Posted by: peribadirasulullah | Disember 15, 2016

Riba dalam sistem perbankan Islam

Image may contain: text

Nak beli rumah dengan pembiayaan islam? Baca dulu tentang backdoor riba.

Semua Perbankan islam Mengamalkan Back Door Riba?

Saya tidak berhasrat untuk menghuraikan tentang riba yang semua maklum.

Cuma saya lebih cenderung untuk membicarakan tentang Riba Pintu Belakang (tersembunyi) yang dihadapi oleh institusi perbankan Islam.

Contoh Murabahah:Pembeli pergi ke bank dan menyatakan hasrat mahu membeli sebuah rumah bernilai RM100k.Bank beli sebuah rumah daripada pemaju dengan harga RM100k secara cash.
bank menjual rumah itu kepada pembeli dengan harga RM400k secara ansuran 20 tahun dan didedahkan profit margin kepada pembeli (RM300k)

Ok. 3 point:

  1. Merujuk kepada video Syeikh Imran Hussin, beliau menyatakan 4 daripada 10 muslim terselamat daripada riba konvensional (daripada perbankan konvensional) namun golongan ini masih belum bebas daripada back door riba.

Tunai adalah transaksi umum dan kebiasaan bagi kita sedangkan hutang (credit) bukan kebiasaan.

Apabila seorang pembeli rumah perlu membayar tangguh RM400k kepada bank Islam dalam masa 20 tahun sedangkan Bank tersebut membeli rumah itu daripada pemaju hanya RM100k, berlaku pertambah sebanyak RM300k.

Satu alasan sahaja yang membenarkan tindakan ini oleh pihak bank iaitu tempoh masa (panjang).

Ini didakwa sebagai create money by time yang merujuk kepada riba ad-duyun (hutang) dalam kategori riba al-qardh iaitu penambahan bayaran atau manfaat ke atas hutang yang disyaratkan pada awal kontrak.

“Allah melaknat orang yang memakan riba, yang memberi makan dengannya, kedua saksinya, dan penulisnya, lalu beliau bersabda, “mereka semua itu adalah sama“. (HR. Muslim)

Akad Murabahah hanyalah sebagai alat back door riba.

  1. Bagi Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (UZAR), apa yang didakwa sebagai back door riba itu hanya berlaku jika bank melakukan murabahah tanpa asset atau hanya lakonan.

Syeikh ad-Dusuki (Mazhab Maliki), Syeikh Khatib Syarbini (Mazhab Syafie) dan ulama mazhab-mazhab lain mengharuskan jual beli murabahah begitu juga International Fiqh OIC.

Murabahah: a sale where the buyer and seller agree on the markup (profit) orcost-plus price for the item being sold. (dengan syarat tahu berapa lama tangguh)

Rumah tersebut perlu dimiliki oleh pihak bank dahulu sebelum dijual kepada pembeli.

Jika rumah tersebut belum menjadi milik bank, maka terbatalkan jual beli murabahah.

Disebabkan kekangan undang-undang berkaitan pemindahan pemilikan, maka diperkenalkan klausa ‘beneficial ownership’ iaitu pemilikan secara hokum (tidak rasmi di atas kertas).

Adapun perbankan konvensional, mereka hanya memberi hutang dan meminta bayaran lebih daripada hutang itu (create money by money) dan tiada langsung perantaraan asset (rumah).

Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah bank islam (minority) di luar sana tidak menggunakan asset sebagai perantaraan antara dua transaksi namun telah ditegur oleh regulator (pihak berautoriti) di negara itu.

Sedangkan perbankan Islam di Negara ini di bawah kawalan Bank Negara Malaysia sentiasa menggunakan garis panduan yang disediakan.

  1. Murabahah bukan back door riba dan murabahah adalah jalan untuk mengelakkan riba.

Harga yang berbeza pada suatu mabi’(barang jualan) antara jual beli cash dengan ansuran diharuskan seperti pembelian kereta charade cash RM3300 sedangkan secara ansuran RM4000 iaitu RM400 sebulan selama 10 kali purnama. Wallahuálam.

#islamicfinance
#ynot_islamicfinance
#penaungu

Murabahah hanyalah sebagai alat back door riba?

“Allah melaknat orang yang memakan riba, yang memberi makan dengannya, kedua saksinya, dan penulisnya, lalu beliau bersabda, “mereka semua itu adalah sama“. (HR. Muslim)

https://azimismailblog.wordpress.com/…/semua-perbankan-is…/…

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: