Posted by: peribadirasulullah | November 14, 2016

Ucapan Penghargaan Qurban 2016

q 1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat dan kurniaNya telah terlaksana ibadah Qurban.

Selawat dan salam kita sampaikan kepada Baginda Nabi Muhammad SAW dan juga seluruh keluarga Baginda serta seluruh umat Islam.

Syukur kehadrat  Allah SWT dengan limpah kurniaan dan izinNya, program  Qurban 1437H telah selesai dilaksanakan

Kami dari pihak Ihya Assunnah Solution mengucapkan jutaan terima kasih yang tulus ikhlas kepada semua peserta Qurban  2016 yang telah memberikan kepercayaan penuh kepada kami bagi melaksanakan ibadah ini di bumi Kemboja.

Kami juga ingin memohon maaf atas segenap kekurangan kami

Sebagai informasi semua, haiwan yang terkumpul dan kemudian disembelih dan disalurkan kepada kampung yang memerlukan ialah :

  • 2 Ekor Lembu untuk para pelajar dan tenaga pengajar Maahad Al-Umriah Daerah Koh Kong.
  • 2 Ekor Lembu untuk para pelajar dan tenaga pengajar Madrasah Tarbawi Islami dan para penduduk kampung Turki yang amat miskin di daerah Koh Kong.
  • 2 Ekor Lembu untuk para pelajar Madrasah Nur Solihin dan penduduk Kampot.
  • 1 Ekor Lembu untuk penduduk dan Masjid Kampung Som.

Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung dalam program ibadah yang menautkan hubungan aqidah Islamiah dibawah seliaan Ihya Assunnah Solution.

Semoga Allah SWT  menerima ibadah Qurban ini dan membalasnya dengan pahala yang berlipat ganda serta kebaikan dan keberkatan untuk kita semua di akhirat nanti.

Semoga kerjasama seperti ini akan berkekalan, berterusan dan diucapkan jutaan terima kasih.

Kami  akhiri dengan salam penuh takzim bersama lafaz yang mulia lagi barakah,

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

“ BERKHIDMAT KERANA ALLAH “

Pengerusi Ihya Assunnah Solution


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: