di dunia dahulu .

Semoga Allah SWT tidak menjadikan kita dari golongan yang menzalimi diri sendiri tetapi semoga Allah memilih kita menjadi golongan yang mendapat rahmat dan memahami segala arahan Allah SWT serta golongan yang mengamalkan perkara yang diCintai oleh Allah SWT.

Semoga Allah SWT memilih kita menjadi hambaNya yang Taat di dunia dan memilih kita juga di Akhirat untuk mendiami Syurga Allah SWT. In Sya Allah Hutaala.

 

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: