Posted by: peribadirasulullah | Januari 8, 2017

KELANTAN DENGAN PANTAS KELUAR DARI KEMELUT YANG TAK KESUDAHAN

SYABAS PASUKAN KELANTAN DENGAN PANTAS KELUAR DARI KEMELUT YANG TAK KESUDAHAN. BACA..

Putera Raja UAE Dalam Rundingan Untuk Membeli Pasukan Kelantan.
Putera Mohammed bin Zayed Al Nahyan dalam rundingan untuk membuat pelaburan di Kelantan termasuk membeli pasukan bolasepak Kelantan. Rundingan peringkat awal sudah diadakan dengan KAFA yang diketuai sendiri oleh TS ANUAR MUSA dan TMB Kelantan Datuk Nik Amar.

Pelaburan utama yang akan dibuat di KELANTAN adalah pelaburan dalam industri oil & gas dimana Mubadala Development Company yang diketuai oleh al-Nahyan akan membina beberapa kilang berasakan oil & gas di BACHOK. Pelaburan dianggarkan sebanyak USD25 billion.

Al-Nahyan juga telah membuat tawaran untuk mengambil alih Pasukan KELANTAN dari KAFA. Al-Nahyan menawarkan RM25j setahun kepada KAFA untuk tempoh 20 tahun. Jika dipersetujui segala kos pengurusan pasukan Kelantan akan ditanggung oleh 1 syarikat yang akan ditubuhkan oleh al-Nahyan. Jika dipersetujui KAFA hanya menguruskan pertandingan peringkat negeri & pembangunan akar umbi, jurulatih & pengadil.

Antara perancangan al-Nahyan untuk penswastaan pasukan Kelantan adalah menubuhkan 1 pusat latihan, stadium bolasepak baru, official store disetiap daerah & di KL, & 1 corporate ofis di Kuala Lumpur.

Al-Nahyan akan melantik barisan pengurusan & jurulatih yang profesional untuk menjayakan projek ini. Untuk jawatan2 penting seperti CEO, CMO, CFO, Director of Football & Manager/Head Coach, nama2 calon sudah disenarai pendekkan. Antara nama2 yang disebut yang tersenarai dalam calon untuk jawatan Manager/Head Coach adalah Jurgen Klinsmann & Vicente Delbosque. Al-Nahyan juga berjanji akan membawa masuk bintang dunia sebagai pemain import KELANTAN

Pusat Latihan yang dicadangkan adalah Pusat Latihan moden yang serba lengkap di tanah milik KAFA di KELANTAN. Pusat Latihan ini akan menempatkan pasukan senior, U21, U19 dan pasukan2 bawah umur sehingga U9 yang akan ditubuhkan. Setiap pasukan ini akan dipimpin oleh tenaga kejurulatihan luar dengan dibantu oleh jurulatih2 tempatan untuk mereka belajar. Jurulatih2 tempatan juga akan dihantarkan many a plan mengikuti kursus2 diluar negara untuk memantapkan pengalaman & ilmu bolasepak mereka.

1 Stadium bolasepak moden yang baru yang berkapasiti 80k juga akan dibina ditempat yang akan dikenalpasti kelak.
Kerjasama antara pasukan KELANTAN dan club luar di Eropah, Jepun, Korea & Australia juga turut akan diadakan. Setakat ini Ajax Amsterdam & 1 club Belgium sudah bersetuju untuk menjalankan smart partnership bagi program akar umbi & akademi bolasepak.

https://www.facebook.com/zulkiflee.yahaya?pnref=story


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: