Posted by: peribadirasulullah | September 17, 2016

Perlaksanaan Ibadah Qurban 2016 Bersama Ihya Assunnah Solution

q 1

k-2

Membayar Harga Tiga Ekor Lembu Kepada Ustaz Muhammad Musa Pada Hari Raya Aidil Adha Kedua 2016 Bertempat Di Kampot.

2 ekor lembu akan diqurbankan di Kampot dan seekor lagi akan dibawa ke Kampung Som.

k-3

Qurban Lembu Kedua

k-4

Qurban Lembu Ketiga 2016 Dilalukan Di Daerah Kampung Som, Selatan Kemboja.

k-5

Sebahagian Daging Qurban Lembu Ketiga Dimasak Secara Gotong Royong Dan Dimakan Bersama Penduduk Tempatan Di Masjid Kampung Som Dan Tetamu Luar Sementara Sebahagian Daging Lagi Diagih Kepada Fakir Miskin.

Alhamdulillah, Para ustaz dan tenaga pengajar serta penduduk Daerah Kampung Som dapat menjamu selera pada hari raya Aidil Adha bersempena perasmian pembukaan sekolah yang bersebelahan dengan masjid yang kami asaskan pada tahun 1995 dan kini ianya mejadi masjid negeri kepada daerah Kampung Som.

Qurban Lembu 2016 Keempat Dan Kelima Adalah Untuk Penduduk Perkampungan Turki Yang Miskin Dan Para Pelajar Madrasah Tarbawi Serta Penduduk Sekitar Kampung 4 ,Koh Kong Selatan Kemboja.

 

k 6.png

k 7.png

Lembu Qurban Keenam Dan Ketujuh 2016 Adalah Untuk Para Pelajar Dan Keluarga Serta Tenaga Pengajar Di Pusat Bahasa Arab Al-Umriah, Koh Kong, Selatan Kemboja.

Lembu Qurban Keenam Dan Ketujuh 2016 Adalah Untuk Para Pelajar Dan Keluarga Serta Tenaga Pengajar Di Pusat Bahasa Arab Al-Umriah, Koh Kong, Selatan Kemboja.

k-8

k-9

Ustaz Ahmad Yusuf (memegang telifon) Mudir Pusat Bahasa Arab Al-Umriah mengucapkan Jutaan Terima Kasih buat semua peserta Qurban yang berhati mulia menyertai program yang dianjurkan. Dengan 2 ekor lembu mereka tersenyum gembira sebagai tanda persahabatan sesama aqidah walaupun berlainan bangsa dan jarak yang jauh terletak di pedalaman selatan Kemboja.

Menyampaikan sedikit sumbangan sempena hari raya Aidil Adha kepada pelajar yang miskin.Kelihatan Para Ustaz-Ustaz yang menjadi tunggak utama kepada kemajuan bahasa arab di Pusat Bahasa Al-Umriah.

Ustaz Asary Salleh merupakan anak murid kepada Pengerusi Ihya Assunnah Solutian semasa tahun 1995. Kini bertugas di Pusat Bahasa Arab Al-Umriah dan menjadi Imam di Pusat tersebut.

 

Sedikit sumbangan melalui ustaz Asyary Salleh.

Ustaz Abdul Karim mengagihkan daging Qurban kepada penduduk kampung 4, wilayah Koh Kong, Selatan Kemboja.

Ustaz Abdul Karim(tenaga pengajar Madrasah Tarbawi) menyampaikan sedikit sumbangan kepada penghulu perkampungan Turki untuk bayaran tambang balik bagi tujuan pengagihan daging Qurban 2016.

Pak Cik Abdullah adalah seorang penganut fahaman zaidiah (solat satu kali seminggu) kini telah kembali ke pangkal jalan. Ihya Assunnah Solution sempat menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas dari rakyat Malaysia  bagi membantu menjelaskan yuran pengajian anaknya sedang belajar di Universiti Islam Yala Patthani, selatan Thailand.

Kegigihan seorang bapa yang serba kekurangan tetapi mengutamakan ilmu agama setelah sedar dari kejahilan dan kesesatan. Beliau amat menghormati golongan agama kerana pada pandangannya ramai para pelajar yang dapat belajar di luar negara Kemboja mendapat kedudukan yang amat tinggi dalam masyarakat Islam Kemboja khususnya dan masyarakat bukan Islam amnya.

Menyampaikan sumbangan iklas rakyat Malaysia kepada warga Kemboja di perkampungan Turki yang amat dhaif melalui Ihya Assunnah Solution.

Menyampaikan sedikit sumbangan rakyat Malaysia untuk rawatan kesihatan dan saraan hidup kepada warga Kemboja di perkampungan Turki yang amat dhaif. Suaminya sedang sakit dan rumah didiami ini adalah dibina sendiri di atas tanah ihsan warga Kemboja yang bukan Islam.

Alhamdulillah, Program Qurban Tahun 2016 dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan Izin Allah SWT, dengan sokongan semua pihak dan  dengan kerjasama para sahabat di Kemboja. Melalui sedekah para penderma yang Ikhlas, kami dapat menghulurkan sedikit bantuan kepada warga Kemboja yang amat memerlukan. Kami bercadang untuk turun ke Kemboja seramai 3 orang tetapi disebabkan masalah ekonomi ahli masing-masing , maka saya terpaksa turun ke Kemboja seorang diri. Segala sumbangan dan sedekah akan kami sampai sebaik yang mungkin. Segala kos perjalanan kami adalah dari saku kami sendiri. Kami cuba mentarbiah diri kami untuk turut mengorbankan harta dan tenaga sebagaimana insan-insan mulia yang sanggup menderma kepada kami.

Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman :

A092

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

(A-li’Imraan 3:92
By no means shall ye attain righteousness unless ye give (freely) of that which ye love; and whatever ye give, of a truth Allah knoweth it well.

Jutaan Terima Kasih buat semua peserta Qurban 2016 dan para penyumbang yang budiman. Semoga Ibadah Qurban Kita semua mendapat ganjaran yang setimpal disisi Allah SWT.

In Sya Allah, kita sama-sama doakan agar Allah SWT memberi kesihatan dan harta yang melimpah ruah serta berkat kepada harta yang kita miliki. Semuanya adalah nikmat kurniaan Allah SWT yang amat bernilai, semoga nikmat tersebut membawa kita ke Syurga Allah SWT. In Sya Allah SWT.

Ya Allah… terimalah usaha kebajikan kami, Ya Allah… terimalah Qurban kami, Ya Allah… peliharalah pahala usaha kami agar tidak menjadi debu-debu yang sia-sia disebabkan perasaan riak dan takabbur. Ya Allah….Ikhlaskan usaha kami, sucikanlah hati kami, Ampunilah dosa-dosa kami, ampunilah dosa kedua ibubapa kami, ampunilah dosa kaum kerabat kami, ampunilah dosa mereka yang telah membantu kami kearah menjayakan kerja-kerja amal di jalan Mu Ya Allah.

Engkaulah yang telah membuka hati-hati kami untuk melakukan kebajikan, segala puji dan syukur kami persembahkan kepada Mu Ya Allah kerana memilih kami untuk melakukan amal kebajikan di bumi Kemboja.

Ya Allah, bahagiakan kami dan mereka yang amat berhajat kepada bantuan kami. Sesungguhnya harta kami adalah milik Mu dan pemberian Mu Ya Allah…

Dari Mu kami dapat dan kepada Mu kami belanjakan serta kepada Mu kami mengharap pahala dan ganjaran untuk kehidupan kami di Alam Akhirat nanti Ya Allah…

Ya Allah… terimalah sujud dan rukuk serta tasyahhud kami kepada Mu di malam atau di siang hari.. hidup kami untuk Mu, pertemukan kami dalam Syurga Mu di Akhirat nanti Ya Allah.

Selawat dan Salam Buat Rasulullah SAW yang amat menyayangi kami, kami amat merindui mu Ya Rasulullah, syafatilah kami di padang Mahsyar nanti, Kami bersaksi kepada Allah SWT bahawa Engkau telah menunaikan amanah dengan penuh sempurna sehingga kami dapat mengenali Agama  Allah SWT dengan jelas dan sempurna.

Ya Allah …kurniakan kebaikan kepada kami di dunia dan Akhirat kepada para peserta program Qurban bersama Ihya Assunnah Solution 2016 dan kepada para pnderma yang berhati mulia di Malaysia,Brunei,Singapure dan Indonesia.

Mereka adalah saudara kami di dunia dan Akhirat.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Nota :

Mohon hantar nama dan alamat penuh bagi memudahkan penghantaran sijil, gambar dan resit kepada saudara-saudari yang budiman melalui email    .ihyaassunnah68@gmail.com  atau wshap ke nombor : 0199576237-Ust Amin .

 

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: