Posted by: peribadirasulullah | November 19, 2016

Siapakah kita ?

SIAPAKAH ANDA?

SIAPAKAH ORANG YANG PALING SIBUK?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata: “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.”
Lalu sambil berkata,
“Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING KAYA?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING MISKIN?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

SIAPAKAH ORANG PALING RUGI?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT LAGI DIHIMPIT?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya…

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk “mencari” Allah taala yg tersembunyi pd dirinya sendiri…

SIAPAKAH ORANG YANG KEDEKUT?
Orang yg kedekut ialah orang yg membiar atau membuang mesej ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain..

 

 

Sabda Nabi SAW…

☛Daripada Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W,
Baginda telah bersabda yang maksudnya:

”Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.”
(At-Tirmidzi)

Bantulah Kami Dalam Menjayakan Program Mewaqafkan Al-Quran Terjemahan Dalam Bahasa Khmer / Kemboja Dan Membiayai Kelas-Kelas Al-Quran Di Selatan Kemboja.  Hulurkan sumbangan Ikhlas Anda Walaupun RM 10 Melalui  Tabung Ihya Assunnah Solution Maybank  553131011505 * Sebarang cadangan kirimkan melalui gmail : ihyaassunnah68@gmail.com Tel No:0199576237

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: