Posted by: peribadirasulullah | November 22, 2016

Berita Tidak Benar Berkaitan Nilai Ringgit Malaysia

Perkongsian Maklumat Penting Terkini Untuk Para Jemaah Umrah,

[22/11/2016) RINGGIT MALAYSIA SUDAH TIDAK DITERIMA DI SINGAPURA, THAILAND DAN VIETNAM

Mulai hari ini Arab Saudi menolak Ringgit Malaysia..
Berkemungkinan Indonesia juga akan mengambil langkah yg sama.

Untuk makluman kpd yang hendak menunaikan Umrah. RM sudah tak diterima untuk tukaran di Mekah.
Makluman terkini saya terima dari Dato’ Daud Che’ Ngah dlm kursus Umrah semlm 19.11.2016 (Sabtu) berita yg baru di terima dari jemaah umrahnya di Mekah, kita di nasihat kan membawa duit dlm nilai Rial atau US Dollar tunai yg telah ditukar trlebih dahulu di Malaysia. Kerana money changer di sana tidak mahu menerima Ringgit Malaysia…sekian utk makluman jemaah Group Umrah kita.
#Cnp

KUALA LUMPUR, 22 November 2016: Lembaga Tabung Haji ( _*TH*_ ) ingin menafikan informasi yang disebar melalui media sosial berkenaan matawang Malaysia tidak diterima oleh pengurup wang di Makkah dan Madinah. Pemantauan melalui Pejabat _*TH*_ di Jeddah mendapati matawang Malaysia diterima oleh kebanyakkan pengurup wang di kedua-dua kota suci tersebut.

Sebaran maklumat mengenai penggunaan Kad ATM/Debit yang mempunyai fungsi pengeluaran wang antarabangsa, yang tidak diterima juga adalah tidak benar. Penggunaan kad ATM/Debit tersebut perlulah mengikut tatacara yang betul dan perlu diaktifkan fungsi pengeluaran antarabangsanya.

Sehubungan dengan itu, para jemaah Malaysia yang ingin ke tanah suci dan berhasrat untuk menggunakan perkhidmatan Kad ATM/Debit dinasihatkan berhubung terus dengan bank-bank berkaitan untuk maklumat penggunaan secara betul kad ATM/Debit tersebut di luar negara.

Kenyataan Oleh:

*Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Lembaga Tabung Haji*

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: