Posted by: peribadirasulullah | Disember 24, 2016

KEBAIKAN MENGHAPUS KEBURUKAN

Image may contain: text

Image may contain: text

No automatic alt text available.

*KEBAIKAN MENGHAPUS KEBURUKAN*

Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam bersabda:

عَنْ أَبِي ذَرّ جُنْدُبْ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ مُعَاذ بْن جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: اِتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ.[رواه الترمذي وقال حديث حسن وفي بعض النسخ حسن صحيح]

Maksudnya: Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu ‘Abdurrahman, Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhuma dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada dan iringilah sesuatu perbuatan dosa dengan kebaikan, pasti akan menghapuskannya dan bergaullah sesama manusia dengan akhlaq yang baik”. [HR. Tirmidzi]

Rasulullah menganjurkan kita sebagai orang yang beriman untuk sentiasa hidup dalam keadaan bertaqwa. Maksudnya walau dalam keadaan sempit atau lapang sentiasa bertaut dengan taqwa.

Seterusnya sifat orang yang bertaqwa adalah tidak pernah jemu dalam melakukan amal yang soleh. Bahkan sentiasa berusaha menambah amal kebaikan seolah-olah tidak pernah merasa cukup.

Manakala segala keburukan akan terhapus apabila sentiasa melakukan amal soleh. Terhapus amal buruk ini maksudnya seseorang yang sentiasa istiqamah dalam melakukan kebaikan tidak punya masa untuk melakukan keburukan. Begitu pula dia khuatir amal solehnya akan gugur akibat terlibat dalam keburukan. Maka dengan itu dia sentiasa memelihara amal solehnya.

Perbanyakkanlah dalam melakukan amal soleh. Insya Allah ianya penyelamat di alam kubur dan akhirat.

 

*REZEKI YANG DIBERKATI*

Tiada manusia yang terlepas dari mendapat rezeki dari Allah. Hatta mereka yang tidak beriman sekalipun tetap mendapatnya. Bezanya rezeki itu disyukuri atau sebaliknya dan rezeki itu diberkati atau tidak.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

(إن اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَبْتَلِيْ عَبْدَهُ بِمَا أَعْطَاهُ. فَمَنْ رضي بِمَا قَسَمَ الله لَهُ بَارَكَ الله لَهُ فِيْهِ وَوَسَّعَهُ . وَمَنْ لم يَرْضَ لم يُبَارِكْ لَهُ وَلَمْ يَزِدْهُ عَلَى مَا كُتِبَ لَهُ) رواه أحمد والبيهقي وصححه الألباني

“Sesungguhnya Allah Maha Luas kurniaNya lagi Maha Tinggi, akan menguji setiap hambaNya dengan rezeki yang telah ia berikan kepadanya. Barangsiapa yang redha dengan pemberian Allah, maka Dia memberkati dan melapangkan rezeki tersebut untuknya dan barangsiapa yang tidak redha (tidak puas), nescaya rezekinya tidak akan diberkati” [HR Ahmad dan disahihkan oleh Al-Albani]

Rezeki bukanlah hanya wang dan harta benda sahaja. Bahkan mendapat zuriat, keluarga yang bahagia kesihatan dan pelbagai lagi. Setiap yang diberikanNya akan diuji sejauh mana pula manusia bersyukur.

Sifat tercela yang dimiliki oleh manusia yang diberikan rezeki adalah tidak merasa cukup, tidak menghargai, tamak dan berhajat memiliki sesuatu yang bukan miliknya.

Akibat sifat ini maka ia akan berusaha mengejar sesuatu tanpa mengira halal atau haram serta mengabaikan segala hukum agama. Selain itu ada yang menghabiskan masa untuk memiliki sesuatu serta mendapat pujian dan kebanggaan.

Akhirnya dia terjerumus dalam kancah kebinasaan. Dirinya dikuasai nafsu yang tidak pernah puas. Menjaga sesuatu kemasyhuran agak tetap tinggi walaupun hakikatnya ia tidak sedikit pun membantunya kemudian hari.

Pastikan setiap rezeki itu berkat dengan berpandukan ajaran agama. Keluarkan zakat dan sedekah atas harta. Bantulah saudara mara yang kesusahan. Gembirakanlah anak-anak yatim dan ceriakanlah warga emas.

Moga dengan cara begitu rezeki bertambah dengan penuh keberkatan.

Nota:

Jutaan Terima Kasih kepada para penderma yang budiman , kesungguhan dan istiqamah anda untuk membantu umat Islam di Selatan Kemboja dan Mahasiswa Islam Kemboja di University Fatoni amat dihargai. Amanah yang diberikan akan terlaksana dengan izin Allah SWT. Kami juga berusaha mengumpul wang peribadi dari pendapatn kami untuk membuat perjalanan ke sana demi menyempurnakan amanah yang diberikan. Kita doakan agar amalan kita sama-sama diterima oleh Allah SWT. Saham Akhirat Para Penderma Pasti Allah SWT Menerima Dengan Penuh Kebanggaan, kami yang mengurus hanya menumpang sedikit pahala kerana tidak mampu menderma sebagaimana para dermawan tetapi kami turut gembira kerana perbelanjaan kami dalam menguruskan amanah juga Allah SWT janjikan pahala. In Sya Allah Hutaala.Semoga Allah SWT Menerima Amal Kebajikan Kita Semua.. Amin Ya Rabbal Alamin.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: