Posted by: peribadirasulullah | Januari 25, 2017

INFAQ DANA UMRAH K.A.A

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 3 people, text

*INFAQ DANA UMRAH K.A.A*

Untuk makluman , Infaq Dana Umrah K.A.A ini bertujuan memberi peluang kepada asnaf / fakir miskin / ahli K.A.A yang kurang berkemampuan / belum menjejakkan kaki ke Baitullah bagi menunaikan ibadat umrah.

Pemilihan dan giliran akan di buat secara adil serta jumlah peserta umrah adalah berdasarkan dana yg terkumpul .

Infaq ini adalah di antara bukti jihad kita di jalan-Nya dan semoga misi kita utk menaja mereka yang kurang berkemampuan dan berkesempatan untuk mendapatkan maghfirah Allah SWT di permudahkan- Nya..

Insha Allah Penyertaan ini terbuka secara istiqomah kepada ahli KAA yg berminat bagi menaja minimum RM10 /bulan bagi program ini.

Salurkan infaq anda ke akaun di bawah dan catatkan DANA UMRAH KAA pada e-pindahan dan sila pm admin bagi transaksi CDM..Jzkk

*▶ PERTUBUHAN KEBAJIKAN KEDAI AMAL AKHIRAT MALAYSIA*
*▶ MAYBANK ISLAMIC*
*▶ 5627 4013 8320

Utk maklumat lanjut sila hubungi.
*Ummu Ameera 017 282 4807*
*Zoe Mokhtar 012 607 7549*
*Sufinaz 013 9822586*

RENUNGAN BERSAMA
BERSEDEKAH AMALAN AMAT MULIA
.
Daripada Abu Hurairah r. a berkata :
” Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w lalu bertanya : Ya Rasulullah! Sedekah manakah yang lebih besar pahalanya?

Nabi menjawab :
Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan engkau bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila ruh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata : Untuk si polan harta ini, untuk si polan harta ini, pada hal harta engkau itu memang akan dimiliki (diwarisi) oleh orang lain.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
.
.
Pengajaran Hadis :

Sedekah atau derma adalah amalan soleh yang sukar dilakukan oleh seseorang.

Amalan ini biasanya dilaksanakan berdasarkan kewajipan seperti zakat atau dalam bentuk kesedaran yang timbul dalam hati seseorang kerana menganggap ia sebagai aset kekal yang akan diberikan ganjaran oleh Allah s. w. t di akhirat kelak.
.
.
Terdapat sebahagian daripada umat Islam yang enggan melakukan amalan mulia ini dalam kehidupan seharian. Nabi s. a. w menjelas kan punca masalah ini ialah perasaan takut menjadi fakir apabila banyak bersedekah, lalu manusia berusaha lebih kuat lagi untuk mengumpul dan menambahkan kekayaan yang sedia ada.
.
.
Melalui hadis di atas, Nabi s. a. w menerangkan waktu terbaik untuk melakukan amalan sedekah. Baginda menyarankan supaya sedekah dilaksanakan apabila seseorang itu masih sihat dan terlalu sayangkan kepada hartanya.

Jika dilakukan sedekah pada masa ini, bermakna seseorang itu sudah berjaya melawan godaan syaitan dan hawa nafsu yang selalu menakutkannya dengan pelbagai kesan negatif. Kemampuan menghadapi serangan dua musuh ini, bererti ia telah meraih kejayaan yang sangat besar.
.
.
Pada masa yang sama, Baginda juga menghuraikan situasi orang yang suka menangguhkan amalan bersedekah hingga berada di saat sakit tenat. Nabi s. a. w melarang umat Islam daripada bertindak secara demikian.

Ini adalah kerana jika tidak dilakukan sedekah pada masa itu, orang yang masih hidup (waris) akan tetap mendapat harta yang ditinggalkan.
.
.
Sekiranya, penerima harta itu membelanjakan harta mengikut yang ditetapkan oleh syariat Islam, maka si mati akan mendapat keuntungan.

Namun jika harta yang ditinggalkan hanya disia-siakan atau diguna kan untuk melakukan kemungkaran, maka si matilah yang letih mencari harta dengan membanting tulang dan memerah keringat semasa hidup. Ia juga akan dihisab di hadapan Allah sedangkan ahli-ahli waris bersenang-senang dengan harta tersebut.
.
.
Kesimpulannya, agama Islam amat menggalakkan umatnya melakukan amalan sedekah dengan menggunakan harta yang paling baik.

Lakukanlah amalan ini dengan segera dan janganlah bertangguh. Semoga Allah menerima segala amalan soleh tersebut.
.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: