Posted by: peribadirasulullah | November 17, 2016

Kanak-kanak Rohingnya dilempar dalam api

Operasi penghapusan bangsa etnik Rohingya terus dilancarkan pasukan keselamatan Myanmar apabila jumlah korban ketegangan baharu di negeri Rak­hine dalam keja­dian kelmarin yang masih berte­rusan meningkat kepada lebih 100 orang.

Penderitaan dialami penduduk minoriti Islam di Myanmar itu didedahkan di blog RB News memandangkan media asing tidak dibenarkan memasuki Rakhine sejak keadaan di negeri tersebut tidak menentu bulan lalu.

Menurut penduduk, tentera menggempur beberapa buah kampung di utara Maungdaw pada pukul 6.30 pagi kelmarin, memaksa penghuni keluar atau mereka akan ditembak jika enggan berbuat demikian.

Semua rumah kemudian ditembak dengan meriam sebelum terbakar.

Seorang saksi berkata, semua 700 buah rumah di Kampung Dar Gyi Sar musnah sepenuh­nya.

Selain membakar rumah, anggota tentera turut mencampak kanak-kanak Rohingya yang masih hidup ke dalam api sehingga rentung dengan si ibu hanya mampu memandang tanpa berbuat apa-apa.

Kekejaman tentera Myanmar tidak berakhir di situ apabila mereka dilapor turut melepaskan tembakan ke arah penduduk Rohingya yang mahu melarikan diri termasuk kanak-kanak.

Difahamkan, pasukan tentera itu masih menggempur kedudukan penduduk Rohingya atas alasan ‘memburu’ penyerang yang membunuh anggota mereka.
Bagaimanapun, jumlah kematian sebenar masih tidak dapat dipastikan kerana banyak penduduk terutamanya lelaki ditahan tentera.

Sekurang-kurangnya 5,000 penduduk dilapor hilang tempat tinggal sejak kelmarin tanpa tempat berlindung dan maka­nan.

Kejadian terbaharu itu di­khuatiri mencetuskan semula krisis kemanusiaan membabitkan etnik Rohingya sama seperti yang berlaku pada 2012.

Sumber: Utusan

RAKHINE 16 Nov. – Sekumpulan 30 wanita dan kanak-kanak Rohingnya semalam dilaporkan menjadi mangsa kekejaman baru tentara Myanmar di negeri Rakhine apabila dikurung dan dibakar hidup-hidup.

Perbuatan kejam itu dilaporkan berlaku di Kampung Yay Kahe Chaung Khwa Sone di utara Maungdaw yang memperlihatkan etnik Rohingya Islam dilayan dengan tidak berperikemanusiaan sama sekali.

Menurut blog RB News yang memetik kenyataan penduduk tempatan, mangsa yang dikurung cuba melarikan diri namun gagal.

Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan berkata, kekejaman terbaru itu hanya sebahagian dari penderitaan yang ditanggung olek etnik minoriti itu sejak kembali menjadi sasaran tentera serta penduduk Buddha bulan lalu.

Pertubuhan itu juga mengutuk sekeras-kerasnya cubaan penghapusan bangsa Rohingya yang dilakukan kerajan dalam pelbagai bentuk, termasuklah pembunuhan beramai-ramai, rogol dan rampasan harta.

Pertubuhan itu juga berkata tentera Myanmar menggunakan helikopter, meriam dan kereta kebal ketika menggempur kampung-kampung etnik Rohingya.

“Mereka yang cuba melarikan diri akan dihalang dan ditembak menggunakan mesingan di sawah-sawah padi dan anak sungai.

“Antara kampung yang menjadi sasaran tentera adalah Myaw Taung, Dargyizar, Yekhechaung Kwasone, Pwinpyu Chaung, Thu Oo La, Longdun, Kyin Chaung dan Wabaek di utara Maungdaw,” jelas kenyataan badan itu.

Badan itu juga berkata sejak ketegangan meletus di Rakhine pada 9 Oktober lalu, angka korban Rohingya mencecah 350 orang manakal 300 yang lain cedera.

“Banyak gadis dan wanita dirogol sementara lelaki pula ditahan tanpa sebab kukuh,” kata baan itu.

Turut dilaporkan sebanyak 3,500 buah rumah dibakar atau dimusnahkan, yang mana menyebabkan hampir 30,000 penduduk hilang tempat berteduh.

Mengukuhkan dakwaan itu, ka­kitangan badan kebajikan dan pihak berkuasa Bangladesh meng­anggarkan, sebanyak 500 penduduk Rohingya dari Rakhine telah menyeberang ke negara tersebut sejak bulan lalu.

Mereka kini ditempatkan di empat buah kem berhampiran sempadan Bangladesh-Myanmar.
Bagaimanapun, pengawal sem­­padan Bangladesh semalam terpaksa menolak kemasukan sekumpulan besar pelarian Rohingya ke negara itu.

“Sebanyak 86 penduduk Ro­hingya cuba memasuki Bangladesh di Teknaf awal pagi semalam dengan menaiki bot. Mereka terpaksa diusir,” kata pegawai peme­rintah tentera di Cox’s Bazar di timur Bangladesh, Leftenan Kolonel Anwarul Azim.

Reuters melaporkan, kumpulan pelarian itu tidak mungkin berpatah balik ke kampung mereka yang masih dipenuhi tentera Myanmar.

http://didakwah.blogspot.my/2016/11/wanita-kanak-kanak-rohingya-dilempar.html


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: