Posted by: peribadirasulullah | September 17, 2016

Jenazah Allahyarham Tuan Guru Dato Dr Haron Din selamat dikebumikan di Livermore, CA

Jenazah Allahyarham Tuan Guru Dato Dr Haron Din selamat dikebumikan di Livermore, CA jam 6.25pm bersamaan 9.25 am waktu Malaysia

Semoga Tuan Guru ditempatkan dikalangan para Shuhada dan Solihin… hilang sebutir permata ummah dengan pemergiaanmu Murabbi.

Kredit gambar: Dr. Huda Haron

RENUNGAN BERSAMA IHYA ASSUNNAH SOLUTION

Renungan Hadis Sempena Pemergian Seorang Ulamak Yang Amat Berjasa Kepada Umat Islam.

Bersedihlah dengan kematian ulama’

Nabi bersabda :

إن الله لا يَقْبِضُ العلمَ انتزاعاً ينتزعُه من العباد، ولكنْ يقبِضُ العلم بقبض العلماء، حتى إذا لم يبقَ عالماً؛ اتَّخذ الناس رؤوساًَ جُهَّالا، فسُئِلوا ؟ فأفتوا بغير العلم، فضلّوا وأضلوا.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengangkat ilmu dgn sekaligus dari manusia. tetapi Allah akan mengangkat ilmu dengan mematikan para ulama. Hingga ketika tidak ada lagi seorang berilmu (di kalangan mereka), manusia mengangkat para pemimpin yang jahil. Mereka ditanya, dan mereka pun berfatwa tanpa ilmu. Hingga akhirnya mereka sesat dan menyesatkan” (Riwayat al-Bukhari)

JIBRIL A.S MENGAMBIL 10 MUTIARA HIDUP SEPENINGGALAN RASULULLAH S.A.W

Sewaktu baginda Rasulullah saw gering…terlontar satu soalan pada Jibril a.s
“Wahai Jibril as …Adakah kau akan turun ke bumi setelah aku tiada?”
“Masih lagi Ya Rasulullah…daku turun ke bumi untuk mengambil 10 Mutiara hidup peninggalan mu..
..
Lalu Baginda s.a.w. bertanya kembali; “Mutiara apakah yang kau akan ambil ?
Jibril a.s. menjawab:
( ﺍﻷَﻭَّﻝُ ( ﺃَﺭْﻓَﻊُ ﺍﻟﺒَﺮَﻛَﺔَ ﻣِﻦَ ﺍﻷَﺭْﺿِﺎ ”
Mutiara Pertama yang akan ku ambil dari muka bumi ini adalah barakah
Mutiara Kedua yang akan ku ambil dari bumi adalah rasa cinta dari hati manusia :
( ﻭَﺍﻟﺜََّﺎﻧﻰِ ( ﺃَﺭْﻓَﻊُ ﺍﻟﻤَﺤَﺒَّﺔَ ﻣِﻦْ ﻗُﻠُﻮْﺏِ ﺍﻟﺨَﻠْﻖِ
Mutiara Ketiga yang akan ku ambil dari bumi ini adalah rasa kasih sayang diantara keluarga :
( ﻭَﺍﻟﺜََّﺎﻟِﺚُ ( ﺃَﺭْﻓَﻊُ ﺍﻟﺸُّﻔْﻘَﺔَ ﻣِﻦْ ﻗُﻠُﻮْﺏِ ﺍﻷَﻗﺎَﺭِﺏِ
[ ya’ani rasa kasih sayang antara keluarga semakin menipis. ]
Mutiara ke Empat yang akan diambil oleh Jibril dari bumi ini adalah keadilan di hati pemimpin :
( ﻭَﺍﻟﺮَّﺍﺑِﻊُ ( ﺃَﺭْﻓَﻊُ ﺍﻟﻌَﺪْﻝَ ﻣِﻦَ ﺍﻷُﻣَﺮﺍَﺀِ
Mutiara Kelima yang akan ku ambil dari bumi ini adalah :
( ﻭَﺍﻟﺨﺎَﻣِﺲُ ( ﺃَﺭْﻓَﻊُ ﺍﻟﺤَﻴﺎَﺀَ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻨِّﺴﺎَﺀِ
rasa malu dari wanita-wanita
Mutiara Ke Enam yang akan ku ambil dari bumi adalah :
( ﻭَﺍﻟﺴَّﺎﺩِﺱُ ( ﺃَﺭْﻓَﻊُ ﺍﻟﺼَّﺒْﺮَ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻔُﻘَﺮﺍَﺀِ
rasa sabar orang-orang fakir
Mutiara Ketujuh yang akan ku ambil dari bumi adalah :
( ﻭَﺍﻟﺴَّﺎﺑِﻊُ ( ﺃَﺭْﻓَﻊُ ﺍﻟﻮَﺭَﻉَ ﻭَﺍﻟﺰُﻫْﺪَ ﻣِﻦَ ﺍْﻟﻌُﻠَﻤﺎَﺀِ
ya’ani wara’ dan zuhud dari para ulama.
[ Wara’ adalah cukup berhati-hati menjaga diri dari yang syuhbat dan yang haram, sedangkan zuhud itu tidak mementingkan harta-dunia, kedua-duanya merupakan ciri seorang ulama. Jika wara’ dan zuhud telah hilang dari ulama maka nilai jati dirinya terjejas.
Mutiara Kelapan yang akan ku ambil dari bumi adalah;
( ﻭَﺍﻟﺜََّﺎﻣِﻦُ ( ﺃَﺭْﻓَﻊُ ﺍﻟﺴَّﺨﺎَﺀَ ﻣِﻦَ ﺍﻷَﻏْﻨِﻴﺎَﺀِ
dermawannya orang kaya.
Mutiara Kesembilan yang akan ku ambil dari bumi adalah;
( ﻭَﺍﻟﺘَّﺎﺳِﻊُ ( ﺃَﺭْﻓَﻊُ ﺍﻟﻘُﺮْﺁﻥَ
mengangkat al-Qur’an.
[ ya’ani menghilangkan ruh al-Qur’an itu sendiri sebagai panduan dalam kehidupan.]
Dan yang terakhir, mutiara yang akan ku ambil dari bumi adalah iman.
( ﺍﻟﻌﺎَﺷِﺮُ ( ﺃَﺭْﻓَﻊُ ﺍﻹِﻳْﻤﺎَﻥَ
[ Ini adalah mutiara paling berharga diantara sembilan mutiara lainnya.]
Rujukan:
~Kitab Nur al-Abshar, karya asy-Syabalanji.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: