Posted by: peribadirasulullah | Februari 25, 2017

Ukuran kejayaan mengikut usia kita

 

Image may contain: text

Renungan Bersama Ihya Assunnah Solution

*Ukuran Kejayaan Serta Ambil Ikhtibar*

● *Pada usia 4 tahun*, kejayaan anda ialah anda tak kencing dlm seluar.

● *Pada usia 8 tahun*, kejayaan anda ialah anda mengenali jalan pulang ke rumah.

● *Pada usia 12 tahun*, kejayaan anda ialah memiliki kawan2.

● *Pada usia 18 tahun*, kejayaan anda ialah anda berjaya memiliki lesen memandu.

● *Pada usia 23 tahun*, kejayaan anda ialah keluar dari universiti ( dalam sebarang graduan ).

● *Pada usia 25 tahun*, kejayaan anda ialah mendapat pekerjaan.

● *Pada usia 28 tahun*, kejayaan anda ialah memiliki isteri / suami.

● *Pada usia 30 tahun*, kejayaan anda ialah mendapat anak.

● *Pada usia 35 tahun*, kejayaan anda ialah memiliki harta ( seperti rumah sendiri ).

● *Pada usia 45 tahun*, kejayaan anda ialah anda masih kelihatan muda dan bertenaga.

● *Pada usia 50 tahun*, kejayaan anda ialah anak-anak anda telah berjaya.

● *Pada usia 55 tahun*, kejayaan anda ialah anda masih mampu memenuhi tanggungjawab suami isteri.

● *Pada usia 60 tahun*, kejayaan anda ialah anda masih mampu memandu sendiri kereta.

● *Pada usia 65 tahun*, kejayaan anda ialah hidup tanpa penyakit.

● *Pada usia 70 tahun*, kejayaan anda ialah anda tidak merasa diri anda beban atas orang lain.

● *Pada usia 75 tahun*, kejayaan anda ialah anda masih mempunyai kawan sebaya.

● *Pada usia 80 tahun*, kejayaan anda ialah anda masih ingat jalan pulang ke rumah ( tak pelupa ).

● *Pada usia 85 tahun*, kejayaan anda ialah anda masih tidak kencing dalam seluar.

Begitulah dunia ( pusingan yang dialami oleh kesemua hamba ).

Kata imam Ghazali. *yang paling dekat dengan kita ialah MATI*.

Kejayaan sebenarnya pada bila masa ialah apabila kita taat perintah Allah mengikut cara Nabi SAW.

*”RENUNGAN MASA TUA”*

*1*. Sisα hίdυρ semakin pendek.
» Yang boleh kita makan, *makanlah*.
» Yang boleh kita pakai, *pakailah*.
» Yang Ingin kita beli, *belilah*.
» Yang masih mampu memberi, *berilah*.
» Yang masih mampu berbagi, *berbagilah*.

_Kerana kesemua yang ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dengan ahli waris, Allah yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha. Nikmatilah hidup ini dengan pasangan kita selagi masih ada.

*2*. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah serta selalu mengucap syukur, kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil *’pergi’*.

*3*. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu *PASTI* !.

*4*. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punyai, kita pasti bahagia. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

*5*. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan. Kesemua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman. Yang terbaik dan terpenting adalah *Perilaku Yang Baik*, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal-hal tercela, mengawal diri. Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada.. Dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin. Ini kerana *KESIHATAN* adalah *KEKAYAAN* kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hidup ini.

*6*. Kasih ibubapa kepada anak -anak tidak ada batasnya !!!. Kasih anak-anak terhadap ibubapa jelas batasnya. Sedarlah! tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris, tetapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya-taya ala kadar… Anak-anak memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semcm pasti tidak berlaku!!! Oleh itu *CUKUPILAH* diri sendiri dan berikanlah pada anak *SEBIJAKSANA* mungkin.

*7*. Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak-anak tanpa batas, tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibubapa mereka.

*”SELAMAT BERBAHAGIA PADA MASA TUA”*


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: