Posted by: peribadirasulullah | Februari 11, 2017

Esok Genap 2 Tahun Pemergian Tuan Guru Haji Nik Aziz Insan Mulia.

Allahyarham Tok Guru Haji Nik Aziz meninggal pada 12 Februari 2015. Esok 12 Februari 2017 sudah hamper 2 tahun sudah arwah Tok Guru Haji Nik Aziz Insan Mulia meninggalkan kita dan bertamu di sisi Allah SWT. Alangkah baiknya jika pada malam ini kita luangkanlah sedikit masa untuk kita sama-sama menghadiahkan sebaris ayat suci Al-Quran untuk beliau di alam Barzakh. Semoga Beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Beliau pasti akan gembira apabila ada insan yang masih hidup di dunia mengenangkan jasa Beliau. Jasa dan ajaran Beliau di bumi Kelantan khususnya dan di bumi Malaysia amnya tidak boleh dinilai melainkan Allah SWT sahaja yang mampu menilainya. Semasa Beliau menerajui kepimpinan negari Kelantan keberkatan dan kemakmuran terserlah. Umat Islam dan golongan tidak Islam, para ilmuan dan para pemimpin agamaserta  orang awam, ahli perniagaan atau para fakir miskin, tua atau muda semuanya menghormati beliau. Allah SWT membuka hati manusia untuk menghormati Beliau. Beliaulah insan yang menasihati para wakil rakyat negeri Kelantan agar tidak hidup mewah dan meletakkan arahan Allah SWT melebihi segala-galanya. Kelantan terkenal dengan negeri yang miskin tetapi rakyat Kelantan kaya dengan ilmu dan budi bahasa , kini semuanya dalam lipatan sejarah- AL-FATIHAH….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: