Posted by: peribadirasulullah | Disember 10, 2016

Rohingya: Ketua sami Buddha Malaysia dakwa bukan isu agama

 

BANGI, 8 Rabiulawal 1438H, Khamis – Sami Besar Buddha Malaysia, Datuk K Sri Dhammaratana, mendakwa konflik yang berlaku di Myanmar membabitkan etnik Muslim Rohingya, bukan disebabkan masalah agama, sebaliknya kerana ‘kelemahan manusia’.

Beliau yang melawat kawasan konflik tiga tahun lalu berkata, masalah yang berlaku adalah perkara peribadi yang mencetuskan pertembungan isu agama.

“Ia dilaporkan secara salah kepada dunia sebagai masalah agama. Ini tidak ada kaitan dengan agama. Hal ini disebabkan kelemahan manusia.

“Di mana-mana pun perasaan lelaki dan wanita adalah sama,” katanya yang menambah perasaan hati membabitkan individu berlainan kepercayaan menjadi punca ketegangan itu.

Mengenai sami Buddha yang terbabit dalam keganasan terhadap Muslim Rohingya, Dhammaratana berkata, hanya sami palsu sahaja yang menyokong keganasan itu.

“Sami betul tidak akan membiarkan keganasan, kerana ia bertentangan dengan prinsip asas bahawa tiada keganasan dalam penyebaran kepercayaan Buddha,” kata seperti dilaporkan The Star Online, hari ini.

Malah, katanya, kadang kala ada pihak yang menggunakan sami palsu atas sebab-sebab politik.

“Mereka dibiarkan memakai pakaian sami dan melakukan apa yang sami sebenar tidak lakukan,” katanya.

Sebelum ini, Sekretariat Ummat menggesa sami di Malaysia tampil menjelaskan asas tindakan penindasan ke atas etnik Muslim Rohingya, selepas dilihat mereka hanya membisu.

Pengerusi Sekretariat Ummat, Haji Aminuddin Yahya berkata, ini kerana, ia merupakan satu perkara yang bertentangan dengan ajaran agama masing-masing, malah agama Buddha sendiri.

http://www.ismaweb.net/2016/12/rohingya-ketua-sami-buddha-malaysia-dakwa-bukan-isu-agama/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: