Posted by: peribadirasulullah | Oktober 14, 2016

Rahsia Disebalik Menara Dubai Tertinggi Di Dunia.

Dengan mulanya projek pembinaan menara ini, adalah membawa erti bahawa Allah SWT telah mengutus kepada kita satu lagi alamat betapa hampirnya hari kiamat buat kita semua umat Islam.

Kita sebagai manusia yang cuba memahami amaran Allah SWT pasti boleh merasakan bahawa manusia terus mendabik dada bahawa mereka hebat dan mampu melakukan segala kehendak mereka apabila memiliki harta dan kuasa, sedangkan apa yang berlaku disebaliknya adalah Allah SWT Yang Maha Berkuasa telah menunaikan janji-janjinya didalam Al-Quran bahawa manusia akan berlumba-lumba membina bangunan-bangunan tinggi apabila hampir kiamat.

Apa yang kita dapat saksikan adalah Allah SWT melaksanakan janji-janjinya melalui jasad-jasad yang mengakui keAgongan kekuasaan Allah SWT dan memahami hadis-hadis dan ayat-ayat suci Al-Quran. Lihatlah betapa hikmahnya Allah SWT menunaikan janjiNya.

Semoga Allah SWT melindungi kita daripada golongn sebegini dan marilah bersama kita berdoa agar Allah SWT memilih kita sebagai golongan yang terlindung dari sentuhan Api Neraka…. Amin Ya Rabbal Alamin.

Ya Allah berilah hidayah kepada kami,ahli keluarga kami,sanak saudara kami,sahabat-sahabat kami, bangsa-bangsa kami,bangsa yahudi dan seluruh manusia serta jin yang menjadi pilihan terbaik Mu Ya Allah… Masukkanlah kami secara berjemaah ke dalam Syurga Mu Ya Allah… jauhilah kami dari sifat mementingkan diri sendiri dalam masa melakukan ibadat dan urusan agama Mu Ya Allah…. Engkaulah Yang Maha Berkuasa Ya Allah dalam semua urusan di alam dunia ini dan di lain-lain alam ciptaan Mu Ya Allah..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: