Posted by: peribadirasulullah | Februari 13, 2017

JANGAN MERASA DIRI KITA SUDAH BAIK

Image may contain: one or more people and text

*JANGAN MERASA DIRI BAIK*

๐ŸJangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.

๐ŸJangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.

๐ŸJangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun hari hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.

๐ŸJangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita sudah pakai jubah,berserban, bertutup litup menutup aurat dengan sempurna.

๐ŸJangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.

๐ŸJangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun hari hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.

๐ŸJangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.

๐ŸJangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap masa kita menolong orang lain.

Allah berfirman didalam al-Quran ;

ูู„ุง ุชูุฒู“ูƒู‘ููˆู’ุง ุงู“ู†ู’ููุณู“ูƒูู…ู’ ู‡ููˆู“ ุงู“ุนู’ู„ู“ู…ู ุจูู…ู“ู†ู’ ุงุชู‘ู“ู‚ู“ู‰

“Janganlah kamu menganggap diri kamu suci(orang baik) kerana Allah-lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa”

๐ŸSayyidatina Aisyah (ra) ditanya orang ” Siapakah orang yang buruk?” dijawab olehnya ” iaitu orang yang merasa dirinya baik”. Beliau ditanya lagi “Siapakah orang yang baik?”, maka dijawab “Iaitu orang yang merasa dirinya buruk”.

๐ŸJANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN.

๐ŸKerana kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt.

๐ŸKita tak tahu amal manakah yang Allah terima.

๐ŸSelalu letak diri kita dalam keadaan;

๐Ÿ“Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain lebih baik dari aku kerana hati manusia masing-masing hanya diketahui Allah”

๐Ÿ“Akulah yang paling buruk dikalangan manusia. Aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain ” untuk menjadi lebih baik.
Kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya.

๐ŸWujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak dan Hasad. Jadi laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan REDHA Allah.

๐ŸDengan cara ini, seseorang orang akan melatih dirinya untuk bersifat tawadhu’ dan menjauhkan dirinya dari penyakit ujub(merasa kagum dengan diri sendiri) dan takabbur.

๐ŸDi samping itu kita sentiasa berusaha memperbaiki diri sendiri serta orang lain dengan kelembutan dan kasih sayang.

๐ŸHanya Allah yang akan terus beri kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN.

Wallahua’lam.

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: