Posted by: peribadirasulullah | Disember 10, 2016

Sekretariat Ummat mahu sami di Malaysia tampil perjelas asas tindakan penindasan Rohingya

photo_2016-12-07_10-38-15

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

KUALA LUMPUR, 7 Rabiulawal 1438H, Rabu – Para sami di Malaysia perlu tampil untuk menjelaskan asas tindakan penindasan ke atas etnik Rohingya yang sedang berlaku di Myanmar.

Ini kerana, ia merupakan satu perkara yang bertentangan dengan ajaran agama masing-masing, malah agama Buddha sendiri, kata Pengerusi Sekretariat Ummat, Haji Aminuddin Yahya pada sidang media yang diadakan di Pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), semalam.

Sebelum ini, Haji Amin pernah mempersoalkan kebisuan sami-sami Buddha di Malaysia berhubung isu ini kerana yang terlibat membunuh umat Islam di Myanmar adalah juga sami-sami Buddha.

Sementara itu, menurut portal berita Rohingya Vision, pada 3 Disember lalu, sekumpulan Sami Buddha membuat bantahan terhadap Najib di luar Kedutaan Malaysia di Myanmar atas pendirian Putrajaya mengenai isu Rohingya.

Kira-kira 30 sami Buddha melaungkan slogan menentang Najib di luar kedutaan itu kerana didakwa campur tangan dalam hal ehwal Myanmar.

Sejak Oktober lalu, dianggarkan 30,000 etnik Rohingya terpaksa meninggalkan kediaman mereka ekoran kekejaman dan penindasan yang dilakukan oleh rejim Myanmar di Rakhine.

Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, sekurang-kurangnya 10,000 pelarian telah tiba di Bangladesh, meskipun negara itu menghalang kemasukan etnik minoriti tersebut.

Kerajaan Myanmar menafikan dakwaan penindasan terhadap etnik itu, dan mengharamkan wartawan asing termasuk penyiasat bebas mengakses kawasan tersebut.

http://www.ismaweb.net/2016/12/sekretariat-ummat-mahu-sami-di-malaysia-tampil-perjelas-asas-tindakan-penindasan-rohingya/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: