Posted by: peribadirasulullah | Januari 6, 2017

10 Anugerah Allah SWT Apabila Bersedekah

10 Kelebihan Bersedekah

  • Sedekah dapat membantu daripada terkena bencana. Sabda Nabi SAW “Sesungguhnya sedekah dapat menolak 70 bencana”
  • Sedekah merupakan ubat kepada penyakit kepada tubuh. Nabi SAW bersabda ” Ubatilah penyakitmu dengan bersedekah”
  • Sedekah sebagai benteng untuk diri kita. Nabi SAW menerangkan “Bentengilah harta bendamu dengan bersedekah”
  • Sedekah sebagai pemadam kemurkaan Allah. Nabi SAW berwasiat , “sedekah dapat menutup kemurkaan Allah”
  • Sedekah menambah keakraban sesama muslim. Rasul mengingatkan “sedekah adalah hadiah. Maka, berikanlah hadiah kepada teman pergaulanmu dan berkasih sayanglah kalian dengan saling memberi sedekah”
  • Sedekah mampu menanam rasa belas kasihan di dalam hati. Nabi SAW berpesan, ” Barangsiapa mendapat kesedihan di dalam hati, maka berikanlah sedekah”
  • Sedekah dapat menambah umur. Nabi SAW “Sedekah dapat menambah keberkatan umur”
  •  Sedekah sebagai syafaat kelak di akhirat. Nabi SAW menjelaskan bahawa, “Sesungguhnya yang akan menaungi orang mukmin pada Hari Kiamat kelak adalah bersedekah”
  • Di dalam sebuah atsar, disebutkan, ‘Barangsiapa bersedekah dengan sebiji tamar, kelak di Hari Kiamat dia akan mendapat pahala sebesar gunung yang berada di atas timbangan amalnya”
  • Sedekah sebagai wasilah menambah rezeki. Nabi SAW berkata, ” Tidak akan berkurang harta yang disedekahkan. bahkan akan bertambah, akan bertambah. ‘ Ali bin Ali Thalib berkata “Pancinglah rezeki dengan bersedekah”.

Semoga Bermanfaat, in sha Allah 😀

 

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895
Nota:

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tuan Sri/Puan Sri, Dato’ Sri/Datin Sri, Dato’/Datin, /Prof. Dr./Tuan/Puan,
Muslimin/Muslimat, Saudara/Saudari yang dirahmati Allah SWT sekalian

Rayuan Derma Untuk Menjelaskan Yuran Pengajian 2016 Oleh Mahasiswa Kemboja University Fatoni,Thailand.

Selamat Tahun Baru 2017,

Semoga Allah SWT Melimpahkan Nikmat Dan Kesejahteraan Buat Umat Islam Semua.

Marilah kita sama-sama renungi dan fahami Pesanan Rasulullah SAW melalui Hadis Rasul SAW yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir berbunyi:

Perumpamaan orang-orang mukmin dalam berkasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan maka sekujur badan akan merasakan panas dan demam”. (HR. Muslim).

Marilah kita membuktikan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW melalui tindakan kita membantu umat Islam yang tertindas  seperti di Syria, Myanmar, Palestin, Iraq dan lain-lain negara Islam  yang diuji oleh Allah SWT. Kita yang hidup dengan penuh kenikmatan dan keamanan patutlah bersyukur diatas nikmat kurniaan Allah SWT. Marilah kita zahirkan kesyukuran kita dengan  membantu golongan pelajar yang menuntut ilmu agama.

Bantulah kami untuk meringankan bebanan yuran pengajian mahasiswa dan mahasiswi Kemboja 2016 (88 Orang University Fatoni,Thailand) yang amat miskin. Mereka berusaha meneruskan pengajian walaupun terpaksa menjadi buruh binaan atau nelayan semasa cuti pengajian. Melalui  Tabung Ihya Assunnah Solution Maybank  553131011505 * Kami telah berusaha membantu mereka sedaya upaya dan amanah yang kami dipertanggungjawabkan telah kami laksanakan dengan izin Allah SWT. Sebarang cadangan kirimkan melalui gmail : ihyaassunnah68@gmail.com Tel No:0199576237.

Sila layari laman dibawah untuk mengenali mereka:

https://www.youtube.com/watch?v=uyNE0Y_pu_o

atau

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2016/12/08/mahasiswa-mahasiswi-kemboja-di-university-fatonithailand-mohon-sumbangan-ikhlas/

Jutaan Terima Kasih Kepada Penderma Yang Budiman.  Amanah yang diamanahkan kepada kami akan kami tunaikan dengan penuh rasa tanggungjawab dihadapan Allah SWT. In Sya Allah.

http://luvharyani.blogspot.my/2015/05/10-kelebihan-bersedekah.html


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: