Posted by: peribadirasulullah | November 19, 2016

Bantuan Kepada Pusat Bahasa Arab Al-Umriah, Koh Kong Selatan Kemboja

Suasana perbarisan pada awal sesi persekolahan.

Disebabkan kekurangan dana suasana persekitaran sekolah agak tidak terurus.

Gotong royong membersih persekitaran sekolah.

Ustz Ahmad Yusuf (Mudir) sedang menyampaikan tazkirah.

Suasana pembelajaran yang amat memerlukan bimbingan dan penambahbaikan.

Ustaz Ahmad Yusuf bersama tenaga pengajar yang muslim dan tidak muslim.

Guru muslim mengajar mata pelajaran agama dan guru bukan muslim mengajar mata pelajaran akademik. Beberapa orang guru bukan muslim memeluk agama Islam apabila mereka hidup dalam persekitaran Islam dan tertarik dengan Islam.

Pihak sekolah atau pusat bahasa berusaha memohon bantuan kerajaan Kemboja untuk menampung kos pengurusan dan mendapat bekalan eletrik, namun belum berjaya.

 

Pusat Bahasa Arab Al-Umriah Di Koh Kong beroperasi tanpa bekalan eletrik dan hanya bergantung kepada engin eletrik yang memerlukan bekalan mimyak disel sebanyak 20 liter setiap hari (USD 20). Ustaz Ahmad Yusof -Mudir merayu kepada kami agar membantunya dan kami membantu sekadar yang mampu.

Ustaz Ahmad Yusuf dan Ustaz Mohd Ali berkunjung ke Malaysia untuk mendapatkan sedikit bantuan yang berjaya kami ( Ihya Assunnah Solution ) kumpulkan beberapa bulan.

Kami lakukan majlis penyerahan di Masjid Beijing, Rantau Panjang, semapadan Malaysia-Thailand.

Alhamdulillah bantuan selamat disampaikan dengan baik. Semoga sifat amanah dan jujur yang ada pada ustaz Ahmad Yusuf membawa berkat kepada semua warga Islam di Koh Kong, Selatan Kemboja.

Tenaga pengajar yang mendapat bantuan hasil sumbangan insan-insan mulia dari Malaysia, Brunei,Singapore,Indonesia dan lain-lain negara.

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat dan kurniaNya telah terlaksana ibadah Qurban.

Selawat dan salam kita sampaikan kepada Baginda Nabi Muhammad SAW dan juga seluruh keluarga Baginda serta seluruh umat Islam.

Syukur kehadrat  Allah SWT dengan limpah kurniaan dan izinNya, program  Qurban 1437H telah selesai dilaksanakan

Kami dari pihak Ihya Assunnah Solution mengucapkan jutaan terima kasih yang tulus ikhlas kepada semua peserta Qurban & Aqiqah 2016 yang telah memberikan kepercayaan penuh kepada kami bagi melaksanakan ibadah ini di bumi Kemboja.

Kami juga ingin memohon maaf atas segenap kekurangan kami baik dari sudut layanan, komunikasi dan juga beberapa hal lain bagi memenuhi kehendak semua. Jelas sekali kami ingin memenuhi tetapi atas sebab beberapa faktor yang kami tidak dapat melakukannya,  memohon ribuan kemaafan.

Sebagai informasi semua, haiwan yang terkumpul dan kemudian disembelih dan disalurkan kepada kampung yang memerlukan ialah :

  • 2 Ekor Lembu untuk para pelajar dan tenaga pengajar Pusat Bahasa Arab  Al-Umriah Daerah Koh Kong.
  • 2 Ekor Lembu untuk para pelajar dan tenaga pengajar Madrasah Tarbawi Islami dan para penduduk kampung Turki yang amat miskin.
  • 2 Ekor Lembu untuk para pelajar Madrasah Nur Solihin dan penduduk Kampot.
  • 1 Ekor Lembu untuk penduduk Kampung Som dan Ahli Masjid Kampung Som.

Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung dalam program ibadah yang menautkan hubungan aqidah Islamiah dibawah seliaan Ihya Assunnah Solution.

Semoga Allah SWT  menerima ibadah qurban ini dan membalasnya dengan pahala yang berlipat ganda serta kebaikan dan keberkatan untuk kita semua di akhirat kelak.

Semoga kerjasama seperti ini akan berkekalan, berterusan dan diucapkan jutaan terima kasih.

Kami  akhiri dengan salam penuh takzim bersama lafaz yang mulia lagi barakah,

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

“ BERKHIDMAT KERANA ALLAH “

Pengerusi Ihya Assunnah Solution

 

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: